Isnin, 12 Mac 2018

'Fake News' Pemilikan Equanimity : KPN VS Salleh Keruak VS Bung Moktar.

1 Mac kerajaan Indonesia rampas kapal Equanimity, 2 Mac Menteri Komunikasi Datuk Seri Salleh Keruak keluarkan kenyataan menafi.


Point;

Tiada bukti Equanimity Jho Low punya

Laporan yang mengaitkan rampasan kapal dengan Jho Low berita palsu

Pembangkang bergantung pada dakwaan yang tidak disahkan dan dibuktikan yang kapal Equanimity milik Jho Low ataupun dibeli dengan 1MDB

DOj tidak tunjukkan bukti Jho Low pemilik kapal atau bukti ia dibeli menggunakan wang 1MDB

Kenapa pelik?

Salleh Keruak dan Jho Low bukan rakan niaga. Justeru itu apa yang berlaku pada Jho Low adalah hal Jho Low. 

Jika sekalipun perlu menafi Equanimity bukan milik Jho Low, maka Jho Low yang perlu menafi sebagai pihak yang dikaitkan. 

Jho Low perlu menjadi pihak pertama yang menafi, yang mengeluarkan kenyataan dan sebagainya atas semua perkara yang membabitkan RAMPASAN EQUANIMITY di Indonesia kerana MENYENTUH namanya.

Jika Malaysia perlu keluarkan kenyataan, Malaysia perlu keluarkan kenyataan melalui Ketua Polis Negara, Menteri Luar dan Jabatan Perdana Menteri.

Kementerian Komunikasi adalah diluar bidang yang memerlukan campurtangan dalam hal seperti ini.

Keluarkan kenyataan dalam masa 24 jam, membayangkan perkara itu terburu-buru. Patut beri ruang pada siasatan mengambil tempatnya. Patut beri ruang pada kerajaan Malaysia - Indonesia berbincang mengenainya. Sekalipun DOj dibayangkan DS Salleh Keruak gagal membuktikan Equanimity milik Jho Low, kenapa Jho Low beri bayangan yang sebaliknya?


Pada 7 Mac, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata dakwaan yang mengatakan Equanimity milik rakyat Malaysia merupakan berita palsu ketika sedang berbahas di dalam Parlimen.

 
Dan pada hari yang sama juga, Ketua Polis Negara, Mohammad Fuzi Harun mengeluarkan kenyataan mengenai pemilikan Equanimity buat pertama kalinya secara rasmi selepas kapal itu dirampas.



Equanimity dirampas kerana DOj mahu membekukan aset ahli perniagaan Malaysia Taek Jho Low, lapor kenyataan itu.

Sungguhpun PDRM menafikan sitaan kapal itu ada kaitan dengan 1MDB namun PDRM tidak menafikan kaitan kapal itu dengan Jho Low, ahli perniagaan dari Malaysia.


Sejak dirampas pada minggu lepas, pelbagai portal berita dan media Indonesia melaporkan rampasan kapal itu ada kaitan dengan skandal penyelewengan yang membabitkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Sehingga kini selepas 12 hari berlalu, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Najib untuk menjawab semua laporan media dari negara jiran itu.

Media jiran menyebut dan memetik terang-terangan nama Perdana Menteri Malaysia dan mengaitkan ia dengan skandal 1MDB tanpa sebarang tapisan.

Dan sehingga kini selepas Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan mengenai rampasan Equanimity, rakyat Malaysia tertanya-tanya kenyataan siapakah yang paling tepat untuk dirujuk mengenai pemilikan Equanimity? 

Siapakah yang tidak memberikan 'fake news' kepada rakyat jelata?

Salleh Keruak kah?
Bung Moktar Radin kah?
Atau Ketua Polis Negara kah?


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/41676/
https://www.malaysiakini.com/news/414049
https://www.malaysiakini.com/news/414735

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...