Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 Oktober 2018

MOF Batal Kontrak MMC-GAMUDA, Kini 20,000 Hilang Kerja.

Najib Razak | Saya amat kecewa dengan keputusan Lim Guan Eng untuk membatalkan pakej projek MRT2 yang dianugerahkan kepada gabungan Gamuda dan MMC Corp (Gamuda-MMC) di mana 20,000 pekerja dan 600 lagi syarikat tempatan akan hilang punca pendapatan begitu sahaja.
Gambar - Najib Razak
Pakej ini yang sudah siap pada tahap 40% telah dianugerahkan kepada mereka secara tender terbuka antarabangsa pada tahun 2016.

Selain Gamuda-MMC, empat lagi syarikat telah disenarai pendek untuk tender ini, iaitu China Railway Group (CREC) dan China Communications Construction Co (CCCC) dari China, Taisei Corp dari Jepun, dan Hyundai Engineering dari Korea Selatan.

Akhirnya Gamuda-MMC menang dengan bidaan yang terbaik dari segi teknikal dan dengan harga yang paling rendah.

Tidak banyak syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran dalam kerja membina terowong bawah tanah dan memiliki kelengkapan seperti Tunnel Boring Machine (TBM) dengan harga yang sangat mahal.

Keperluan adalah amat tinggi bagi pakar kejuruteraan dalam mengendali kerja-kerja menggali terowong di Lembah Klang yang padat penduduknya.

Jika kos dikurangkan dan spesifikasi dicantas, akan wujud risiko dan kesan bahaya. Siapa akan bertanggungjawab jika berlaku bencana nanti?

Gamuda-MMC merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia memilik kepakaran dan telah terbukti melalui projek terowong SMART dan MRT 1 di mana projek MRT1 ini telah disempurnakan di bawah bajet dan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.

Jika ditender semula, kemungkinan besar ialah syarikat luar negara akan memenangi projek ini. Mereka mungkin membawa masuk lebih banyak pekerja asing berbanding dengan Gamuda-MMC yang banyak menggunakan tenaga kerja anak tempatan.

Pembukaan MRT2 yang dinanti-nantikan ini juga akan dilewatkan kerana proses tender semula bukan proses yang boleh selesai dengan cepat.

Pemegang Saham terbesar Gamuda ialah KWSP, dikuti oleh PNB (ASN/ASB), KWAP dan Tabung Haji.

PNB, KWSP, Tabung Haji, KWAP dan MMC pula adalah pemegang-pemegang saham antara yang terbesar dalam MMC Corp.

Saya dapati harga saham MMC jatuh 16% hari ini manakala harga saham Gamuda susut 25% pada hari ini sahaja. Harga saham Gamuda sudah jatuh lebih dari 50% berbanding dengan paras harganya sebelum PRU14.

Saya pasti ramai rakyat Malaysia akan sedih dengan keadaan ini di mana simpanan mereka di dalam KWSP, ASN, ASB, Tabung Haji dan sebagainya akan kehilangan berbilion-bilion Ringgit manakala berpuluh ribu rakyat sendiri kehilangan punca pendapatan.

Nampaknya janji PH sebelum PRU14 untuk mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan gaji minima RM2,500 sebulan untuk rakyat Malaysia telah salah ditulis. Mungkin, maksud mereka sebenar ialah mahu memusnahkan 1 juta pekerjaan?


------------
Sementara itu Bernama melaporkan;
 
MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd tidak menerima sebarang pemberitahuan rasmi berhubung penamatan kontrak bawah tanah Transit Aliran Massa 2 (MRT2) oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd atau kerajaan.

“Tidak ada pengesahan rasmi daripada MRT Corp bahawa MMC Gamuda telah ditamatkan sebagai kontraktor bawah tanah,” kata Gamuda Bhd dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

MMC Gamuda adalah syarikat usaha sama 50:50 antara Gamuda dan MMC Corporation Bhd.

Gamuda berkata, syarikat usaha sama itu telah terlibat dalam perbincangan dan rundingan dengan Kementerian Kewangan (MoF) sejak dua bulan lalu untuk mengkaji skop kerja dan spesifikasi projek dengan matlamat mencapai kompromi pengurangan kos.

Syarikat itu juga bersetuju untuk menukar model rakan kongsi penyerahan projek (PDP) kepada kontrak turnkey tunggal untuk kerja-kerja bertingkat dengan penurunan harga sebanyak 23 peratus.

Berkenaan dengan kerja-kerja bawah tanah, MMC Gamuda setakat ini menawarkan pengurangan 24 peratus untuk baki kerja bawah tanah, katanya.

Berikutan penamatan kontrak tersebut, Gamuda berkata, ia akan mengakibatkan kehilangan kerja kepada lebih 20,000 tenaga kerja terlibat dalam kerja-kerja bawah tanah daripada rantaian bekalan lebih daripada 600 syarikat Malaysia.

Daripada 20,000 itu, lebih daripada 3,000 adalah kakitangan usaha sama MMC Gamuda dan lebih daripada 60 peratus adalah Bumiputera.

Ini akan menyebabkan kesulitan yang tidak perlu kepada sejumlah besar tenaga kerja Malaysia dalam pasaran yang sudah pun lembap.

“Di samping itu, penamatan itu akan mendedahkan MMC Gamuda kepada tindakan undang-undang untuk pampasan daripada pekerja , subkontraktor, pembekal, pengeluar dan lain-lain yang kontraknya akan ditamatkan,” jelasnya.

Gamuda berkata, dalam eksesais membuka tender kepada syarikat antarabangsa yang dirancang oleh MoF, hanya kontraktor asing yang layak, melainkan jika kementerian mengurangkan syarat.

Kontrak terbabit sudah pasti akan diberikan kepada kontraktor asing yang kemudiannya menggunakan kakitangan yang berpengalaman dari negara mereka. - 9 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...