Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Ogos 2014

Khalid Dari MB Kepada Penasihat Ekonomi Selangor - Bagaimana Dengan Intergriti?

Kita cakap pasal konsistensi.


Ini bukan perbahasan untuk mempertahankan jawatan Khalid Ibrahim. Semua perlu akur Khalid sudah tiada tempat lagi untuk menjadi MB Selangor. Biar dia pergi dan rakyat Selangor perlu move on. Samada Wan Azizah ke Azmin Ali ke atau sapa2 ke redha je la. Kalau tak puas ahti sangat masa PRU nanti pandai2 la korang tentukan pilihan sendiri. Anda pilih, anda dapat, anda hadap.

Aku tertarik bila baca hujah dari aktivis Kua Kia Soong, penasihat SUARAM yang juga BEKAS WAKIL RAKYAT DAP.

Ini adalah artikel perbincangan mengenai konsistensi, pendirian dan matlamat PKR dalam isu Langkah Kajang yang diperlihatkan gagal menyakinkan rakyat dan juga penyokong2 mereka.

Sesetengahnya bersikap berpura2. Di depan facebook mereka sokong bagai nak rak. Sanggup maki kawan2. Tapi dalam inbox mereka minta maaf. Mereka kata nak playsafe.

Ada juga yang jadi playsafe dengan taknak amek port langsung. Padahal nak tunjukkan penentangan cara diam. Kat telefon dia meluahkan juga rasa sakit ahti.

Ada juga yang syak sesuatu dengan langkah Kajang. Tapi malas nak pergi lebih dalam. Bagi mereka matlamat hapuskan UMNO perlu diutamakan walau apa pun yang berlaku. Biarpun ia berlanggaran dengan prinsip perjuangan asal mereka pun tiada masalah.

Ada yang mahu terima. Mahu bersangka baik.

Ada yang diheret dalam propaganda atas nama terlibat sebagai partisan. Parti tidak tahu. Dan tidak mahu tahu. Bagaimana ia menyakiti ahti ahli2 dan penyokong2 mereka dalam diam. Apa yang parti mahu tahu ialah sokongan harus dizahirkan samada kau setuju atau tidak setuju. Ini bukan keluarga. Jika kita satu keluarga dalam satu parti, kita berkasih sayang. Jika kita saling mengumpat sesama ahli dan pemimpin, membenci dan mendorong untuk lakukan kejahatan demi pangkat, kuasa dan apa2 saja di kalangan ahli parti, ini bukan betul. Sesuatu sedang merosakkan korang, dari dalam, jika ahli2 parti ini mahu terima kebenaran.

Aku tertarik bila Kua Kia Soong menyebut jika intergriti Khalid Ibrahim dijadikan sandaran kenapa dia perlu dipecat dari jawatan MB kenapa pula Tian Chua menyatakan dalam satu kenyataan bahawa TSKI bukannya disingkir terus dari pentadbiran negeri. Apa yang berlaku ialah dia akan bertukar jawatan.

Mari kita bahaskan sekejap isu ini.
Pada masa sama, khidmat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan akan diserap sebagai antara orang kanan bahagian perancangan ekonomi negeri Selangor. Dalam pada itu kata Tian Chua, PKR juga sudah lama memaklumkan kepada PAS dan DAP tentang kebaikan pertukaran berkenaan. "Ia dilihat dapat mempertingkat prestasi dan pentadbiran negeri. Kita buat ini dengan semangat persahabatan PR sendiri. "Kita tidak buang Abdul Khalid, masing-masing ada peranan tersendiri. Walau Wan Azizah menjadi MB, Abdul Khalid tetap memainkan peranan tersendiri dalam pentadbiran Selangor," ujarnya.

Rujukan : sini

Point.

1. Khalid sebagai MB ada masalah intergriti. Khalid sebagai seseorang yang penting dalam pentadbiran dan kewangan Selangor, tiada masalah intergriti? Isu bank islam yang dimainkan sudah tidak valid lagi?

2. Kua Kia Soong juga bertanya andaikata Khalid bersetuju dengan penukaran jawatan itu adakah PKR akan memadamkan (menutup) isu intergriti yang dipalitkan ke atas TSKI?

3. Dalam satu artikel yang ditulis oleh aktivis SUARAM, Kua Kia Soong disini, bertajuk memfitnah Khalid merupakan hak asasi (diterjemahkan) ada menyebut bahawa ia adalah hak asasi Khalid untuk mempertahankan diri dari serangan demi serangan yang dilemparkan ke atasnya sungguh pun tuduhan demi tuduhan itu belum lagi terbukti. 

Contoh.

Rafizi bagi kau satu dokumen. Macam mana kau nak perjelaskan kandungan dokumen itu betul? Hanya kerana Rafizi bawa maka kau perlu sandarkan kepercayaan absolute pada dia? Ataupun. Kau mahu beri peluang dan ruang untuk memerhatikan perbahasan dan hujah pihak2 yang terlibat?

