Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 Ogos 2014

Penganjur Sukan Bogel Akhirnya Minta Maaf.


Aku rasa bukan di Malaysia aje dia kena kecam. Kat negara Singapore pun sama. Bila polis mula siasat dan2 jek satu demi satu tampilkan diri bagi membantu siasatan polis last2 dorang minta maaf. Tak tahan pressure kot. Yang pelik. Dah pandai2 bogel, pandai2 la kau simpan. Yang p menyemak upload kat youtube sapa suruh? Siap buat lagu lagi. Hadoiiiii.. Gila betul la dorang neh.

HAHAHA..

Penganjur bersama sukan bogel di Pulau Pinang menulis surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri itu kerana “menimbulkan kekecohan” dan “memalukan” negara ini.

Albert Yam, 45, warganegara Singapura menulis surat itu yang disiarkan dalam harian berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh, lapor New Straits Times Online.

“Ke hadapan kerajaan pulau Pinang, kami mohon maaf kerana menganjurkan acara naturist di Pulau Pinang, yang menyebabkan kekecohan di Malaysia.

“Kami tidak akan lakukannya lagi dan harap dapat terima permohonan maaf ikhlas kami atas salah laku itu yang memalukan negara. Kami sangat menghormati undang-undang di Malaysia, Yang ikhlas, Albert Yam Kam Hoong dan naturists.”

Sementara itu, Bernama melaporkan, lima individu termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes terhadap acara di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin dilaporkan berkata rakyat Singapura 30-an itu menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Barat Daya pagi semalam.

Sehingga semalam tujuh daripada 15 individu yang disyaki terlibat dalam pesta itu ditahan.

Sukan itu hangat diperkatakan apabila video lima minit 52 saat bertajuk “Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang” tersebar di Internet memaparkan sekumpulan individu melukis badan, menari dan mengadakan acara sukan secara berbogel. -SK-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...