Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Oktober 2018

Calon PKR Berkempen Di Sekolah, Bagi Minyak Percuma SPR Tak Siasat, Saya Post Di Facebook, SPR Siasat, Mana Keadilannya? - Najib.

NAJIB RAZAK | Semalam, BERSIH berkata bukan mereka yang pilih kasih melaporkan saya kepada pihak polis kerana saya didakwa telah melakukan kesalahan memuatnaik satu hantaran di FaceBook pada pukul 7 pagi hari mengundi PRK Sg Kandis walaupun saya bukan calon pun.

Najib Razak bersama Lokman Adam
BERSIH menjelaskan bahawa pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang membuat laporan polis terhadap saya walaupun BERSIH menghantar senarai kesalahan yang juga mengandungi kesalahan-kesalahan yang agak berat dari pihak PKR termasuk calon PKR sendiri.

Kesalahan-kesalahan yang dituduh oleh BERSIH sendiri terhadap PKR dan calonnya termasuk berkempen di sekolah yang juga pusat mengundi, pemberian penukaran minyak hitam motosikal percuma, pemeriksaan kesihatan percuma dan ubatan percuma serta menyalah guna aset kerajaan dan berkempen dalam acara-acara kerajaan,

Ini bermakna BERSIH telah lepas tangan dan menuduh SPR sebagai pihak yang pilih kasih kerana hanya membuat laporan polis terhadap saya tetapi tidak terhadap PKR dan calon PKR.

Saya ingin tahu apa penjelasan pihak SPR kerana sebagai pihak yang patut berlaku adil, tuduhan BERSIH terhadap mereka ini, adalah amat serius. - 3 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...