Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Oktober 2018

Kemenangan Azmin Di Johor Belum Muktamad, Banyak Undi Ragu Kata JPP.

POLITIK | Keputusan pemilihan PKR di Johor yang menunjukkan Azmin Ali mendahului Rafizi Ramli untuk jawatan timbalan presiden masih belum muktamad, kata Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Timbalan pengerusi JPP Dr Adzman Hedra berkata terdapat lebih kurang 1,100 undi ragu yang belum diputuskan dan akan disahkan semula menjelang Selasa 5 petang hari ini.




“Ada dalam 1,100 undi ragu. Kita bawa balik ibu pejabat, akan panggil ketua cabang dan semak keahlian anggota.

“Kemudian sekiranya sah undi dalam sampul digital tersebut akan dibuka dihadapan wakil calon,”
katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insight pada Isnin.

Tambah laporan itu lagi, majoriti undi ragu melibatkan jumlah yang besar itu mungkin menyebabkan keputusan melibatkan semua calon akan berubah.

“Keputusan mungkin boleh berubah. Kita akan selesaikan dalam masa 48 jam sebab tak boleh ambil masa lama sebab kena fokus negeri lain selepas ini,” kata laporan itu.

Angka tidak rasmi semalam menunjukkan Azmin mendahulu dengan meraih 5,852 undi berbanding 5,025 undi diraih Rafizi.

Adzman menjelaskan, antara perkara yang dilihat adalah kes individu yang mahu mengundi walau namanya tidak tersenarai dalam daftar pemilih parti.

Justeru, pengundi perlu mengisi borang 11 dan undinya akan diasingkan untuk disahkan keahlian, katanya.

Kes sama juga berlaku di Pulau Pinang dan Kedah apabila terdapat pengundi yang dikesan bukan dari kalangan ahli sah, kes individu dipecat daripada parti dan kes nama tercicir dari senarai ahli.

“Sebab itu kita kena kena sahkan keahlian dan sekira benar undi yang hanya tertera kad pengenalan akan dikira depan wakil calon,

“Kebanyakan sebelum ini kita jumpa mereka bukan anggota parti. Mungkin ada yang ingat ini pilihan raya dan mereka mahu undi. Jadi yang kes macam itu kita akan tolak.

“Selain itu ada juga anggota yang telah dipecat dan keluar parti turut mengundi,”
katanya yang menerangkan isu pengundi diragui itu.

Proses mengesahkan pengundian katanya sedang berjalan dan paling lewat akan dikemaskini jam 5 petang, hari ini.

Kesemua 24 pusat pengundian di Johor ditutup pada 5 petang semalam dan seramai 10,725 daripada 37,934 anggota yang layak mengundi dilaporkan menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Setakat ini undi rasmi yang disahkan JPP adalah 4,503 undi untuk Azmin manakala 3,976 undi bagi Rafizi. - 2 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...