Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Februari 2014

Angkara 2 Juta Penyokong PAS Dan Penyokong PKR Bergaduh Sakan !!!

Semua 2 juta punya pasal.

Baru2 neh kita semua sedia maklum yang TGHH kalah dalam kes saman 2 juta yang difailkan oleh salah seorang bekas calon PKR terhadap TGHH kerana dia rasa teraniaya angkara fitnah ke atas dirinya.

Rujuk :  http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/presiden-pas-diarah-bayar-rm2juta.html

Nampaknya jangkaan awal aku tidak lari. TGHH bukan kalah saman angkara kalah hujah tetapi disebabkan ketidakpedulian TGHH mengambil tahu langsung akan perjalanan kes tuntutan saman 2 juta itu.

Kita taknak sembang bab protokol sangat kat sini.

Kita amek tahu yang ringkas2 sudah.

Video yang memuatkan kenyataan TGHH sila rujuk bawah ;
 

Tue dia. TV3 siarkan perkara ini dalam laman berita mereka. Jangan dok perlekehkan TV3 semata2 kerana mereka laporkan benda neh. Kalau perkara neh terbalik pun, media2 pro pembangkang juga akan laporkan perkara yang sama. Itula peranan media kan? Ia media beb.

Fikirkan ;

1. TGHH sebut perkara di atas secara terbuka

2. Memang la ia jadi isu sebab TGHH ialah presiden PAS. Bukan calang2 orang oi.

Namun jangan lupa ;

3. TGHH tak pernah sebut nama individu

4. Tetapi semua pihak tahu bahawa TGHH tujukan kepada calon PKR (merujuk kepada kenyataan orang keadilan pun tak terima..)

5. Cuma tatau siapa sebab tak pernah sekalipun TGHH sebut nama

Dan selepas disahkan kalah dalam tuntutan saman disebabkan TGHH buat tak ambil peduli aje dalam kes tuntutan saman itu maka ;


Ini salah satu, aku petik yang penting2 aje.

Sejujurnya ;

1. Seruan jihad itu apa? Disuruh ahli2 parti keluarkan duit untuk bayar tuntutan saman 2 juta itu bukan seruan jihad wahai kawan2. Jangan hilangkan akal rasional mu kerana taksubkan batang tubuh pemimpin kamu.

2. Maruah itu apa? Bila keluarkan kenyataan sebarangan tak fikirkan pula maruah parti lain yang diperkatakan? Kita semua ada maruah. Ko, aku, dia dan semua sekali. Ia tanggungjawab bersama agar kita tidak merosakkan maruah diri kita dan jangan pula kita bertindak merosakkan maruah diri orang lain sama. Seperti mana kita mahu menjaga maruah diri kita seperti itulah orang lain pun harapkan perkara yang sama.

3. Aku tak favor kepada seruan solat hajat untuk isu peribadi walaupun aku raikan dan hormati tindakan tersebut.

4. Pendapat aku lebih baik ;

- Biarkan pimpinan parti tertinggi yang terlibat uruskan perkara neh.

- Ahli dan penyokong usah berlebih2an dalam mengulas dan beremosi tak tentu hala

-  Lebih baik jika TGHH boleh face to face dengan Shamsol yang menyaman nya. Berunding dan berbincang. Presiden PAS juga perlu keluarkan kenyataan minta semua ahli2 dan penyokong bertenang dan jangan buat kenyataan sebarangan sekaligus memberikan peluang kepada Barisan Nasional untuk ambil kesempatan.

- Minta maaf aku rasa tak rugi pun.

- Aku rasa Shamsol bukan nak cari duit tapi terkilan kerana dituduh sebarangan.

Lihat respon Keadilan ;

 

Pendirian Shamsol tidak mewakili pendirian PKR. Sudah2 la tue mengaitkan PKR dalam perkara ini.

Namun, ada sesuatu yang perlu aku nyatakan pada PKR. PKR juga perlu belajar dari insiden neh kerana mereka terlebih dahulu ego sehingga dibalas ego oleh parti sahabat.

