Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 September 2014

Akhirnya PAS Mengaku Hantar Nama Adun PAS Untuk Calon MB Baru Selangor.

Salah satu dari 3 nama yang dihantar oleh PAS kepada sultan Selangor adalah adun PAS Selangor.

HAHAHAHAHA..

Mengaku juga ye.

2 dari PKR. 1 dari PAS.

PAS memang pakar uturn la. Yang sebenarnya PAS tak patut hantar nama adunnya. Yelah, sultan minta 3 nama, ko boleh hantar 3 nama yang mana ketiga2nya adalah daripada PKR. Ko letak nama dari PAS buat apa. Ia memburukkan lagi situasi yang dah sedia buruk la PAS oi. Tak membantu menyelesaikan masalah bahkan menambah huru hara lagi ada.

Tah hapa2.


Cara PAS ini sebenarnya salah. Sudahla PKR dan DAP buat salah, PAS jangan la ikut sama. Sebenarnya PAS kena akur dengan tindakan atas kesepakatan yang dijanjikan melalui mulut. Kalau PAS taknak terima kesepakatan itu tiada masalah, maka dari awal lagi jangan la bersetuju untuk menerima kerjasama seperti yang pernah dibincangkan dalam bilik mesyuarat. Kalau taknak, cakap sungguh2 taknak. Kalau tak setuju, cakap sungguh2 kita tak setuju. Jangan depan DAP, PKR cakap setuju. Tapi belakang PKR, DAP buat tindakan berbeza. Ini sudah tentu menjejaskan imej PAS yang kononnya bawa hala tuju ISLAM. PAS di depan lain di belakang lain. Islamik apa macam neh. Pening aku tengok.

Yang sebenarnya tak salah pun salah seorang adun PAS jadi MB di Selangor. Tapi biarla melalui proses persefahaman yang teratur dengan parti2 komponen PR. PAS kena la berani bercakap depan2 yang dorang taknak follow dah apa yang pernah dibincangkan dulu. PAS mahu letak nama adunnya juga untuk memberikan lebih pilihan kepada sultan untuk melantik MB baru mengantikan TSKI. 

Katakanla, sultan pilih calon adun dari PAS.

PKR dan DAP tak setuju.

Adakah krisis ini akan selesai?

Sampai bila rakyat Selangor nak tanggung bahana yang dibawa oleh PR ke atas Selangor? Terlalu banyak masalah rakyat di Selangor yang perlu diuruskan tapi krisis MB neh makin lama makin jauh dari solusi sebenar.

Tak faham aku dengan PAS neh. Sudahla PKR dan DAP buat hal. PAS pergi ikut jejak langkah yang sama dah kenapa. 

PAS menghantar tiga nama, dua daripada PKR dan seorang daripada partinya sendiri sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, lapor lidah rasmi parti itu Harakahdaily.
Menurut portal itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan.
"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," katanya kepada Harakahdaily tetapi khabar angin mengatakan calon daripada PAS adalah Pesuruhjaya Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Menurut Mustafa, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor. Beliau berkata, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor menitahkan supaya setiap parti Pakatan Rakyat (PR) termasuk PKR dan DAP menghantar lebih daripada dua nama. "Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," katanya dan menambah senarai calon itu dihantar semalam. -TMI-

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...