Rasanya ramai yang tidak tahu apa itu umno baru dan umno lama. Aku pun sebenarnya tak tahu pasal neh. Tapi bukan sedikit orang yang bagitau bahawa umno yang ada pada masakini tidak sama dengan umno yang mula2 ditubuhkan.
Dah banyak kali aku nampak orang bagitau benda neh tapi aku masih blur. Adakah yang dimaksudkan oleh mereka sebenarnya ialah umno yang ditubuhkan oleh datuk onn sudah lama berkubur dan dihijack oleh mahathir menerusi perundangan yang licik? Aku tidak tahu tapi di bawah neh ia mungkin dilihat seperti itu.
Lihat bawah neh ;
Yang kat atas neh pongpang pasal umno lama. Dan lihat kat bawah neh pula ;
Aik? Pongpang pasal umno baru? Apa beza umno baru dan umno lama? Kedua2 artikel neh oleh utusan melayu pada tahun april 1988 dan feb 1988. Maksudnya mahathir pongpang2 pasal perjuangan umno baru dan ku li pongpang2 pasal perjuangan umno lama. Seolah2 umno pada ketika itu ada dua. Satu umno baru dan satu lagi umno lama.
Kenapa tidak gunakan sahaja nama lain oleh mahathir ketika itu? Contohnya kalau kita nak berniaga kek, kita beli je saham dari jenama terkenal supaya tak perlu susah payah cari ahli dan bina nama, adakah ini yang dilakukan oleh mahathir? Tah. Taktahu. Neh persepsi bukan fakta.
Lihat bawah ;
Pada tahun 1988, umno yang diasaskan oleh onn jaafar telah berkubur. Ia telah diharamkan oleh mahkamah. Segala lambang, logo dan harta umno di rampas. Namun yang heran nya, selepas dirampas ia bukan jadi hak milik kerajaan, cuma ia berpindah milik dari umno lama kepada umno baru.
Maksudnya disini melalui undang2, mahathir berhasil merampas harta2 dari umno lama dan menjadi hak milik umno baru. Bukan setakat harta je, logo, lambang, perlembagaa dan lain2 hal yang babitkan umno seme nya dihijack dan dimilikkan kepada umno baru dengan guna nama persendirian.
Dan tindakan mahkamah itu juga pernah dicabar oleh dua bekas perdana menteri malaysia yang masih hidup ketika itu. Andai umno lama diharamkan dan umno baru ditubuhkan bagi menganti semula umno lama yang diharamkan, so tidak perlu lah dua bekas pm neh nak berbantah-bantahan. Dan tidak perlu juga susah payah ku li pertahankan umno lama.
Yang aku dapat faham sekarang neh ialah salah faham terbesar aku pada ku lie tentang penubuhan semangat 46. Dulu aku fikir pasal dia gagal dapatkan kuasa. Secara asasnya ia ditubuhkan oleh ku li kerana apa yang berlaku pada umno lama dan cara mahathir mempertahankan kuasa. Bukan lah dia lari sebab tiada kuasa, tetapi dia keluar demi maruah tetapi oleh kerana lawan nya sangat kuat dan licik maka dia terpaksa masuk umno dan kekal disitu.
Senang cakap, keadaan yang berlaku waktu itu memaksa dia menubuhkan semangat 46. Nak guna nama umno lama tak boleh. Sebab? Lihat bawah neh ;
Pada awalnya boleh guna perkataan umno lama dan umno baru tetapi ia dihalang dengan kuasa mahkamah bahawa perkataan umno baru hanya boleh di istilahkan sebagai umno sahaja. Ini bermakna kalau umno lama guna perkataan umno lama pun, mahkamah sudah pasti akan melarang umno lama berbuat demikian kerana umno baru dah diperintahkan guna perkataan umno sahaja bagi mengelakkan kekeliruan. Jika umno lama masih digunakan, ia sudah pasti menimbulkan kekeliruan kepada umno baru yang diperintahkan guna perkataan umno je.
Dalam bahasa mudah nya, beginilah anggapan aku ;
1. UMNO lama dihijack melalui mahkamah. Ibarat syarikat yang stabil dan dikenali dirampas melalui pegangan saham.
2. Segala harta bagai logo lambang diberikan kepada umno baru selaku pemilik baru umno lama.
3. Nama umno baru di ubah menjadi umno je. Mungkin sebab nak raih sokongan.
4. Akhirnya umno asal, hilang begitu sahaja.
5. Segala usaha umno lama hilang dan terkubur. Yang ada hanya sedikit2 kebaikan, tapi lebih banyak kisah mahathir berbanding sejarah dan kisah silam.
Semangat 46 neh mesti di ambil sempena penubuhan umno pada 11 mei 1946. Yang mana nak guna nama umno lama tak boleh tapi semangat 46 umno lama itu tetap ada pada ku li. Sekarang seme persoalan aku dah terjawab. Ku li bukan lah orang yang tamakkan kuasa setelah kalah akibat elektrik yang terpadam tiba2.
Dan mahathir bukan lah orang yang ... aku tak sanggup cakap. Aku siyes tak percaya selama aku lahir dan hidup bawah pemerintahan dia, segala pandangan tinggi aku terhadap dia adalah sesuatu yang dibentuk dengan persepsi akhbar.
Dia bukan seseorang seperti yang aku pernah bayangkan. Aku dah lama tertipu rupanya. Walaupun dah condong ke pr, aku sebenarnya ada respect terhadap dia tapi mungkin aku patut nilai semula pandangan aku terhadap dia selama neh. Bai.
Nota : Bagi aku umno asal, umno lama ataupun umno baru or umno yang dihijack, intipatinya tetap sama, iaitu umno tetap umno dan umno inilah yang masih mengekalkan apa yang tidak perlu dikekalkan iaitu PENIPUAN. Mungkin sesetengah orang dalam umno seperti ku li cuba memperbaiki penipuan neh tapi sayangnya mereka bukanlah golongan majoriti.
Sumber gambar disini.
Ameno : <-- anak2 zaman mahathir yang ditipu.