Selasa, 9 Oktober 2018

Rakyat Malaysia Terbahagi Dua Dengan Prestasi Pakatan Harapan.

THE MALAYSIAN INSIGHT | Rakyat Malaysia terbahagi dua berhubung prestasi kerajaan Pakatan Harapan selepas empat bulan mentadbir negara dengan lima daripada 10 orang menyatakan mereka berpuas hati, menurut kajian Kajidata dalam kali selidik yang dijalankan baru-baru ini.


Ketidakpuasan hati paling kuat di empat negeri – Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak – dan mereka yang dalam kumpulan umur 51-60 tahun, katanya.

Kaji selidik yang dijalankan antara 12 September dan 24 September mendapati 53.4% “berpuas hati” dengan prestasi kerajaan. Daripada jumlah ini, 44.3% adalah “sangat berpuas hati” dan 9.1% “hanya berpuas hati”.

Daripada 38.5% yang mengatakan mereka tidak berpuas hati, 31.6% berkata mereka “sangat tidak berpuas hati”.

Menurut Kajidata, kajian itu dijalankan menerusi telefon dan maklum balas suara interatif (IVR) dengan 1,008 responden, menunjukkan rakyat masih terbahagi dengan kerajaan baharu PH.

“Kaji selidik kami secara kasarnya menunjukkan lima daripada 10 rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH sekarang,” katanya dalam dapatan yang diberikan kepada The Malaysian Insight.

“Responden dalam semua kumpulan umum, kecuali kumpulan umur 51-60 tahun, berkata mereka berpuas hati dengan prestasi 100 hari pertama.”

Daripada empat negeri yang tidak berpuas hati, Terengganu yang ditadbir PAS yang paling tinggi dengan 58% responden menyatakan mereka tidak gembira dengan Putrajaya, manakala 36% berkata mereka berpuas hati dan 6% tiada pendapat.

Pahang, negeri bekas perdana menteri Najib Razak, mencatatkan ketidakpuasan hati kedua tertinggi iaitu pada 56%.

Prestasi Dr Mahathir

Terengganu turut meletakkan nilai prestasi Perdana Menteri Dr Mahathir agak teruk, dengan 53% menyatakan mereka tidak berpuas hati, manakala 40% menyatakan sebaliknya.

Di Pahang, 45% tidak berpuas hati dan 53% berpuas hati.

Secara keseluruhannya, 55.8% responden menyatakan mereka berpuas hati dengan prestasi Dr Mahathir, 45% daripada mereka menyatakan “tidak berpuas hati”.

Bagaimanapun, 10.8% menyatakan mereka “hanya berpuas hati”.

Daripada 35.9% yang tidak berpuas hati, 28.8% menyatakan mereka “sangat tidak berpuas hati”.

Janji, janji

Kaji selidik itu turut mendapati 45.5% daripada mereka yang ditinjau merasakan PH menunaikan janji pilihan rayanya.

Bagaimanapun, 44.4% menyatakan kerajaan masih tidak menunaikan janji mereka, manakala 34.4% responden berkata mereka “sangat tidak berpuas hati”.

Walaupun dengan hasil itu, kaji selidik mendapati sekiranya pilihan raya umum diadakan semula hari ini, PH akan kekal sebagai pakatan pilihn dengan 53% responden berkata mereka akan mengundi pakatan sekali lagi.

Menurut Kajidata, sokongan terbesar PH datang dari kaum India (82%) dan Cina (64%). - 9 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...