Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 8 Oktober 2018

Saiful Mungkir Janji, Bawa Cerita Liwat Ke PD - Ini Penjelasan SBA.

POLITIK | Saiful Bukhari Azlan dilihat memungkiri janjinya apabila membawa cerita liwat semasa berkempen malam tadi.

Saiful Bukhari Azlan
Saiful Bukhari Azlan

Berceramah di Kampung Teluk Pelanduk, Saiful berkata beliau bersumpah sebanyak 3 kali untuk membuktikan dirinya diliwat Anwar.


"Saya buat laporan polis, bersumpah tiga kali, satu di Masjid Wilayah, satu di Mekah dan satu lagi di mahkamah, tetapi dia (Anwar Ibrahim) tak pernah bersumpah," katanya ketika menjawab soalan salah seorang penduduk yang hadir ke kempen Saiful semalam.


Saiful kemudiannya menjadi sasaran kritikan di sosial media apabila kenyataannya dalam ceramah itu dilaporkan secara berleluasa oleh beberapa media tempatan.

"Bawa cerita jubor lagi," tulis Haizal.

"Tak habis-habis dengan liwat. Hari tu bukan cakap dah taknak buka ke?," ulas Yahaya.

"Jubor paling mahal kat PD. Kiki," kata Muhd Azlin.

"Ooo cerita liwat betul. Yang kau salam peliwat kau haritu masa penamaan calon buat apa?," respon Armand.

"Saiful saiful, jubor kau masuk sejarah Malaysia baru kau puas hati dan berhenti kan?," tulis Salim. 

"Aku tak boleh tengok muka dia. Rasa nak bagi penendang je. Memalukan lelaki," kata Farhan.

Saiful bagaimanapun mempertahankan alasan beliau membuka cerita liwat. 

Katanya, dia hanya sekadar menjawab soalan penduduk yang mahukan kepastian samada sodomi itu berlaku ataupun tidak. Bukannya menjadikan ia sebagai bahan kempen.

“Saya tidak membuka cerita lama itu dalam ceramah sebaliknya berkongsi isu itu atas kapasiti menjawab soalan penduduk ketika sesi soal jawab selepas ceramah. 

Bukan saya nak menjadikan ia sebagai bahan kempen dengan menyerang peribadi Anwar.


“Saya pegang kepada ikrar saya sebelum ini... kempen saya dalam bentuk ceramah dan ada sesi soal jawab..soalan tentang isu liwat itu diajukan pengundi semasa sesi soal jawab bukan dalam ceramah,”
katanya seperti dilaporkan Bernama. - 8 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...