Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Oktober 2018

Rakyat Malaysia Bersuara Mengenai Pemahsuhan Hukuman Mati Untuk Penjenayah Kes Berat.

The Malaysian Insight | Ketika aktivis hak asasi manusia meraikan rancangan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati, kebanyakan rakyat Malaysian menggunakan media sosial meluahkan kebimbangan mereka langkah itu akan membawa kepada insiden jenayah kejam dan pengedaran dadah lebih teruk.
sdf
Gambar - Google
Bekas presiden Badan Peguam Ambiga Sreenevasan, yang juga ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi, merupakan antara aktivis terkenal yang memuji Putrajaya berhubung langkah itu.

Ambiga Sreenevasan@Ambiga_S : On #WorldDayAgainstTheDeathPenalty there is good news coming out of Malaysia. Minister announced that we will be abolishing the death penalty for all offences. Bravo to the reforming government.Let Malaysia lead the way in the region.

Peguam hak asasi manusia terkenal Eric Paulsen (@EricPaulsen101) turut mengucapkan syabas di Twitter.

Eric Paulsen@EricPaulsen101 : Syabas! Death penalty is the ultimate human rights violation & has no place in any civilised society.

Di Facebook, aktivis dan peguam Siti Kasim menulis: “Alhamdulillah..tiba masa untuk kembali kepada kemanusiaan. Kematian adalah daripada Tuhan jika anda percaya, dan bukan manusia semata-mata. “

Semalam, menteri undang-undang Liew Vui Keong mengumumkan Putrajaya akan membentangkan usul untuk memansuhkan hukuman mati pada sidang Parlimen akan datang, yang bermula pada Isnin.

Liew berkata sehingga hukuman mati dimansuhkan, tempoh moratorium dibuat sementara.

Namun ketika berita itu dialu-alukan oleh aktivis tempatan dan antarabangsa, kebanyakan rakyat Malaysia meluahkan rasa terkejut dan kecewa.

Pengguna Facebook Guanmeng Goh berkata hukuman mati perlu dikekalkan kerana tanpanya, penjenayah tidak akan takut.

Muhammad Fadzil Mustafa turut memberi komen di Facebook : “Berita sedih kepada keluarga mangsa penyeksaan dan pembunuhan oleh penjenayah, semuanya atas nama politik.”

Pengguna Facebook Zzu Uzz menyifatkan keputusan Putrajaya sebagai “satu lagi kebodohan menteri PH”.

“Bayangkan isteri kamu diperkosa dan dibunuh seperti mendiang Canny Ong, dan anak kamu dirogol, diseksa secara seksual dengan kejam sehingga mati seperti Nurin Jazlin.”
Ong, 27 diculik di tempat parkir sebuah pusat membeli belah di Bangsar, dirogol dan ditikam sehingga mati pada Jun 2003. Pembunuhnya Ahmad Najib Aris bertindak meletakkan mayatnya di sebuah lubang di satu lebuh raya dan kembali semula keesokan harinya untuk membakar mayat berkenaan. Najib dihukum gantung sampai mati pada September 2016.

Nurin Jazlin Jazimin berusia lapan tahun ketika diculik di sebuah pasar berhampiran rumahnya di Kuala Lumpur pada Ogos 2007. Mayatnya ditemui dalam keadaan bogel di dalam sebuah beg berhampiran sebuah kedai sebulan kemudian.

Timun dan terung ditemui disumbat dalam kemaluannya, menyebabkan rektumnya pecah. Ia membawa kepada jangkitan kuman yang menyebabkan kematiannya. Pembunuhnya tidak ditemui sehingga kini.

“Hukuman mati kerana merogol, pedofilia, pengedaran dadah dan pembunuhan perlu dikekalkan,” kata pengguna Facebook Shaimi King.

Seorang lagi pengguna Facebook Steven Low berkata pengedar dadah dan pembunuh pasti meraikan berita itu, manakala Malvinder Dhaliwal mengatakan kadar jenayah “pasti meningkat” dan mempersoalkan mengapa pembayar cukai perlu memberi makan kepada penjenayah di penjara.

“Saya tidak setuju dengan pemansuhan hukuman mati! Saya tidak mahu wang cukai saya digunakan untuk beri makan kepada barbarian - pembunuh, perogol, pengedar dadah dll!!” kata Edwin Lau.

Sze ung Hui turut bersetuju hukuman mati dikekalkan kerana “sesetengah manusia tidak layak hidup di muka bumi.”

Bagaimanapun segelintir pengguna media sosial sangsi dengan pengumuman itu, dan berkata mereka menjangkakan Putrajaya akan membuat pusingan-U berhubung pemansuhan itu jika terlalu banyak tentangan daripada masyarakat.

“Mula-mula pengumuman. Kemudian bantahan. Kemudian ‘pembetulan’. Saya akan tunggu ia akan berlaku,” kata DrDoom (@krug88) di Twitter. - 11 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...