Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Ogos 2014

Dokumen2 Sulit Agenda Sebenar Langkah Kajang Pula Tersebar !!!

Ini ada maklumat yang tersebar meluas di laman maya. Baru aje tersebar. Ada beberapa dokumen yang mendedahkan apa sebenarnya misi sulit langkah Kajang yang tidak difahami oleh rakyat.

Kalau kita baca sedikit dari kandungan dokumen tersebut, TSKI pun nampaknya turut terbabit dalam agenda mereka pada asalnya. Apakah mungkin pergolakkan tukar MB adalah disebabkan TSKI menarik diri selepas bersetuju untuk jayakan rancangan sulit itu?

Mungkin kah misi sulit mereka semakin diperkukuhkan dan diperkuatkan apabila DSAI didapati bersalah kerana meliwat SBA?

Yang neh relax sekejap.

Mungkin dulu ada satu alasan. Sekarang sudah ada 3,4 alasan untuk memperkuatkan langkah mereka. Aku rasa la. Tapi dokumen2 ini memerlukan kepastian daripada PKR sendiri untuk mengesahkan samada ianya sahih ataupun fitnah. Bahkan, kita dapat  tahu, akan ada sekumpulan pihak yang akan membuktikan bahawa dokumen tersebut adalah tulen. Jika tulen, siapa punya kertas2 fail itu? Untuk apa dia dedahkan? Dan err aku agak sedikit takut membaca agenda mereka. Tapi dalam takut2 itu, aku ada juga terfikir, mungkin ini sedikit sebanyak strategi mereka untuk tumbangkan rejim zalim. Tapi aku masih lagi terfikir2. Kalau kita nak tumbangkan orang jahat, perlu kah kita berkelakuan jahat sekejap untuk memastikan mereka tumbang dan membetulkan tindakan kita selepas itu ataupun jangan langsung berkelakuan jahat kerana matlamat tak halalkan cara? Yang neh aku masih terfikir2. Bukan ada apa2 kesimpulan.

Korang baca la sekejap.






Beberapa point penting ;

1. Meluluskan lesen pusat hiburan dan blabla sewaktu dengannya demi tujuan mendapatkan dana tambahan. Ayat dia kutipan tidak terancang. Apa maksudnya tue? Kutip ikut saluran belakang la ek? Macam, rasuah ke?

2. Tekan kerajaan sehingga harga barang dinaikkan sebanyak 20%.

3. Hilang pekerjaan mendorong kebencian pada kerajaan.

4. Tingkatkan kadar inflasi.

5. MBI akan digunakan untuk tujuan politik. Bagi meningkatkan dana PAKATAN RAKYAT. Supaya mempunyai keadaan kewangan yang kukuh bagi menjatuhkan rejim.

6. Kutipan2 derma juga akan digunakan bagi tujuan propaganda politik.

7. Wujudkan pusat latihan insentif propaganda siber untuk melatih cybertroopers2 bagi melawan BN di media sosial. Macam makan gaji la juga neh kan? 

8. Pemberian komputer, telefon bagi memudahkan serangan.

Ini macam nak serang rakyat untuk pastikan BN lumpuh. Pening aku. ASN, KSWS, antara agensi2 yang disasarkan juga. Kan itu semua duit2 rakyat yang dilaburkan dalam tue. Satu lagi, tak boleh ke kalau kita urus tadbir negeri elok2, biar rakyat lihat pentadbiran kita yang amanah dan telus dan seterusnya rakyat akan pilih kita di lain kali, tak boleh ke macam tue?

Apa2 pun. Jangan kelam kabut buat andaian. Biar la PKR beri penjelasan lanjut dulu. Kita dengar apa kata mereka. Dokumen2 ini perlu dipastikan sahih sebelum memandai2 buat apa2 kesimpulan. Keep calm dan dengar penjelasan. Secara logiknya juga, macam mana pula dokumen2 sulit ini boleh terbocor pula time huru hara bab MB ye tak? Kena pula dengan timingnya.

Haha..

Rujukan : sini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...