Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 24 Februari 2014

Presiden PAS Diarah Bayar RM2juta Kepada Bekas Calon PKR Angkara Pil Kuda..


Dia neh dulu bekas calon PKR di Terengganu. Sekarang aku tak sure status dia apa. Masih lagi ahli PKR ke ataupun bukan. Tahun lepas ketika PRK di SG Limau, dia muncul di pelbagai tv dan media arus perdana kerana tampil membuat kenyataan balas terhadap presiden PAS. Iaitu dia mahu menyaman tuan guru akibat menjatuhkan nama baik dia. Siap menangis lagi tue.

Sekarang, dia dah pun menang saman.

Tuan Guru Hadi Awang diarahkan membayar rm2juta.

Itupun, disebabkan tuan guru gagal menfailkan pembelaan terhadap saman yang telah dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini. Bukan kah ini bermaksud TGHH buat tak layan aje dengan tuntutan saman tersebut.

Bukan la kalah atas sebab hujah dan keterangan.

Tetapi kalah disebabkan buat tatau aje dengan tuntutan saman tersebut.

Tak kisah la bab tue. 

Pandangan aku ;

1. PKR dan PAS lain kali kena settle hal2 dalaman secara bertutup. Tak berapa elok orang lain tengok. Mereka dok peratikan aje. Ikatan sesama parti komponen PR neh rapuh ke kukuh? Kalau rapuh senang sikit depa nak cucuk jarum. Kalau utuh ko cucuk la macam mana pun mesti susah punya nak jatuhkan PR.

2. Menjejaskan nama baik TGHH. Paling penting, apa kata menantu tuan guru? Dah ko hasut2 bapa mertua ko lepas tue ko buat bodoh aje ke apa neh?

3. Sejak2 kes PSM dan mereka2 yang dituduh kemukakan keterangan balas, TGHH terus senyap tak kata apa2 dah. Diam dan tak sentuh2 lagi isu2 berkaitan. Kenapa? Rasanya TGHH ada belajar sesuatu kat sini. Menantu tuan guru patut memainkan peranan tampil ke depan minta maaf pada yang dituduh2 dan bertanggungjawab la sikit.

4. Dan, perasan tak perasan, TGHH pun tak respon apa2 yang kontroversi yang babitkan menantu lelaki dia tue. 

5.Agaknya dah jauh ahti ke ataupun dah malas melayan sebab dah terkena?

6. Pendapat aku masih sama. PAS perlukan ketua yang baru. Bukan kerana isu neh ye. Jangan salah faham. Bagi aku PAS perlu reform dan perlu lebih agresif dalam kerja2 melawan serta medakwah. Dan untuk itu, PAS perlukan pimpinan baru supaya pelbagai agenda pembaharuan dapat dilaksanakan sekaligus membawa PAS ke kedudukan yang lebih baik dan diterima berbanding sekarang.

7. 2juta tue satu jumlah yang banyak. Harap2 TGHH dan bekas calon tersebut boleh capai persefahaman tanpa membabitkan peranan wang kat sini. Ada bagusnya gunakan wang tersebut untuk bantu orang.

HAHAHAA..

Lue fikirlah sendiri.

Oke bai.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/presiden-pas-diperintah-bayar-rm2-juta-dalam-penghakiman-ingkar

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...