Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 Oktober 2018

Ditegur SPR, Anwar Kata Jangan Lebih-Lebih..

POLITIK | Pengerusi baharu SPR, Azhar Azizan Harun menegur kempen PH dan berkata tidak adil sekiranya hanya Anwar dibenarkan masuk berkempen di kem tentera di Port Dickson.

Calon lawannnya juga mendesak untuk diberi akses sama agar dapat menemui anggota tentera di kem dan juga menemui jemaah di masjid.

 
Gambar - Google

Azhar Azizan Harun turut mengingatkan anggota Kabinet dan anggota politik yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya tidak menjalankan aktiviti berkempen dalam waktu bekerja pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson.
 

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada sabtu lepas, aktiviti berkempen dalam waktu bekerja merupakan satu penyalahgunaan masa bekerja.

"Mereka (anggota kabinet) harus peka dengan perbezaan di antara tugas-tugas mereka sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan sebagai anggota ataupun pemimpin parti," kata kenyataan itu.

Tambah Azhar, anggota kabinet tidak seharusnya dan jangan sekali-kali menggunakan aset-aset ataupun fasiliti-fasiliti kerajaan bagi tujuan berkempen.

Jelas beliau, pengumuman projek kemajuan di Port Dickson atau janji sekiranya menang berkemungkinan menjadi satu kesalahan pilihan raya dan boleh dijadikan alasan untuk menidaksahkan pilihan raya dalam apa-apa petisyen pilihan raya yang mungkin difailkan.


Semalam portal The Malaysian Insight melaporkan kenyataan Anwar, SPR dan Bersih 2.0 berhak menasihati calon mengenai peraturan pilihan raya tapi tidak harus keterlaluan.

Katanya lagi, kempen Pakatan Harapan dijalankan mengikut peraturan untuk pilihan raya kecil Port Dickson jadi mereka tidak menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

“Kita buat ikut law, peraturan, respect Bersih dan SPR, dan oleh demikian tak boleh salah guna (jentera kerajaan). Tapi janganlah lebih-lebih sangat,” jelasnya.

Anwar juga mengakui beliau menaiki kenderaan rasmi kerajaan bersama Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ketika meninggalkan satu majlis di kem tentera minggu lalu.

Namun beliau berbuat demikian kerana ingin bercakap dengan Mohamad yang perlu mengikuti protokol dengan menaiki kenderaan rasmi.

“Itu hari, Mat Sabu datang, saya nak cakap dengan dia, tak ada masa. Dia nak balik jadi saya kata naik motokar.

“Kalau saya naik kereta dia salah, dia naik kereta saya tak boleh kerana protokol tentera, jadi saya naik kereta dia saja. Dari satu tempat ke satu tempat pun kata tak boleh,”
katanya.

Anwar turut dilaporkan berkata SPR sepatutnya melihat kepada perkara seperti menganugerahkan projek dan penyalahgunaan wang kerajaan semasa berkempen.

“Yang kita tak mahu, salah guna wang, bagi projek, itu kita tak buat,”
katanya yang menambah, PH mencuba sedaya upaya untuk tidak menggunakan jentera dan kemudahan kerajaan semasa kempen.

Anwar sebelum ini menjelaskan beliau hanya memenuhi undangan untuk hadir berucap di program di kem tentera dan masjid. – 9 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...