Lihat ;


1. PKR ego kerana tak faham sentimen pengundi di Terengganu.

2. Terengganu lebih dekat dengan PAS berbanding PKR.

3. Pengundi Terengganu lebih cenderung kepada acuan politik PAS berbanding acuan politik PKR.

4. Sentimen dan kehendak pengundi adalah asas dalam menentukan calon dari parti apa dan calon bagaimana yang sepatutnya diletakkan sebagai calon disitu.

5. PKR tak faham langsung kehendak asas neh. Yang benda neh kecik macam neh pun ko faham, lagi mao sembang kencang pasal benda besar? TOLONG LA WEH. JANGAN BUAT LAWAK BODOH boleh?

6. Maka, ego PKR dibalas ego PAS akhirnya dua2 pun EGO tak tentu hala. Rakyat perhatikan aje neh.

7. Jangan buat2 lupa, pertindihan kerusi berlaku atas kesalahan kamu berdua secara kolektif. PAS, PKR BERSALAH secara BERSAMA2.

Merujuk kepada kenyataan di atas ;

ADIL.

Krisis dalaman PKR, tidak sepatutnya diletakkan dan disandarkan ke atas bahu rakyat.

PKR tak layak cakap besar soal adil disaat mereka pun tak adil.
PAS pun sama. Setelah menjatuhkan maruah orang, PAS sepatutnya berlapang dada memohon maaf dan jangan memperbesarkan lagi keadaan yang dah sedia buruk. Masa untuk minta maaf sudah diberikan. Peluang diabaikan dan perjalanan mahkamah juga dipandang ringan. Lepas tue nak maki hamun orang PKR dan desak DSAI untuk campurtangan. Hello kawan2 dari PAS yang ku sayangi, semasa buat ceramah, ada tak tanya DSAI jika2 itu ialah perkara yang betul?

Kenapa babitkan DSAI selepas kalah saman?
Kenapa tak tanya DSAI sebelum keluarkan kenyataan?

Adakah salah tanggapan aku ulama sepatutnya ber-ahti2, cerdik dan sepatutnya berhemah dalam mengeluarkan kenyataan?

Dan jangan lupa, macam mana rakan2 sosialisme dan PSM aku teruk kena herdik dengan korang semua. Baik dari PKR mahupun dari PAS. Pas tak adil kerana fitnah PKR. PKR tak adil kerana saman PAS. Tapi PKR dan PAS berpadu tenaga membalon PSM isu logo tangan, itu adil ke?

Berpadu tenaga mengenakan dan menfitnah PSM, itu adil ke?

Sekarang neh bila sebut dan citer je bab sosialis, komunis, tahu2 aje akidah jadi taruhan. Ini apa? Sejak bila penyokong2 PAKATAN RAKYAT ambil alih kerja tuhan? Allah ada bagi lesen ke?

Kita jangan sembang kencang bab adil bila kita buka sejarah lama kita, kita juga tidak seadil mana sampai kita beria2 harapkan orang lain untuk bersikap adil.

Cermin la diri wahai rakan2 dari PAS dan PKR.

Apa yang berlaku ini bukan salah PAS semata2 atau salah PKR semata2 sebaliknya salah kamu bersama2.

Teruskan ambil pedang, tikam sesama sendiri dan kami akan perhatikan siapa yang mati dulu. Ingat rakyat pada bila2 masa, akan terdedah kepada alternatif baru, parti politik yang baru sentiasa boleh diwujudkan dan digerakkan.

Rakyat akan memerhatikan korang dari tepi untuk melihat kematangan korang dalam menyelesaikan krisis dalaman.

Ataupun,

Berhenti keluar pedang, akui kesilapan masing2 secara bersama, amek cermin, muhasabah diri dan nilaikan kesilapan diri sebelum sembang kencang bab kesilapan orang lain.

Tiada siapa lebih baik dari siapa di antara kamu. Kamu hanya saling melengkapi antara satu sama lain. Bukan la kamu adalah terbaik berbanding yang lain. Sedar la diri tue sikit.

Lue fikirlah sendiri.

Oke bai.

Nota : Gambar sebagai rujukan dan contoh. Bukan bermaksud ada mana2 di antara individu di atas terlibat dalam apa2 fitnah terhadap mana2 individu. Ia sekadar memetik contoh pemikiran asas ahli2 dan penyokong2 partisan tertentu. Harap maklum.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...