Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 Oktober 2018

Tak Payah Pusing-Pusing, Tubuhkan Aje Siasatan Diraja Untuk Siasat Kematian Kevin, Hussain, Altantuya Cabar Najib Razak.

Najib Razak | Sama seperti kes pembunuhan Hussain Najadi, Lim Kit Siang antara orang pertama yang cuba mengaitkan saya dengan pembunuhan Kevin Morais.

Tiga tahun lalu, Charles Morais iaitu adik kepada Kevin Morais tiba-tiba muncul di Malaysia setelah bertahun-tahun tinggal di Amerika Syarikat.

Dengan sokongan pemimpin Pakatan, Charles mengadakan sidang media dan menyatakan bahawa beliau telah membuat Surat Akuan Sumpah dan mendakwa ada padanya satu pendrive) kononnya diterima dari Kevin dan mengandungi bukti-bukti kes 1MDB/SRC serta bukti mengapa Kevin dibunuh.

Selepas membuat sidang media tergempar ini, Charles terus menghilangkan diri dan keluar dari Malaysia.

Selepas itu, Lim Kit Siang turut membuat kenyataan media yang bertajuk "Call for an international investigation into the murder of DPP Kevin Morais following the shock statutory declaration by his brother Charles who raised many disturbing questions" di mana Kit Siang mendakwa bahawa pembunuhan Kevin Morais ada kaitan dengan 1MDB/SRC.

Selepas Kit Siang berbuat demikian maka tentera dan jentera propaganda DAP pun bergerak bagi mengaitkan pembunuhan kejam Kevin dengan saya.

Persoalannya kini ialah di mana pendrive itu? Selepas tiga tahun ia masih tidak ditemui.

Jika menggunakan WhatsApp atau Google Drive, tak sampai 30 minit untuk kandungan pendrive ini tiba di Malaysia.

Siapakah yang mendorong Charles Morais untuk mengupah peguam dan membuat sidang akhbarnya pada masa itu?

Kit Siang dan DAP juga antara yang paling pantas untuk mengaitkan pembunuhan Teoh Beng Hock kepada BN dan saya.

Tetapi sampai hari ini, saya tidak tahu apa keuntungan untuk kerajaan BN ataupun saya jika saksi yang mungkin mempunyai bukti terhadap rasuah pemimpin DAP dibunuh?

Saya menulis kesemua ini kerana berharap rakyat Malaysia akan berfikir dengan lebih mendalam lagi dan tidak mudah dipengaruhi aturan propaganda terancang pihak-pihak tertentu.

Pagi ini, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan lagi untuk membalas saya. Dia pusing-pusing ke seluruh dunia termasuk ke WSJ, Japan, South Korea, Singapore and Taiwan dan ke Amerika Syarikat tetapi tidak lagi berani untuk menuruskan panggilan beliau hari itu untuk kerajaan PH melaksanakan siasatan khas untuk kes-kes pembunuhan ini.

Ini soal keadlian untuk nyawa 4 orang, YB Kit Siang.

Jangan main-main dan pusing-pusing lagi. (episode ketiga)
-----------------
Episode kedua

Saya tidak faham dengan Lim Kit Siang ini.

Bila saya tak setuju dengan beliau, dia marah. Bila saya bersetuju dengannya, pun dia marah.

Kit Siang baru sahaja keluarkan kenyataan bahawa dia terkejut kerana saya bersetuju dengannya meminta kerajaan memulakan siasatan khas terhadap kesemua kes pembunuhan yang PH pernah libatkan saya.
xcfs

Kit Siang marah saya kerana kononnya tiada siasatan di atas kesemua kes ini semasa saya masih Perdana Menteri. Kononnya saya tidak mahu keadilan semasa itu dan hanya mahu keadlilan selepas saya hilang kuasa.

Tidak betul, Kit Siang.

Kes Teoh Beng Hock dibicarakan di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan dan juga di Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Kes Altantuya dan Hussain Najadi dibicara selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan.

Kes Kevin Morais di mana 7 orang dituduh juga telah mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi sejak April 2017.

Siapa kata tidak pernah disiasat?

