Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Oktober 2018

Kenapa Guna Feeder Bus Sedangkan Ada GrabCar, Cadangan Tony Dikritik Netizens.

POLITIK | Malaysia Gazette semalam melaporkan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan bekerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing termasuk Grab sebagai alternatif kepada bas perantara sedia ada untuk pengguna MRT.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua mempersoalkan keperluan menyediakan bas perantara ke stesen MRT dalam era wujudnya pengusaha pengangkutan awam yang kini menggunakan teknologi digital dan boleh menawarkan perkhidmatan lebih murah.

“Mengapa perlu sediakan bas perantara kalau kita boleh bekerjasama dengan Grab untuk menghantar dan mengambil penumpang ke stesen MRT?” soalnya semasa program Malaysia, A New Dawn.

Tony Pua berkata lagi, pengangkutan awam jenis itu mengenakan harga berpatutan dan lebih murah daripada yang ditawarkan kerajaan dengan menyediakan bas perantara.

Untuk itu, katanya, kerajaan bersedia bekerjasama dengan mereka daam projek-projek terutamanya infrastruktur. 


Untuk rekod, perkhidmatan feeder bus dicaj rm1 kepada setiap penumpang berbanding GrabCar yang akan mencaj penumpang berdasarkan jarak perjalanan.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pengkritik mempertikaikan kenyataan Tony Pua itu.

Berikut kami rangkumkan di akhir artikel ini untuk penilaian pembaca;

Menguntungkan GrabCar..



Tambang GrabCar lagi murah dari feeder bus, betul ke?



Bas boleh angkut sekali ramai..



Nak bagi subsidi ke GrabCar? Untunglah tokei..



Nak jimat sebab projek kereta nasional ketiga ke soal Najib..




Tony Pua bagaimanapun belum memberikan apa-apa respon balas terhadap kritikan yang diterimanya setakat ini. - 10 Oktober 2018.

Tonton cadangan Tony Pua dibawah ini;


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...