Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 5 Oktober 2018

Azeez Rahim Dibebaskan Ikat Jamin RM500K, Anak Lelakinya Pula Ditahan SPRM.

LAPORAN | Selepas Abdul Azeez Abdul Rahim dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500,000, anak lelakinya pula ditahan SPRM petang tadi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan anak lelaki Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.
asdas
Bekas Pengerusi Tabung Haji
Datuk Abdul Azeez Rahim - Gambar The Malaysian Insight
Peguam Azeez, K. Kumareandran mengesahkan penahanan itu.

“Ya, saya diberitahu yang anak lelaki beliau dibawa untuk membantu siasatan,” kata peguam itu kepada wakil media.

Sementara itu, portal The Malaysian Insight melaporkan, sumber yang rapat dengan Azeez berkata selain anaknya yang berusia 24 tahun itu, beberapa rakan ahli Parlimen Baling turut ditangkap.

Mereka yang ditahan didakwa dinamakan dalam syarikat yang dikaitkan dengan Azeez.

“Bukan hanya anak lelaki beliau, tetapi beberapa orang yang lain juga ditahan,” petik portal itu.

Sumber turut menyebut yang anak lelaki Azeez berperanan selaku perantara.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Baling dan abangnya, Latiff direman sejak 6 September lalu untuk disiasat berhubung kes rasuah.

Azeez yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, ditahan kira-kira jam 11 pagi di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 25 September lalu.

Abangnya turut diambil di Sungai Buloh beberapa minit kemudian bersama sepupunya, yang merupakan pengarah sebuah syarikat, pada jam 5.30 petang di Putrajaya pada hari yang sama.


Sepupunya diarah untuk dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin pada Sabtu lalu.

Pada Mei, selepas kerajaan Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum, SPRM menyerbu sekurang-kurangnya tiga hartanah yang mempunyai kaitan dengan Azeez - rumahnya di Suang Jaya dan Baling, serta pejabatnya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Wang tunai RM500,000 dirampas bersama sekurang-kurangnya 20 jam tangan dan matawang asing bernilai hampir RM1.2 juta dari Bangladesh, Maldives, Arab Saudi dan United Kingdom.

Azeez kemudian menyatakan wang berkenaan milik Umno Baling, yang dikeluarkan untuk pembayaran zakat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Parlimen Balin itu juga berkata jam tangan berkenaan adalah jam tangan palsu bergred tinggi.

Azeez dilantik sebagai lembaga pengarah Tabung Haji pada 2011 dan menjadi pengerusinya pada 1 Julai, 2013.

Beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji pada 14 Mei tahun ini.

Sebaik sahaja dibebaskan, Azeez dan abangnya dibawa ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan kesihatan.

Lokman Noor Adam memaklumkan kedua-duanya dibawa ke hospital selepas prosiding tamat dan tidak akan bercakap kepada pemberita.

“Mereka perlu jalani pemeriksaan kesihatan. Untuk memeriksa sama ada mereka didera ketika dalam tahanan atau tidak.”

“Mereka tidak akan menunggu lama dan tidak akan bercakap kepada pemberita,” kata Lokman.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga berkata, kedua-dua mereka dibebaskan hari ini selepas penyiasat gagal mendapat sebarang bukti yang berkait dengan dakwaan rasuah.

“Tiada bukti yang dikaitkan dengan kedua-dua mereka. Mereka gagal dapatkan bukti kerana memang tiada bukti.”

“Datuk Seri Azeez sudah menang, beliau datang ke mahkamah dengan pakaian jingga lokap tetapi hari ini dibebaskan dengan pakaian biasa.”

“Itu sudah pun kemenangan bagi kita,”
kata Lokman kepada sekumpulan penyokong di perkarangan mahkamah hari ini.

Lokman hadir bersama kira-kira 50 penyokong di mahkamah Majistret hari ini memakai pakaian berwarna jingga sebagai solidariti kepada Azeez.

Bagaimanapun kumpulan berkenaan tidak terlalu teruja seperti ketika perbicaraan Najib Razak sebelum ini.

Tiada sebarang insiden dilaporkan. - 5 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...