Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 Oktober 2018

Betul Ke Anwar Berkempen Di PD Menggunakan Aset & Jentera Kerajaan?

POLITIK | Ada beberapa perkara berbangkit mengenai kempen Anwar Ibrahim di Port Dickson. 

👉 Anwar menggunakan aset dan jentera kerajaan ketika berkempen di PD. Ada bukti video dari Malaysiakini yang Anwar menggunakan kereta rasmi yang diperuntukan untuk Menteri Pertahanan ketika menjalankan tugas.


Cerita disebalik tabir : Muhammad Sabu dijadualkan mempunyai program di Muzium Tentera Port Dickson iaitu perlu menyampaikan anugerah. Anwar kemudiannya berkempen di lokasi yang sama. Anwar kemudiannya dilihat pulang dengan menaiki kenderaan rasmi milik Menteri Pertahanan kerana kedua-duanya menuju ke destinasi yang sama.

Persoalan : Kenapa secara tiba-tiba Anwar dan Mat Sabu mempunyai program di kawasan yang sama sehingga mencetuskan tanda-tanya.

Cadangan : Pulang menggunakan kenderaan rasmi jika sehala bukan isu utama, tetapi menjadualkan program, untuk memudahkan Anwar berkempen kepada tentera, adalah salah dan tidak patut dilakukan pada masa-masa akan datang.


👉 Anwar berkempen di program kerajaan dan di dalam masjid.

Cerita disebalik tabir : Anwar memberikan penjelasan beliau diundang ke program tentera dan masjid. Jadi beliau hanya memenuhi undangan tersebut.

Persoalan : Kenapa berkebetulan ada undangan di masjid dan program tentera ketika Anwar sedang giat berkempen sebagai Ahli Parlimen Port Dickson. Kenapa undangan itu yang turut dihadiri Menteri Pertahanan, turut menjemput Anwar? Ini namanya 'conflict of interest'.

Cadangan : Asingkan program Anwar supaya tidak sejadual dengan program-program kerajaan, menteri dan rasmi. Anwar perlu diperlihatkan sebagai calon yang berkempen tanpa bergantung pada program kerajaan. 


👉 Anwar berkempen akan membawa beberapa projek ke Port Dickson andai memenangi pilihanraya kecil ini.

Cerita disebalik tabir : Penyokongnya beranggapan menawarkan projek adalah perkara biasa bagi calon yang bertanding. Ia boleh dianggap manifesto dan aspirasi setiap calon yang menawarkan diri. 

Persoalan : Anwar ialah dari parti PKR. Parti yang berjaya memenangi PRU ke 14.  Parti yang menjadi kerajaan hari ini. Anwar berikrar membawa projek itu, projek ini, adalah merupakan unsur rasuah. Apatah lagi ia adalah projek mee segera. Sudahkah berbincang dengan setiap peringkat yang terlibat?

Cadangan : Kurangkan bercakap tentang projek. Lebihkan bercakap tentang masalah. Dan bagaimana kemenangan Anwar akan membantu pengundi Port Dickson menyelesaikan permasalahan berbangkit mereka.

👉 SPR berpihak kepada Pakatan Harapan. SPR gagal menjadi badan yang bebas dan telus. SPR nampaknya tutup mata terhadap beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar dan Pakatan Harapan.

Cerita disebalik tabir : Dalam manifesto Pakatan Harapan jelas menyatakan Pengerusi SPR akan dilantik menerusi Parlimen. Ini perlu supaya SPR dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama apabila proses perlantikan ketuanya juga telus dan tidak berpartisipasi. Tetapi Pakatan Harapan melanggar janji mereka sendiri. Bahkan tiada penjelasan konkrit diberikan kenapa Azhar Harun menjadi pilihan dan memungkiri janji yang telah dimanifestokan. Azhar Harun ialah penyokong kuat Mahathir dan Pakatan Harapan. Bukannya NON PARTISAN. Pakatan Harapan tidak menjawab soalan yang dibangkitkan. Sebaliknya mereka memilih untuk berdiam dan mengelak.

Persoalan : Menteri seperti Muhammad Sabu telah berucap di kem tentera yang membayangkan sokongan perlu diberikan kepada Anwar, kerana kelebihan yang akan diperolehi oleh veteran tentera. Anwar juga dilaporkan menawarkan 2 projek swasta kepada pengundi. Konsert juga diadakan dan artis terkenal dijemput hadir atas program kempen yang menyokong Anwar.

Cadangan : SPR perlu memainkan peranan dengan menjadi telus dengan tindakan bukannya melalui kata-kata yang kosong. SPR perlu menyiasat aduan yang sampai termasuklah aduan ke atas Pakatan Harapan tanpa rasa takut. Jika ini tidak dilakukan maka SPR hari ini ialah SPR yang dulu. Hanya menukar ketua tetapi corak kerja masih sama, iaitu menjilat dan membodek kerajaan sedia ada.

BERSIH 2.0 ada mengeluarkan kenyataan bahawanya PH paling banyak melanggar peraturan pilihanraya semasa PRK Balakong dan Seri Setia. Antara kesalahan itu ialah, menggunakan aset kerajaan ketika berkempen, menawarkan hadiah dan ganjaran (membawa maksud beli undi dan rasuah). Dan sehingga ke hari ini SPR masih krik krik krik.. 


Rujukan : https://www.youtube.com/watch?v=6k82Dz9Bz3A&feature=youtu.be

http://www.sinarharian.com.my/politik/calon-bebas-dakwa-anwar-beli-undi-1.888007

https://www.malaysiakini.com/news/445998

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/101225

http://english.astroawani.com/malaysia-videos/anwar-mahu-bawa-tiga-projek-besar-di-port-dickson-267697

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...