Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Oktober 2018

Akhirnya Anwar, Mahathir Sepentas Semula - Husam Musa.

HUSAM MUSA | Selepas Dua Tahun Enam Bulan Tun dan Anwar Sepentas Semula

Dua tahun enam bulan yang lalu - 28 Mac 2016 - Tun melancarkan gerakan Selamatkan Malaysia.

Malamnya, Ahli Parlimen Pandan waktu itu, buat pertama kalinya mementaskan Tun di pentas PH - Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia.



Saya turut berucap.

Kata-kata saya pada malam itu :

'Saya berharap penerokaan untuk menyatukan rakyat Malaysia diteruskan kepada suatu perubahan yang lebih positif pada masa akan datang. Tun Mahathir ada sini. Jika tambah seorang lagi iaitu DSAI. Alangkah indahnya negara kita.

Saya yakin detik itu akan sampai. Saya tau hati kecil Tun, dia pun cinta dan sayangkan DSAI. Masa akan menentukan. Dua pemimpin ini akan duduk bersama. Kita doakan.

Apa yang kita anggap mustahil suatu masa dahulu kita telah mula meneroka mulai malam ini'.

===========

Bermula hanya cetusan sebuah impian. Malam tadi setelah 2 tahun 6 bulan mereka kini kembali sepentas.
Alhamdulillah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...