Malaysiakini melihat salinan surat bertarikh 21 Sept yang dihantar kepada Oriental Daily dan turut disahkan oleh sumber yang rapat mengenai perkara itu.
Ketua Editor Oriental Daily, Puah You Lai enggan mengulas mengenainya manakala usaha Malaysiakini mendapatkan respon daripada kementerian tidak berhasil.
Gambar - Malaysiakini |
Di dalam surat yang dilihat Malaysiakini, akhbar harian itu diberi amaran kerana menerbitkan artikel yang mempromosikan "budaya subversif" homoseksual.
Surat itu mengatakan ini melanggar garis panduan kementerian di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA).
Selain itu, ia menyatakan bahawa akhbar itu dilarang daripada "mempromosikan gaya hidup hedonistik yang bertentangan ajaran agama dan masyarakat yang beradab seperti homoseksual, heteroseksual, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah, black metal, punk dan budaya skin head seperti garis panduan ditetapkan dalam Perkara 4.1.6.
"Oleh itu, Oriental Daily ditegur supaya mengelakkan kandungan yang serupa diterbitkan pada masa akan datang dan memastikan ia mematuhi terma dan garis panduan penerbitan," katanya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Aziz Jamman tidak menjawab panggilan telefon dan mesej daripada Malaysiakini untuk ditanya berhubung perkara itu sementara pembantunya memberitahu supaya menyemak dengan pegawai kementerian.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sedang bercuti kerana masalah kesihatan.
Sementara itu, Chong kesal kesal dengan kehadiran surat amaran itu dan mengatakan bahawa ia bertentangan dengan kebebasan bersuara.
Beliau juga menyatakan rasa kecewa kerana tiada perubahan dilakukan Pakatan Harapan terhadap nasib masyarakat LGBTQ selepas mendapat kuasa.
"Saya fikir ada perubahan. Tapi, apabila isu LGBTQ tidak ada yang berbeza dari era BN. Saya bengang. Saya bimbang ia akan mengakibatkan media mengamalkan penapisan sendiri," kata aktivis itu kepada Malaysiakini.
Sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), HARAPAN berjanji memansuhkan beberapa undang-undang yang dianggap menindas termasuk PPPA.
Dalam sidang parlimen yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menyatakan bahawa kerajaan sedang mengkaji sama ada untuk memansuhkan, meminda atau menggantikan PPPA. - 13 Oktober 2018.