Kau rasa, kau di pihak yang mana? Aku mahu berada di pihak yang mendengar semua pihak. Walaupun ia babitkan Rafizi dengan UMNO ataupun BN sekalipun. Aku lebih selesa teliti hujah dari semua dan baru fikirkan apa yang sepatutnya.

4. Ada yang tidak tahu. Edmund Bon (FIRMA GUAMAN BON) ialah peguam hak asasi terkenal yang mewakili Khalid dalam hal ini. Dia banyak menang kes hak asasi dan sangat berkebolehan untuk memenangi satu2 kes. Edmund Bon kena serang dengan kak Lat dalam twitter. Seriyus macam budak2. Bukan Edmund. Tapi perangai kak Lat dan geng2 dia. Mereka kata macam2 kat Edmund Bon sebab mewakili Khalid untuk mempertahankan hak diri dia. Itu sebab Kua Kia Soong tulis artikel yang aku siarkan link di atas. Apa benda yang aku cuba huraikan ini? Aku nak bagitau. Sekecil2 hal macam neh pun geng2 PKR tak meraikan kepelbagaian dan tak boleh nak menghormati hak asasi orang lain untuk jadi wakil sapa2 pun. Macam mana pula jika ia membabitkan hal2 yang lebih besar lagi? Jangan2 kena tuduh kerjasama dengan UMNO ataupun dipecat dari jawatan. 

Watak dorang, sangat pelik dan sangat menakutkan. Aku sendiri juga rasa keliru dan takut. Sekejap kita adalah kawan. Dan sekejap kita dicop sebagai musuh dan dihina dengan sewenang2nya.

Sekejap huha huha cakap raikan kepelbagaian pendapat. Mahu BN melakukan hal yang sama. Tapi, adakah diri kita juga melakukan hal yang sama apabila situasi berbalik pada diri kita?

Kemudian huha huha lagi cakap BN kejam. Suka tuduh sana sini tanpa bagi bukti. Guna media serang peribadi. Sanggup buat roadshow turun kampung ke kampung jaja citer lucah dan seks buka screen tv pun ada. Biar orang rasa jijik pada individu yang mereka palitkan tuduhan tue. Tapi, adakah kita benar2 yakin kita tak melakukan hal yang sama seperti yang kita asyik kata kat BN tue? Kita nak orang beri peluang pada kita. Dengar hujah kita. Jangan tuduh kita sebarangan hanya kerana seseorang bawa bagi dokumen atau buka buku 50 dalil. Tapi adakah kita pernah bagi peluang pada orang lain untuk berhujah sebelum menfitnah dan menuduh? Atau kita gunakan media sebagai mahkamah untuk jatuhkan hukuman?

Tolongla. AKu bukan orang yang mudah dipengaruhi. Budak2 PKR neh dah banyak kali cakap kat aku. Mereka cakap TSKI tidak hadir untuk nafikan tuduhan itu sebabnya dia dipecat serta merta dari parti. Padahal. Pecat serta merta tue sebab PKR sentap PAS sokong TSKI. Andaikata TSKI bukan lagi ahli PKR, maka apa sebab PAS mahu terus mempertahankan Khalid sebagai MB? Ini permainan politik. Kau kena belajar atau cuba untuk tafsir permainan ahli2 politik ini supaya kau tak dijadikan catur oleh mereka. 

Kemudian. Huha huha cakap Khalid terpalit skandal la. Ada masalah intergriti la. Tapi pelik. Jika Khalid sebagai MB, intergriti dia dipersoalkan. Tapi jika dia sebagai orang penting dalam kerajaan negeri, takde masalah pula ek? Tak takut ke dia tak ikut arahan parti ataupun buat keputusan2 sendiri lepas neh dalam mana2 agensi yang dia ada kuasa untuk buat keputusan? Tak takut ke dia jual hal2 dalaman pentadbiran kerajaan negeri kat UMNO BARISAN NASIONAL?

Mana konsistensi nya PKR neh?

Khalid Ibrahim ada masalah intergriti ataupun tidak sebenarnya neh?

Fahamkan. Selama bertahun2 BN mentadbir negara ini, aku juga bangkit dan mempersoalkan tindakan2 mereka sedangkan selama ini persepsi demi persepsi, racun demi racun mereka tanam kat akal fikiran aku. Dan mereka masih gagal untuk menyakinkan aku agar berpihak kepada mereka. Itu parti yang 56 tahun mentadbir Malaysia yang mana ada juga hasil2 mereka yang terbukti. Dan, ini pula PKR yang tak la banyak mana pun perkara2 menarik yang dibuat oleh mereka selama menjadi pembangkang mahupun pentadbir. Ada yang baik kita sebut la tapi tak la terbanding dengan apa yang BN buat. Untuk bebaskan diri dari tangan perompak, aku tak fikir gunakan bantuan penyamun adalah betul. Korang rasa sesetengah pimpinan PKR akan mampu memperbodohkan rakyat ke? Tolong fikir masak2. Berhenti berbohong, jadi la jujur. Kita nak memimpin neh, jadi jujur lebih penting dari cari kemenangan.

Terima kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...