Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Oktober 2018

Kritik Dr Mujahid, PU Syed Luahkan Kekecewaan Diberikan Amaran Oleh ASTRO.

MALAYSIAKINI | Juara Pencetus Ummah (PU) 2015, Syed Bakri berkata dia berdepan suasana yang berbeza sekarang berbanding semasa BN menjadi kerajaan Malaysia.

Katanya disebabkan teguran yang diberikan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) penerbit program realiti itu, Astro, mengeluarkan teguran kepadanya.



Menurut Syed Bakri dia diminta memperlahankan “teguran” yang dibuat ke atas kerajaan.

"Berbeza masa BN memerintah dulu, ambe (saya) ada juga membuat teguran yang hampir sama, tetapi Astro tidak pula berbunyi," katanya melalui media sosial.

Kata peserta yang dikenali dengan nama PU Syed itu jemputan untuknya menyertai satu forum juga dibatalkan, didakwa kerana gagal dalam tapisan.

Dia mendakwa langkah itu dibuat hasil "teguran" dan desakan panas di pihak kerajaan.

Bagaimanapun untuk nota Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan Syed Bakri tersebut.

Nak serah piala

Justeru kata Syed Bakri, dia akan menerima teguran tersebut demi mengelak kesannya terkena kepada peserta PU lain.

“Jika dengan asbab (sebab) tulisan PU ada dekat depan nama dan jadi tergendala untuk ambe nak nyatakan kebenaran, ambe akan buang gelaran ini.

"Ianya tiada apa makna selain menggambarkan identiti melepasi atau berjaya masuk ke program ini sahaja.

“Jika nak ambe serahkan kembali piala yang dimenangi juga ambe sanggup,”
katanya.

Meski pun tidak dinyatakan secara jelas kritikan yang dibuat, dipercayai kenyataan Syed Bakri itu merujuk kepada pandangan diberikannya terhadap laporan berita mengenai operasi antikhalwat yang memetik temu bual akhbar The Star dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof.

Melalui mesej video yang dirakam itu peserta yang mempunyai nama sebenar Syed Mohd Bakri Syed Ishak itu menggesa Mujahid meletak jawatan.

Katanya, Mujahid tidak mampu menanggung jawatan berkenaan bagi mengurus maslahat umat Islam.

Syed Bakri turut menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi teguran yang sewajarnya kepada menteri-menterinya.

Selain itu, Syed Bakri turut pernah mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil pendekatan memakai pakaian dan penutup kepala dengan perlambangan agama semasa berkempen di kuil Hindu di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 29 September lalu.

Bagaimanapun untuk rekod akhbar The Star sudah mengeluarkan penjelasan mengenai laporan yang memetik temu bual Mujahid tersebut.

Dalam pada itu, Syed Bakri turut meluahkan kekesalannya terhadap Astro kerana didakwanya mengambil pendirian berat sebelah berhubung isu terbabit.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...