Yang pertama : Mahathir nafi minta maaf kepada DSAI
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak pernah mengakui kesilapan membuat tuduhan salah laku moral terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dipecat sebagai timbalannya pada 1998, sebagai menafikan dakwaan Anwar baru-baru ini.
“Saya tidak mengatakan perkara itu kepadanya, tetapi orang lain yang kata, kerana mereka mahu saya memohon maaf,” kata perdana menteri itu dalam temu bual dengan BBC Britain dalam program Hardtalk.
“Tetapi saya tidak pernah membuat permohonan maaf secara formal kepadanya,” katanya kepada hos rancangan, Zeinab Badawi yang membacakan petikan temu bual dengan Anwar.
Memetik ucapan Anwar, Zeinab berkata : “Dr Mahathir membuktikan ketabahannya, menerima batasan masa lalu, memohon maaf dan mengorbankan masa dan tenaganya untuk meningkatkan martabat rakyat dan negara.”
Sumber : Free Malaysia Today
Yang kedua : MAHATHIR GAGAL JAWAB ISU 2.6 BILLION
Wartawan BBC Hardtalk telah bertanya kepada Tun M tentang dakwaan korupsi 2.6 billion terhadap DS Najib Razak.
Wartawan itu mengatakan bahawa DS Najib telah mengatakan bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada Kerajaan Arab Saudi dan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah siasatan yang dilakukan oleh pihak berwajib di Malaysia telah membebaskan beliau dari segala pertuduhan. Mengapa anda kekal berpendapat yang Najib bersalah?
Tun berkata, itu hanya alasan Najib yang dia dapat wang tersebut secara percuma dari Saudi. Tetapi tidak ada sesiapa yang memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa di dalam sejarah dunia.
Wartawan tersebut kemudian berkata, “Bagaimana anda tahu?”
Jawapan Tun adalah, “Saya tak pernah baca ada kisah orang terima wang sebanyak itu.” 🤣
Wartawan itu bertanya lagi, “Adakah anda sudah bertanya kepada pihak Saudi apakah mereka beri sumbangan itu kepada Najib?”
Tun kata, “Well...Jika Saudi ada memberikan Najib wang...pergerakan wang ini akan meninggalkan money trail. Tunjukkan kami bukti dokumen yang duit itu transfer dari akaun mereka (Saudi) ke akaun Najib.”
DS Najib dah tunjuk dokumen ini lama dah. Memang ada transfer wang ratusan juta dari akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun Najib.
Kemudian Tun M tambah lagi...Arab Saudi kena nyatakan bagaimana mereka memperoleh wang sebanyak itu (2.6 billion) untuk disumbangkan kepada Najib. 😆
Ya Rabbi...semua orang dalam dunia tahu kot yang Arab Saudi ni antara negara terkaya dunia dengan hasil minyak yang terlalu banyak. Bani Saud bukan macam Bani Mahathir yang multi billionaire sedangkan Mahathir hanya seorang doktor klinik biasa. 🤣
Namun...Tun kekal gagal menjawab soalan wartawan BBC iaitu, Apakah Mahathir sudah bertanya kepada pihak Saudi. Beliau hanya spin dan spin.
Sumber : Group WhatsApp Friends Of BN
Untuk menilai samada penulisan-penulisan di atas adalah benar atau tidak, disini kami kemukakan rakaman rancangan BBC HardTalk versi lengkap untuk penilaian semua.
Siasatan kes pertama : Adakah benar Mahathir menafikan pernah meminta pada kepada DSAI?
Ketika ditanyakan mengenai Anwar Ibrahim, pendakwaan kes liwat I dan samada Anwar bersalah atau tidak (seorang gay) dan disingkirkan kerana melawan pentadbirannya, ini respon Mahathir.
Lihat pada minit ke 6 : "Mahkamah sudah tentukan DSAI bersalah (isu sodomi). Dan hantar dia ke penjara. Ia bukan saya. Dan tuduhan DSAI mengenai penyingkiran (sebagai TPM ketika itu) adalah pendapatnya (semata-mata). Samada dakwaan itu diada-adakan atau tidak, ia adalah urusan mahkamah, ia kerja pendakwaraya dan peguambela, bukannya saya," kata Mahathir.
Zeinab terus mencucuk Mahathir apabila mengatakan meskipun Anwar telah dibebaskan pada tahun 2004, Mahathir terus menganggunya dengan berkata : 'bayangkan ada gay sebagai PM, tiada sesiapa akan selamat', soalnya pada Mahathir.
Mahathir tertawa sinis bila dituduh menafikan hak DSAI bertemu anak-anaknya |
Lihat pada minit ke 7.50 : "Memang itulah yang saya katakan pada ketika itu namun ia juga adalah penting untuk saya bekerja dengannya bagi menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri. Kami berdua memutuskan untuk melupakan perkara lampau. Kerana hal ini (jatuhkan Najib) adalah lebih penting. Kami focus kepada perkara ini (jatuhkan Najib) dan perkara lain tak berbangkit," jawabnya kepada Zeinab.
