Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 5 Oktober 2018

Baru Sekarang SARAWAK REPORT Kata Saya Bukan Pembunuh Kevin Morais, Dah Terlewat! - Najib Razak.

NAJIB RAZAK | Setelah tiga tahun Sarawak Report yang berulangkali mendakwa saya bertanggungjawab terhadap kematian Kevin Morais, mereka tiba-tiba menaikkan artikel semalam yang berkata mereka tidak lagi pasti.


Sarawak Report adalah blog pertama membuat fitnah kononnya Morais dibunuh 5 minggu SELEPAS mendiang kononnya merangka kertas pertuduhan terhadap saya, dan ini dinafikan berulangkali oleh SPRM selama itu serta turut dilaporkan di media-media tempatan.

Artikel terbaru mereka berkata mereka tidak lagi pasti bahawa Kevin Morais ialah orang yang merangka kertas pertuduhan terhadap saya.

Mereka kini menulis juga, “Sarawak Report tidak pernah menyatakan kedua insiden itu - iaitu kematian Kevin dan kes SRC/1MDB - ada kaitan.”

Paling menjengkelkan ialah apabila Sarawak Report kini menulis : “Nampaknya usaha Najib untuk mengenepikan penglibatan Morais akan dapat membuang segala motif pembunuhan yang berkait dengan tuduhan yang dibuat ke atas bekas perdana menteri itu. Beliau (Najib) mungkin betul.”

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull yang dilantik kerajaan PH sudahpun menafikan sekali lagi Morais terlibat dalam siasatan 1MDB/SRC.

Pengakuan Sarawak Report itu sudah lewat. Blog itu sudah berjaya mempengaruhi ramai dengan penipuan dan fitnah jahat bahawa saya adalah pembunuh. - 5 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...