Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Oktober 2018

Apa Pun Yang Berlaku, Kami Tetap Doakan Rosmah - Fazley Yaakob.

LAPORAN | “Beliau telah ditahan, sebagai anak dan menantu, kami tetap mendoakan beliau, simpati masih wujud walau apa pun berlaku.

“Moga Allah mempermudahkan segala urusan,”
itulah luahan Fazley Yaakob di Instagramnya selepas mendapat tahu Datin Seri Rosmah Mansur ditahan SPRM untuk dibawa ke mahkamah pada pagi ini.

Fazley, yang juga seorang penyanyi ialah menantu kepada Rosmah Mansur. Fazley berkahwin dengan Azrene Soraya Abdul Aziz yang merupakan anak perempuan sulung kepada wanita itu. 


Azrene ialah adik beradik seibu sebapa dengan Riza Aziz, anak lelaki Rosmah hasil dari perkahwinannya yang terdahulu. Untuk rekod, Riza Aziz juga dikaitkan dengan skandal penyelewengan 1MDB.

Baca : BN Kini Kalah, Rosmah Dapat Balasannya Kata Azrene

Ketika Barisan Nasional kalah dalam PRU ke 14, Azrene bertindak meluahkan perasaan di Instagram mengenai layanan Rosmah kepadanya dan Fazley apabila pasangan itu memutuskan untuk berkahwin.

Difahamkan perkahwinan pasangan itu pada tahun 2007 tidak direstui oleh Rosmah. Malahan pelbagai perkara dilakukan bagi menganggu perhubungan Fazley dan Azrene. Termasuklah menganggu pasangan itu mencari rezeki halal bagi menanggung keluarga.



SPRM petang semalam menahan Rosmah selepas isteri bekas perdana menteri itu dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat agensi anti rasuah itu di Putrajaya. Beliau ditahan pukul 3.20 petang.

Rosmah, 66, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.

Dalam perkembangan berkaitan, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa yang berada di Harvard University, Amerika Syarikat turut meluahkan perasaannya di Instagram, selepas mendapat panggilan telefon mengenai penahanan Rosmah.

Nooryana Najwa berkata beliau bangun untuk berwuduk dan solat tahajud sebaik mendapat berita itu.

Katanya lagi, beliau akan tetap bersama “ibu yang melahirkannya” dalam apa juga keadaan. - 4 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...