Gambar - BERNAMA |
“Kerajaan memandang serius insiden kemalangan yang melibatkan kematian dan mahu ia diberi perhatian serius oleh semua pihak.
“Hukuman maksimum adalah 10 tahun penjara dan kebanyakan kes terdahulu, hukuman yang dikenakan ke atas pesalah tidak sampai 10 tahun dan tanpa sebatan… ini yang perlu dikaji,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Loke berkata seksyen tersebut yang memperuntukkan penggantungan lesen tiga tahun bagi kesalahan pertama juga tidak memadai dengan kesalahan yang dilakukan.
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan dan pemegang taruh bagi memperinci kesan sekiranya pindaan terhadap seksyen itu dibuat.
“Walaupun kajian semula ini penting tetapi ia dijangka memakan masa yang lama (untuk disiapkan) kerana melibatkan pindaan akta,” katanya. - 8 Oktober 2018.