Selasa, 18 September 2018

Isu Baling Kerusi, Meja, Bergaduh & Rasuah Tiada, Jadi Mereka Serang PAS Isu Uniform - Ustaz Idris.

IDRIS HAJI AHMAD, NAIB PRESIDEN PAS | Alhamdulillah Jabatan Amal mendapat iklan percuma, apabila isu uniform di Muktamar PAS ke 64. 

Hendak harap isu lain sudah tidak ada. Baling kerusi, meja, mic, bergaduh tidak berlaku. Tidak ada pula perwakilan yang ditangkap kerana minta rasuah oleh SPRM.


Maka isu uniform yang menjadi tumpuan. Nampaknya orang awam yang selama ini tidak memperduli Jabatan Amal sudah memberi tumpuan.


Mereka hendak tahu apa itu Jabatan Amal. Cyber trooper upahan mereka terkedu apabila ditunjuk uniform pasukan St John. Terus menghilang diri dan tidak dapat dikesan oleh radar.

InsyaAllah anak muda yang benci dengan trend politik dendam dan fitnah akan menyertai Jabatan Amal. Mereka akan menjawab dengan amalan untuk sama-sama menyertai Jabatan Amal biar mereka yang benci dan dendam tidak senang.

Berita uniform Jabatan Amal seolah-olah sempadan negara diceroboh, senjata hilang dan kem tentera diserang. Carilah modal lain, kalau benci sangat dengan PAS. Tak padan lawan Jabatan Amal, buat malu dekat orang sahaja.

Jabatan Amal ini, mereka yang memang beramal. Tidak ada dalam pemikiran mereka hendak berebut calon, hendak jadi Menteri, Exco, YDP Kawasan atau ketua cawangan. - 18 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...