Masalah Kit Siang dan PH ialah mereka tetap akan menolak segala siasatan dan keputusan mahkamah dengan alasan siasatan dan kehakiman semasa kerajaan BN tidak adil kerana mereka hanya mahu fitnah mereka terhadap saya diteruskan.

Kini Kit Siang dan PH tidak ada alasan lagi.

Semua kertas siasatan, kuasa agensi-agensi siasatan untuk ketiga-tiga kes pembunuhan dan mahkamah ada pada tangan Kerajaan PH.

Tiada sebab untuk mereka tidak mengambil langkah itu tanpa lengah dan perlu segera mewujudkan siasatan khas sebagaimana diarahkan Kit Siang melainkan mereka masih ada rancangan untuk menggunakan isu ini pada masa depan untuk terus memfitnah saya.

Saya mahu bertanya secara terus-terang kepada Kit Siang:

Saya tahu saya tidak tidak ada kena-mengena dengan kematian kesemua mangsa-mangsa ini. Oleh itu, saya sudah setuju dengan anda agar siasatan khas dijalankan.

Adakah kamu masih mahu siasatan khas dibuka sebagaimana gesaan anda dua hari lalu kepada kerajaan PH untuk laksanakan? Adakah kamu akan memujuk Perdana Menteri untuk melakukan ini serta-merta?
----------------
Episode pertama.


Sudah melangkaui sepuluh tahun, saya dituduh oleh Pakatan dan pakar propaganda mereka bahawa saya terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, Kevin Morais dan Hussain Najadi.

Oleh itu, sudah tiba masa untuk keadilan diberikan kepada saya. keluarga mangsa dan memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia yang pernah menuduh dan memfitnah saya, menginsafi apa yang mereka lemparkan selama ini.

Saya mengalu-alukan gesaan YB Lim Kit Siang hari ini untuk membuka semula kes-kes ini dan penubuhan satu pasukan siasatan khas. Saya menggesa Perdana Menteri untuk menyokong saranan saya dan Kit Siang untuk berbuat demikian.

Ironinya ialah Kit Siang melalui kenyataannya pada Julai 2015, adalah antara individu pertama yang cuba melibatkan saya dengan kes pembunuhan Hussain Najadi.

Mendiang Hussain Najadi dibunuh oleh pembunuh upahan pada bulan Julai 2013. Selama tempoh dua tahun, tidak ada seorang pun yang menuduh saya.

Tetapi pada bulan Julai 2015, iaitu selepas isu RM2.6 bilion itu mula tersebar, Kit Siang, anak mangsa Pascal Najadi dan Sarawak Report mula menanam jarum fitnah dengan melibatkan nama saya dalam pembunuhan Hussain hanya kerana dia ialah pengasas Ambank dan mendiang kononnya dibunuh kerana bakal membongkar tentang kemasukan wang RM2.6b itu.

Kini saya lihat Pascal Najadi dan pengasas Sarawak Report, Clare Brown sudah menjadi kawan di mana Pascal ialah tetamu khas di pelancaran buku Clare di London tidak lama lagi.

Untuk makluman semua, mendiang Hussain Najadi telah menjual semua sahamnya dalam Ambank pada tahun 1982 dan tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan bank itu selama 31 tahun sehingga mendiang dibunuh dengan kejam.

Saya tidak tahu mengapa Hussain dibunuh kerana kononnya tahu tentang isu RM2.6b. Agak pelik kerana kesemua pegawai-pegawai Ambank dan BNM yang juga tahu tentang kemasukan wang ini semua masih hidup lagi?

Semua kertas siasatan dan kuasa agensi-agensi siasatan untuk ketiga-tiga kes pembunuhan ini ada pada tangan Kerajaan PH.

Tiada sebab mereka tidak mengambil langkah itu tanpa lengah dan dengan segera melainkan mereka masih ada rancangan untuk menggunakan isu ini pada masa depan untuk terus memfitnah saya.

Perlu diingati bahawa angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Oleh itu, saya mahu semua tuduhan-tuduhan pembunuhan terhadap saya disiasat dan diputus supaya kita tahu siapa yang benar-benar berdosa. - 8 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...