Khamis, 4 Oktober 2018

Ganja Untuk Kesihatan Banyak Manfaat, Mampu Jana Pendapatan Rakyat Kata Husam.

UTUSAN | Cadangan penggunaan ganja kesihatan bagi tujuan perubatan, jika dapat direalisasikan, bakal meletakkan Malaysia terkehadapan dalam bidang perubatan.


Menurut naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa seperti dipetik oleh portal Malaysiakini semalam, tumbuhan tersebut mempunyai banyak kelebihan termasuk 36 elemen dalam perubatan kanser.

"Ia mempunyai unsur-unsur kesihatan yang sangat kaya dianugerahkan Allah," kata Husam ketika berucap di program di Lembaga Kenaf dan Tembaga Negara di Kota Bharu, Kelantan pada isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar yang berhasrat untuk membawa isu perubahan terhadap undang-undang melibatkan ganja ke kabinet.

Husam turut berharap perubatan berasaskan ganja tidak dianggap sebagai jenayah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mulai tahun hadapan, Kanada bakal memperkenalkan penanaman tumbuhan tersebut, diikuti oleh Jerman dan beberapa buah negeri di Amerika Syarikat.

Dan jika penanaman ganja itu diperkenalkan di Malaysia, katanya, ia bakal meningkatkan pendapatan rakyat.

"Di Australia marijuana dijual dengan harga 30-50 dolar Amerika untuk satu kilogram tapi insya-Allah marijuana kesihatan yang boleh dhasilkan ini boleh mencecah 5,000 hingga 10,000 dolar bagi satu kilogram.

"Bayangkan kalau orang Bachok boleh berubah daripada tanam tembakau kepada marijuana kesihatan insya-Allah pendapatan mereka akan meningkat. Inilah hasrat kerajaan Pakatan Harapan,"
kata beliau lagi. - 4 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...