Zeinab kemudiannya bertanya, "Selepas dia dibebaskan, selepas mendapat pengampunan diraja, Anwar berkata kepada BBC pada Jun 2018, Mahathir memberitahunya, mengakui melakukan kesilapan dan mahu peluang untuk membetulkan ia, itulah yang anda katakan kepadanya".
Mahathir kemudiannya berkata,"Ia adalah pandangannya".
Zeinab kemudiannya menyampuk, "Tapi dia katakan anda yang memberitahunya".
Mahathir tetap menafikan, "Saya tidak memberitahunya (seperti) itu".
Zeinab berkata lagi, "Anda tidak (memberitahunya)?".
Dan Mahathir menafikan dengan tegas sekali lagi, "Saya tidak pernah memberitahunya (seperti itu). Tapi orang lain yang memalsukan (Mahathir cakapkan sesuatu yang lain tetapi dilaporkan secara lain) kenyataan saya (meminta maaf) kerana mahu (mendesak) saya meminta maaf. Saya tidak pernah meminta maaf secara formal padanya," katanya.
Zeinab kemudiannya bertanya, "Anda tidak menyesal apa yang pernah berlaku padanya?".
Mahathir menjawab, "Saya menyesal dia perlu ke penjara".
Zeinab menyampuk dengan mengaitkan anak-anak Anwar Ibrahim, "Apa yang berlaku pada anak-anaknya".
Namun Mahathir memintas dengan menjawab, "Saya tak boleh dipersalahkan (kes liwat 1 & 2) yang dia dipenjarakan. Kerana itu urusan mahkamah. Ia bukan dilakukan saya".
Mahathir juga mengesahkan soal permohonan maaf dan penyesalan (penyingkiran dan dakwaan liwat I & II) sama sekali tidak berbangkit dan diperbincangkan kerana mereka bersama-sama untuk menjatuhkan kerajaan Najib.
Jawapannya : Mahathir memang menafikan pernah meminta maaf secara formal kepada DSAI.
Siasatan kes kedua : Adakah benar Mahathir gagal jawab isu 2.6b seperti yang disebarkan pro BN?
Zeinab bercakap tentang penafian Najib mengenai dakwaan korup dan penyelewengan 1MDB. Malahan telah dibebaskan dan dibersihkan dengan pertuduhan itu.
Lihat pada minit ke 1.50 : "Itu sebenarnya alasan Najib, dia katakan mendapat derma dari Arab Saudi. Tapi dalam sejarah dunia ini tiada sesiapa pun (sanggup) berikan wang sejumlah itu kepada sesiapa pun" jawab Mahathir.
Zeinab menyampuk, "Macam mana awak tahu?" soalnya.
Mahathir menjawab, "Saya tak pernah baca (tahu) perkara seperti itu ada (berlaku)".
Zeinab kemudiannya bertanyakan lagi, "Adakah anda sudah bertanyakan Arab Saudi samada benar atau tidak mereka memberikan derma itu?".
Mahathir berkata, "Arab Saudi jika ada berikan wang itu.. wang apabila dipindahkan meninggalkan kesan. Ada dokumentasi. Tunjukkan dokumentasi itu (buktikan) ada dalam bank itu. Dan bank itu memindahkan (wang itu) ke sini.. dan bagaimana mereka memperolehi wang itu (sumbernya)," jawabnya lagi.
Zeinab kemudiannya berkata, "Jadi rumahnya (Najib dan berkaitan Najib) diserbu, jutaan ringgit dijumpai, ditambahkan dengan 42 beg berjenama mewah yang dikatakan milik isterinya. Dan anda katakan ini terbukti wang yang dicuri. Bukankah anda sepatutnya membiarkan mahkamah menentukan proses itu?," soalnya.
Mahathir kemudiannya menjawab, "DOJ mengeluarkan kenyataan wang itu dicuri dari 1MDB. Mereka tak mungkin mengeluarkan kenyataan seperti itu melainkan mereka mempunyai bukti yang kukuh," jelas Mahathir.
Zeinab kemudiannya bertanyakan "Tapi itu tidak membuktikan apa-apa. Bukankah seharusnya mahkamah diberikan ruang untuk menjalankan tugasnya?," katanya lagi.
Mahathir kemudiannya membalas, "Namun itu sudah cukup untuk kami menjalankan siasatan. Dan biarkan mahkamah menentukan samada bukti-bukti yang kami ada adalah benar ataupun penafian Najib adalah benar," jelasnya.
Jawapan : Mahathir tidak menjawab samada sudah bertanyakan kepada Arab Saudi samada 2.6b ialah derma dari kerajaan itu kepada Malaysia ataupun tidak.
Dan itulah hasil analisis kaji kami. - 3 Oktober 2018.