BALI - Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir mendedahkan beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.
"Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar.
"Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol," katanya kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin Asean di sini pada Khamis.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/…/mahathir-tidak-setuju-ikrar…
1. Kami memang dah tahu tuan tuan semua berbohong semasa membentangkan manifesto, sebab ianya sangat tidak masuk akal dari sudut ekonomi dan polisi fiskal pengurusan sebuah negara.
2. Cuma kami juga tidak akan lupa bahawa ketika zaman PM ke 6, beliau telah menghapuskan 11 plaza tol sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 2009.
Tiada lagi plaza tol di Teluk Kapas Klang Utara; Metramac; Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang; Batu 11, Lebuh Raya Cheras-Kajang; Jambatan Lanang, Sibu; Jambatan ASEAN, Baram; Jambatan Salahuddin, Kuching; Batu Tiga; Sungai Rasau; Bukit Kayu Hitam dan Lebuhraya Penyebaran Timur Johor Bahru (EDL).
3. Selain menghapuskan tol sedia ada, terdapat juga beberapa lebuhraya yang telah dan sedang dibina tanpa tol dizaman PM ke 6.
Contohnya, Rawang Bypass, Lebuh Raya CSR Kota Bharu-Pahang dan Lebuhraya Pan Borneo.
4. Malah sejak 2005 tiada lagi kenaikan tol dilaksanakan oleh kerajaan dan syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kesemua lebuh rayanya, lebih-lebih lagi apabila konsesi lebuhraya tersebut telah dimiliki oleh KWSP dan Khazanah melalui UEMS pada tahun 2010.
* Nota Kaki : Untuk rekod,KWSP memegang 49% saham lebuhraya PLUS, manakala baki 51% saham lebuhraya PLUS dimiliki oleh Khazanah melalui UEMS.
5. Ohh, sebelum terlupa harga petrol di zaman PM ke 6 ini juga pernah turun serendah RM1.60 seliter dan menjadi antara petrol yang dijual pada harga runcit terendah di dunia ketika itu, namun lebuhraya yang terlibat dan sedang dibina kekal percuma dan masih percuma hingga kini.
6. Kesimpulannya, membina lebuhraya dan mengadakan laluan percuma tanpa tol tanpa perlu menaikkan harga petrol adalah bukan benda mustahil jika sebuah kerajaan itu bijak merancang polisi fiskal ekonomi negara.
Sekian.
p/s: 55:13
Rujukan :
Manifesto PH: BR1M dikekalkan, tol dihapuskan
https://www.bharian.com.my/…/manifesto-ph-br1m-dikekalkan-t…
Tanpa tol diharap beban sara hidup berkurang
http://www.utusan.com.my/…/tanpa-tol-diharap-beban-sara-hid…
Tol Batu Tiga, Sungai Rasau berakhir tengah malam ini
https://www.bharian.com.my/…/tol-batu-tiga-sungai-rasau-ber…
Kerajaan mampu sedia lebuh raya tanpa tol
http://www.astroawani.com/…/kerajaan-mampu-sedia-lebuh-raya…
Harga minyak Mac: RON95 turun 15 sen kepada RM1.60
http://www.astroawani.com/…/harga-minyak-mac-ron95-turun-15…
Pengambilalihan PLUS oleh UEM-KWSP Menguntungkan Semua Pihak Yang Berkepentingan
https://goo.gl/rNjTCq