Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 Oktober 2018

Emak Dan Ayah Terpaksa Gunakan Wang Simpanan Untuk Bayar Ikat Jamin & Upah Peguam Kata Anak Najib.

THE MALAYSIAN INSIGHT | Disebabkan jumlah ikat jamin dan upah guaman yang terpaksa dibayar Najib Razak dan Rosmah Mansor, mereka terpaksa menggunakan simpanan dan mendapatkan bantuan kewangan daripada saudara mara, kata anak perempuannya Nooryana Najib.



“Beberapa bulan kebelakangan ini sangat mencabar untuk emak dan ayah. Selain upah peguam, ikat jamin untuk ibu bapa saya kini mencecah RM6.5 juta.

“Kami mendapatkan bantuan saudara mara, tabung yang dikutip untuk ayah saya dan simpanan ibu bapa saya,”
katanya menerusi catatan di Instagram.

“Ayah saya terpaksa menyentuh akaun simpannya di Affin Bank Wangsa Maju yang digunakan untuk menerima gaji, elaun, pencen berdekad lamanya dia dalam perkhidmatan awam.”

Bekas perdana menteri dibebaskan dengan ikat jamin RM3.5 juta untuk 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan dengan “derma” RM2.6 bilion Arab Saudinya.

Beliau juga terpaksa membayar ikat jamin RM1 juta untuk pertuduhan lain berkaitan RM42 juta daripada SRC International.

Rosmah pula membayar ikat jamin RM2 juta selepas dituduh semalam dengan 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai. Beliau mempunyai sehingga 11 Oktober untuk membayar ikat jamin secara ansuran.

Nooryana berkata abangnya Ashman cuba membuka akaun bank untuk memulakan kutipan derma membantu ibu bapa mereka.

Tetapi katanya, beliau berdepan kesukaran kerana “pegawai bank secara peribadi memberitahunya yang pengurusan kanan bimbang dilihat membantu ayah saya”.

“Untuk keadilan, saya harap bank tidak tunduk kepada ketakutan tekanan atau tindak balas kerajaan dan akan membenarkan abang saya menjalankan tugasnya membantu ibu bapa kami,” katanya yang kini sedang belajar di Amerika Syarikat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...