Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 Oktober 2018

YB Gangster, Kurang Ajar, Berlagak, Ini Jawapan Balas YB Pengkalan Batu. (Video Inside).

KENYATAAN AKHBAR YB NORHIZAM BIN HASSAN BAKTEE BERHUBUNG KONTROVERSI 'GANGSTER' PENUTUPAN JALAN PINTAS KAMPUNG PULAU NIBONG-TAMAN AKASIA, DUN PENGKALAN BATU

ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH & SALAM MELAKA BERWIBAWA.


DENGAN penuh kesederhanaan dan berpegang kepada fakta sebentar, izinkan saya, NORHIZAM BIN HASSAN BAKTEE ADUN N.15 PENGKALAN BATU menerangkan letak duduk sebentar kontroversi penutupan jalan pintas Taman Akasia-Kampung Pulau Nibong dalam DUN Pengkalan Batu.



Hadir sekitar jam 8.45 pagi tadi di Taman Akasia untuk menyelesaikan kemelut penutupan jalan pintas berkenaan, belumpun selesai saya berjabat tangan dengan semua yang ada dilokasi kejadian, sekumpulan individu bertubi-tubi menyerang@ menyoal saya dengan soalan-soalan panas.

Namun, ia tidak menjadi masalah pada saya untuk menjawab soalan-soalan berkenaan lantaran saya adalah wakil rakyat kawasan berkenaan dan perlu bersedia berhadapan dengan situasi tidak diduga seperti ini.

Apa yang tersebar dilaman sosial menerusi video berkenaan adalah secebis darinya yang mana ada beberapa bahagian lebih-lebih lagi fakta sebenar berhubung penutupan jalan berkenaan tidak disebarkan.

Yang disebarkan hanyalah sisi buruk saya, sisi saya mendengar atau memuji, menyokong atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan, tidak mengapa.

Saya terima dan akur kerana saya sedia maklum, itulah sifat sebenar manusia yang lebih terarah menggali keburukan berbanding mengangkat kebaikan.

Untuk makluman semua, sebenarnya pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah lama mencadangkan agar jalan berkenaan yang merupakan hak mutlak Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) ditutup untuk laluan kenderaan awam atas sebab tanah berkenaan adalah untuk kemudahan JPS bagi kerja-kerja infrastruktur dan penambahan baik kawasan sungai (laluan khas untuk JPS) bagi kerja-kerja mengorek@mendalamkan sungai bersebelahan kampung Pulau Nibong-Taman Akasia untuk tempoh akan datang).

Bagaimanapun atas persetujuan bersama dan demi kemudahan penduduk kampung Pulau Nibong & Kampung-kampung berhampiran, jalan milik JPS berkenaan diizinkan digunakan dengan syarat:-

1) Kenderaan yang menggunakan jalan berkenaan tidak boleh memandu laju.

2) Kenderaan yg melalui & menggunakan jalan berkenaan mestilah kenderaan ringan (lori besar@treler tidak boleh melalui kawasan berkenaan & jalan Taman Akasia)

3) Jalan berkenaan tidak boleh digunakan sama sekali walau satu hala sekalipun jika air sungai naik melimpah ekoran hujan lebat (pada ketika ini ada kenderaan termasuk lori muatan 3 tan berdegil dan tetap menggunakan laluan jalan pintas terbabit sungguhpun ditegah berbuat demikian).

4) Motosikal terutamanya tidak boleh menggunakan laluan berkenaan secara berbahaya (menunjukkan aksi berbahaya seperti 'wheelie' atau apa-apa aksi berbahaya lain).

Sebagai wakil rakyat, saya mengharapkan agar syarat-syarat berkenaan dipatuhi kerana sudah menjadi tugas saya menjaga keharmonian sama ada penduduk kampung Pulau Nibong & kampung-kampung termasuk penduduk taman khususnya Taman Akasia bagi mengelakkan kekusutan & konflik dikemudian hari.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku & amat dikesali, kemalangan sama ada motosikal dan kereta semakin kerap berlaku, kecurian harta benda juga kerap berlaku hingga membawa kepada laporan polis oleh mangsa yang merupakan penduduk di Taman Akasia.

Paling membimbangkan motosikal dipandu terlalu laju hingga membahayakan nyawa warga emas & kanak-kanak (penduduk taman) yang menggunakan laluan berkenaan.

Jalan Taman Akasia juga menjadi sesak lantaran pertambahan kenderaan yang melalui jalan berkenaan yang semakin banyak & membahayakan penduduk Taman Akasia.

Justeru, penyelesaiannya adalah menutup jalan berkenaan seperti yang dipersetujui MPHTJ bersama Jabatan serta agensi-agensi berkaitan lain.

Dalam hal ini & jauh disudut hati saya, sedikit pun saya tidak menyalahkan individu-individu yang mendesak, memaki-hamun, meninggikan suara, melabelkan saya 'YB kurang ajar', menyumpah seranah saya, mempersoalkan kredebiliti saya sebagai seorang wakil rakyat & exco Kerajaan Negeri Melaka.

Tetapi saya terkilan & sedih kerana mereka tidak mengetahui perihal yang sebenar dan mereka juga tidak dapat menerima hakikat sebenarnya iaitu TIDAK ADA JALAN LANGSUNG YANG DILULUSKAN UNTUK KEGUNAAN MANA-MANA PIHAK UNTUK MENUJU KE KAMPUNG PULAU NIBONG@KAMPUNG PULAU NIBONG TIDAK ADA JALAN MASUK DARI ARAH MELAKA BARU@TAMAN AKASIA.

Jalan sedia ada sekarang yang digunakan penduduk Kampung Pulau Nibong adalah atas budi bicara jabatan & agensi terlibat bersama Kerajaan Negeri (rujuk kuasa PBT).

Jalan atau laluan sebenar yang selayakkan digunakan oleh penduduk Kampung Pulau Nibong adalah dari arah Bukit Beruang@Taman Kerjasama dan bukannya dari arah Melaka Baru@Taman Akasia seperti ketika ini.

Saya mengharapkan penerangan ini jelas. Siapalah saya untuk menghalang mana-mana pihak agar tidak menyebar luaskan video berkenaan yang saya percaya kini sudah menjadi 'tular'.

Saya berkhidmat untuk semua masyarakat DUN Pengkalan Batu tanpa mengira apa juga parti politik kerana pada saya ketika ini adalah masa untuk saya bekerja dan bukan untuk berpolitik.

Apabila dituduh saya bersandiwara dan bermain politik dalam penyelesaian kemelut ini, ia amat mengecewakan saya.

Dikesempatan ini juga, saya berharap perjelasan saya ini dapat merungkai konflik dan tanda-tanya semua pihak berhubung kemelut ini.

Sekian,

Melaka Berwibawa
Pintar.Hijau.Bersih

Norhizam Hassan Baktee
ADUN N.15 Pengkalan Batu
Menangkap
Exco pertanian, Pembangunan Usahawan & Industri Asas Tani Negeri Melaka.



Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...