Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 Oktober 2018

Silterra Syarikat Gagal, Bagaimana Boleh Melabur Untuk Projek Kereta Nasional Ketiga Soal Pemuda UMNO.

KENYATAAN MEDIA | PROJEK KERETA NASIONAL BAHARU (NNCP) : APA JAMINAN DANA RAKYAT TIDAK DIMANGSAKAN?

1. Saya memantau rapi akan perkembangan projek kereta nasional ke-3 yang kini dijenamakan semula sebagai Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP) seperti yang diumumkan di satu majlis baru - baru ini.


2. Menteri Pembangunan Usahawan, YB Mohd Redzuan Yusof memberi jaminan bahawa NNCP ini akan dipacu oleh sektor swasta menggunakan model PERKONGSIAN PINTAR PIHAK KERAJAAN-SWASTA. Beliau juga menamakan Silterra dan CTRM sebagai rakan kongsi swasta bagi projek ini.

3. Ramai kini sudah maklum, Silterra adalah sebuah syarikat 'semi-conductor' milik Khazanah Nasional Berhad dan mempunyai rekod pencapaian yang kurang memberansangkan. Jumlah terkumpul kerugian yang mencapai RM 7.3billion ini seharusnya menjadi 'red-flag' pertama akan kebolehlaksanaan NNCP. Malah YB Tony Pua juga pernah satu ketika mempertikaikan Silterra sebagai pelaburan yang gagal.

4. Pemuda UMNO ingin bertanya bagaimanakah NNCP memperoleh pembiayaan bagi memulakan operasi sekaligus mampu untuk mengeluarkan kereta mereka bagi tujuan komersil. Adakah Silterra mempunyai dana yang mencukupi bagi memulakannya?

5. Pemuda UMNO juga ingin bertanya adakah Khazanah Nasional akan menerbitkan hutang baru dari pasaran modal bagi pembiayaan projek NNCP melalui jaminan Kerajaan? Khazanah Nasional selaku syarikat 100% milikan Kerajaan berupaya memberikan penarafan 'Sovereign rating' pada hutang baru itu untuk disuntik ke dalam Silterra? Tidakkah ini mirip jaminan Kerajaan berbentuk 'Contigent Liability'?

6. Malah Pemuda UMNO juga ingin bertanya adakah ini sebenarnya peranan sebenar Khazanah Nasional seperti yang digembar-gemburkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini?

7. Justeru, saya mendesak agar Kerajaan PH tidak cuba memperbodohkan rakyat dan menyatakan dengan jelas apakah model pembiayaan projek NNCP ini. Kita tidak mahu melihat akhirnya Kerajaan akan terpaksa menggunakan dana rakyat bagi menjadi penjamin segala hutang baru yang diwujudkan sekaligus meningkatkan 'Contigent Liability' yang merupakan sebahagian daripada momokan Hutang RM1 Trillion yang Kerajaan PH beria-ia mahu menurunkannya.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...