Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 1 Mac 2019

Gambar Presiden PAS Bersama Rameli Musa Benar Tetapi Bukan Ketika Tandatangani Cek RM1.4j.

SOSMED | Pentadbir halaman Profesional Istiqomah hari ini menafikan gambar tular Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang bersama Rameli Musa adalah sewaktu majlis menandatangani cek bernilai RM1.4 juta untuk diserahkan kepada peguam Sarawak Report, Americk Singh Sindhu.

Kenyataan penafian itu dibuat petang tadi bagi menjawab sebaran beberapa pihak yang mengaitkan gambar itu dengan aktiviti menandatangani cek.



"Amanah dan fitnah berpisah tiada.

Hari ni gambar ini ditularkan dengan niat menyatakan ia adalah gambar Tuan Guru menandatangani cek 1.4 juta.

Ia adalah gambar Tuan Guru sedang minum pagi di hotel penginapan di Bangkok bersama dengan Mr Jalaluddin Sarawoot (peguam muslim di Bangkok, yang juga mantan Presiden World Muslim Youth Thailand) membincangkan isu umat Islam Selatan Thai dan isu kebajikan serta hak asasi pelarian Rohingya pada tahun 2017.

Boleh rujuk penerangan gambar berkenaan di pautan https://www.facebook.com/…/a.22852161383…/1626057567410981/….

Pemimpin dan ADUN jenis apa yang Amanah ambil dan tawarkan kepada rakyat? Tak tahu dosa pahala ke sampai fitnah sebegini?

Untuk rekod, Dato Dr Ismail Salleh merupakan Pengerusi Amanah Kedah merangkap ADUN Pengkalan Kundor,"
katanya dalam kenyataan itu. 


Semakan mendapati, gambar sama pernah ditularkan pada tahun 2017 dan juga pernah dinafikan oleh halaman rasmi PAS yang bertarikh 20 Februari 2017 dengan memetik kenyataan dari Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, selaku Setiausaha Politik Presiden PAS ketika itu.



Penafian itu juga mengesahkan gambar Presiden PAS yang tular itu adalah gambarnya bersama Rameli Musa dan Encik Jalaluddin Sarawoot.

Namun ketika itu mereka berada di Bangkok dan sedang membincangkan masalah umat Islam di Selatan Thai dan pelarian Rohingya, bukannya sedang menandatanggani cek seperti yang ditularkan sesetengah pihak. - 1 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...