Yang terkini rupa2nya statement sokong DSWA oleh muslimat PAS adalah palsu dan berunsur fitnah.
Hadoi ai..
Sudahla tersebar di wassap kot. Ingatkan betul. Rupa2nya fitnah. Apa pun tak boleh. Ini penafian dari mereka sendiri seperti yang dipetik dari laman berita Malaysiakini. Mohon take note.
Baca ;
Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf kecewa dengan pihak yang menyebar satu kenyataan didakwa menyatakan sokongan tidak berbelah bagi pada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," katanya seperti dilaporkan lidah parti itu, Harakahdaily.
Kenyataan tersebut didakwa disokong oleh Siti Zailah dan ketua sayap wanita parti anggota Pakatan Rakyat, Chong Eng dari DAP dan Zuraida Kamaruddin dari PKR.
Kenyataan yang memberi sokongan padu kepada Wan Azizah tersebut dikeluarkan oleh Wanita Pakatan Rakyat semalam. -MKINI-