Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Oktober 2018

51 Item Perkhidmatan Naik Harga Dengan Perlaksanaan SST.

BERNAMA | Sebanyak 51 item dalam sektor perkhidmatan mengalami kenaikan harga manakala 29 item dalam sektor pengeluaran makanan pula mengalami penurunan harga sejak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Sept lalu.

Gambar Sinar Harian
Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Zubir Hamsa berkata kenaikan harga 51 item itu adalah antara lima dan 10 peratus melibatkan perkhidmatan servis kenderaan dan perhotelan.

"Menariknya 29 item dari sektor pengeluaran iaitu kilang pengeluaran makanan telah mengalami penurunan harga dan harga tersebut adalah lebih rendah berbanding semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) iaitu antara empat hingga enam peratus," katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan pelaksanaan SST bersama Kastam Diraja Malaysia (KDRM), di sini hari ini.


Beliau berkata kesemua itu dikesan dalam pemeriksaan dan semakan berkaitan maklumat harga dan SST di 12 premis yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran dan lima premis penyedia perkhidmatan di Seremban, Senawang, Nilai dan Port Dickson.

"Berdasarkan pemantauan terhadap 384 barang dan perkhidmatan tersebut sebanyak 304 item lagi tidak berubah harganya," katanya.

Pelaksanaan Operasi Catut 5.0 dan Pemeriksaan SST melibatkan 22 pegawai KPDNHEP negeri dan 15 Pegawai KDRM Negeri Sembilan yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan KDRM negeri Wan Abdul Halim Wan Mohd.

Zubir juga mengingatkan pengguna agar membuat laporan kepada KPDHEP jika terdapat perubahan harga dan aktiviti pencatutan.

"Boleh kemukakan aduan dengan keterangan yang jelas, butiran lengkap berkaitan dengan alamat tempat yang diadu, butiran barangan dan harga serta resit pembelian supaya memudahkan siasatan dan tindakan ke atas peniaga tersebut," katanya.


Respon Najib Razak seperti berikut;

Najib Razak | Mengikut laporan media dua hari yang lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan terhadap 384 barang dan perkhidmatan sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 Sept lalu.


Dari 384 item ini, KPDNHEP mendapati 51 item telah naik harga di antara lima dan 10 peratus, 29 item mengalami penurunan harga antara empat hingga enam peratus manakala harga 304 item yang lain tidak berubah berbanding semasa pelaksanaan GST.

Nampaknya jaminan pemimpin-pemimpin DAP dan PH sebelum ini bahawa SST akan mengurangkan harga barang tidak tercapai.

Saya jangka kadar inflasi untuk bulan September mungkin mengalami kenaikkan berbanding bulan yang lepas.

Dengan GST pengelakkan cukai dapat dicantas, rakyat mendapat BR1M, mendapat pelbagai bantuan dan penjawat awam mendapat kenaikkan gaji dan bonus.

Dengan SST yang dihantam oleh menteri hantam sahaja, rakyat mendapat janji-janji yang dicapatikan dan 51 lagi item yang naik harga.

Namun, peluang untuk mengurangkan cukai koporat dan peribadi untuk menarik pelaburan tak dapat dilaksanakan malah cukai-cukai baru yang lain dijangka akan di kenakan untk menampung kekurangan hasil kerajaan. - 9 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...