Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 September 2014

PKR U-turn, Hantar 3 Nama Sebagai Calon MB Termasuk Azmin Ali.


Kalau PKR masih berdegil dan tidak mahu menghantar nama lain selain dari nama DSWA, PKR sebenarnya mendorong kepada pembubaran DUN. Tapi entah macam mana tetiba PKR ubah pendirian mereka daripada beria2 mempertahankan nama DSWA sebagai MB kepada bertolenrasi dengan permintaan sultan iaitu menghantar 3 nama untuk sultan nilai dan pilih siapa yang layak di antara mereka.

Aku rasa. Sebab PKR dah cuak. Takut sultan pilih MB dari senarai yang PAS calonkan. PKR dan DAP hanya hantar satu nama. PAS hantar 6 nama kot. Surat pertama menamakan 3 exco PAS sebagai calon MB yang baru. Kemudian surat kedua pula menamakan 2 dari PKR dan satu dari PAS sebagai calon MB yang baru. Kesemua nama2 yang dihantar oleh PAS kepada sultan hanya la mewakili keputusan presiden PAS tanpa melalui AJK PAS Pusat. AJK PAS Pusat majoritinya blur bahkan timbalan presiden PAS pun tatau apa2. Mat Sabu kena kelentong depan2 dengan Haji Hadi sebab memalukan Haji Hadi apabila Mat Sabu dan beberapa geng2 endorgan memilih untuk bersekutu dengan Anwar berbanding mempertahankan prinsip PAS pada awalnya iaitu bersama2 Khalid Ibrahim.

PAS dan PKR sedang mengalami perpecahan dalaman yang sangat dahsyat ketika ini. Apa akan terjadi seterusnya? Tunggu dan lihat je la camne dorang akan selesaikan masalah2 dalaman dorang.

Apa2 pun ianya adalah perkara yang betul bila PKR menghantar calon lain sebagai MB selain dari DSWA. Tak guna lue tunjuk lue punya degil sampai menyusahkan rakyat Selangor.

Menurut laporan dari MSTAR ;

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya menamakan tiga calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk mengisi kerusi panas itu.
Selain Dr Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad.

Namun, dalam surat yang dihantar ke Istana Selangor pada Jumaat, PKR mendakwa Dr Wan Azizah seharusnya dilantik kerana beliau mendapat sokongan majoriti.

Akaun bersumpah yang ditandatangani seramai 30 Adun sebagai sokongan kepada pencalonan Wan Azizah turut dikepilkan bersama dalam surat tersebut.

Biro Politik PKR membincangkan perkara itu selama dua hari sementara penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahukan isterinya dinamakan sebagai calon tunggal.

"Akhirnya, kami mencapai kata sepakat dan Anwar bersetuju untuk menambah dua lagi nama seperti yang diminta oleh Sultan. Kami turut menghantar bersama akaun bersumpah 30 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah," kata sumber.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengesahkan kata sepakat telah dicapai tetapi enggan mendedahkan isi kandungan surat tersebut.

"Surat itu dari Presiden Parti kepada Tuanku Sultan. Tidak elok untuk mendedahkan isi kandungan (surat itu) kerana Sultan masih belum menerimanya," kata Saifuddin.

Jelas beliau, surat tersebut akan diserahkan terus kepada Istana hari ini.

Beliau berkata, mereka membalas surat dari Istana bertarikh 3 September berhubung senarai calon yang dihantar oleh parti itu pada 1 September lalu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...