Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Oktober 2018

"Saya Kenal Anwar, Dia Tak Layak Tadbir Negara," - Saiful #Anwar4PD.

THE MALAYSIAN INSIGHT | ANWAR Ibrahim seorang pemimpin yang handal berucap tetapi tidak layak mentadbir negara, kata Saiful Bukhari Azlan.

Bekas pembantu Anwar berkata, ketua umum PKR itu bukan sahaja tidak layak bagi pengundi di Parlimen Port Dickson, tetapi juga untuk rakyat Malaysia.




 
“Secara peribadi, ini (sertai pilihan raya kecil) bukan sebab dendam. Saya kenal Anwar, kelemahan dan kekuatannya. Beliau tidak layak untuk mentadbir negara,” kata Saiful, ketika wawancara bersama The Malaysian Insight, hari ini.

Saiful merupakan pembantu Anwar pada 2008, sebelum kedua-duanya dikaitan dengan kes liwat.

Beliau adalah seorang daripada lima calon bebas yang akan bertanding pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

“Anwar kelam kabut. Beliau bukan pengurus yang baik. Beliau hanya pandai bercakap sahaja,” kata Saiful.

Katanya, PRK Port Dickson adalah bukti Anwar mementingkan diri sendiri memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 baru sahaja berlangsung pada Mei.

“Langkah pertama untuk jadi perdana menteri sudah tak betul, membazir duit rakyat (dengan PRK). Macam mana nanti bila jadi perdana menteri?” soal Saiful lagi.

Selain Anwar, pemilik syarikat data politik itu bakal berdepan nama besar seperti Mohd Isa Samad, yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan sebagai calon bebas.

Sementara itu, PAS pula menurunkan veteran tentera, Mohd Nazari Mokhtar sebagai calon selepas Umno memboikot PRK tersebut. - 2 Oktober 2018.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...