Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 Februari 2019

Dipaksa Dan Diancam Undi PH, Peminjam AIM Buat Laporan Polis Kerana Bimbang Keselamatan.

PRK Semenyih | Ketua Wanita Bahagian Hulu Langat, Ruhani Kasim membuat satu laporan polis hari ini di Balai Polis Kajang ekoran pengakuan seorang peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dipaksa untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung 2 Mac ini.

Menurut Ketua Wanita Bahagian Hulu Langat, Ruhani Kasim, tindakan yang dilakukan ini adalah satu tindakan yang tidak rasional.

“Saya hari ini menemani pengadu yang merupakan pengundi di sini. Menurut pengadu, dia telah menerima satu panggilan telefon daripada ketuanya dalam AIM untuk mencari sebuah rumah dengan tujuan mengumpulkan semua peminjam dan ahli keluarga untuk dipaksa mengundi PH.

“Setiap pengundi mempunyai hak untuk mengundi siapa sahaja yang mereka suka. Tidak perlu mereka ini dikurung dan dipaksa,”
ujar beliau kepada media.

 
Tambah beliau, maklumat pengadu terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan.

“Kita juga akan terus membuat laporan polis bila kita dapat mengumpulkan peminjam lain yang turut dipaksa.

“Ini adalah satu tindakan terdesak PH yang tidak sepatutnya berlaku,”
katanya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan itu dan akan membuka kertas siasatan.

Timbalan ketua polis Daerah Kajang Mohd Sabri Abdullah berkata, pengadu merasakan keselamatan diri dan keluarga terancam kerana didakwa terdapat unsur paksaan mengundi dalam PRK yang bakal berlangsung Sabtu ini.

“Bagi kes ini kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pengaruh tidak wajar),” katanya, pada sidang media di sini hari ini. - 28 Februari 2019.

Anwar Perlu Dapatkan Rawatan - MP Pasir Mas.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI | ANWAR PERLU DAPATKAN RAWATAN

Di dalam pengajian psikologi, ada sejenis kategori sakit mental dinamakan Obsessive Ambition (keinginan keterlauan). Pesakit yang mengidap sindrom ini kadang kala tidak menyedari mereka sedang menghidapinya namun ia dapat dilihat melalui tingkah laku yang kadang-kadang tidak menentu dan hilang arah. Misalnya, terlalu berkeinginan untuk menjadi Perdana Menteri boleh menyebabkan seseorang itu bertindak hilang arah dan merapu tidak tentu hala.




Gambar troll

Saya terbaca kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson hari ini yang menyatakan bahawa PAS sebenarnya tidak menerima dana 1MDB, tetapi menerima dana terus dari UMNO. Ia boleh dibaca di pautan berikut : (https://www.malaysiakini.com/news/465935)

Setelah SPRM mengesahkan bahawa akaun PAS bersih dari dana 1MDB, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan merubah nada serangan kepada PAS dengan menyatakan bahawa dana yang diterima bukan daripada 1MDB tetapi terus daripada UMNO. Barangkali beliau lupa atau beliau tiada maklumat kerana berada di dalam penjara, pimpinan Pakatan Harapan sejak dari sebelum PRU14 seringkali mengaitkan bahawa dana yang dikatakan diterima oleh PAS ialah ‘wang haram 1MDB’. Saya sertakan ringkasannya seperti berikut :

1. Pada 12 April 2017, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyatakan bahawa beliau akan mendedahkan identiti bekas pemimpin PAS yang menerima dana 1MDB melalui akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak. Lihat rujukan : https://www.freemalaysiatoday.com/…/rafizi-dedah-bekas-pem…/

Atau boleh dirujuk videonya di pautan berikut :
https://www.youtube.com/watch?v=wc9M8tPJ6jQ

2. Pada 7 April 2017, Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mendesak PAS agar segera menjawab dakwaan bahawa terdapat sejumlah wang yang berasal dari 1MDB mengalir ke akaun seorang tokoh yang rapat dengan pemimpin utamanya. Lihat rujukan : https://www.roketkini.com/…/dakwaan-pas-terima-rm90-juta-d…/

3. Bahkan beberapa hari lepas iaitu 22 Februari 2019, Ahli Majlis Pemimpin Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi Twitternya berkata, - Presiden PAS - Abdul Hadi tidak tahu tentang dakwaan parti itu pernah menerima wang daripada 1MDB. Lihat pautan : https://malaysiagazette.com/…/undi-tak-percaya-pas-tahu-du…/

Apa yang disenaraikan di atas hanyalah ringkasan sahaja daripada siri dakwaan-dakwaan pimpinan Pakatan Harapan bahawa PAS menerima dana 1MDB. Cuma barangkali rentak dan nada sedikit berlainan setelah pengesahan SPRM baru-baru ini yang menyatakan tiada kemasukan RM90 juta ke akaun rasmi PAS. Peluru-peluru baru adalah seperti berikut :

1. PAS terima dana 1MDB tetapi bukan melalui akaun rasmi


2. PAS terima dana UMNO tetapi bukan melalui akaun rasmi


3. PAS terima dana UMNO dan bukannya wang 1MDB 


4. PAS sogok Sarawak Report RM1.4 juta untuk tutup kes saman


Peluru-peluru ini sedang berterabur di alam maya dan nyata menunggu untuk dijawab satu persatu oleh PAS. Satu jawapan daripada PAS akan diikuti dengan peluru fitnah yang berikutnya. Berbanding kes liwat yang disabitkan dua kali di mahkamah sekalipun rakyat diminta untuk tidak percaya, kes duit UMNO kepada PAS ini diminta bermati-matian untuk rakyat percaya sekalipun SPRM sudah berada di bawah kendalian kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat siasatan yang adil dan telus.

Dan apabila Datuk Seri Anwar menunjukkan satu dokumen hitam di ceramahnya malam tadi, ia lebih melucukan. Tiada lagi kehebatan seorang bakal Perdana Menteri. Jika dokumen hitam yang tidak menunjukkan apa-apa bukti itupun rakyat perlu mempercayainya, bagaimana pula video hitam putih insiden di Thailand yang lebih terang dan jelas, adakah rakyat juga perlu percaya? Kami di pihak PAS berpendirian jelas, sebarang rakaman seperti itu dianggap sebagai fitnah selagi tidak dibuktikan dengan pengadilan secara Islam.

Nampaknya, perjalanan seorang bakal Perdana Menteri sudah sampai ke penghujung. Saya nasihatkan, berbanding membuat tuduhan merata-rata, lebih baik beliau dapatkan rawatan. Obsessive Ambition jika tidak dikawal boleh menjadi semakin teruk dan mengakibatkan tragedi yang tidak diigini.

Sekadar mencadangkan sahaja. - 28 Februari 2019.

KJ Persoalkan Tommy Thomas, Papa Gomo Cakap 'Ko Bodoh' Didakwa, Siti Kasim Mencarut Dibebaskan Pula..

Khairy Jamaluddin | Hari ini Papagomo telah didakwa atas insiden yang berlaku ketika hari penamaan calon PRK Semenyih. Terdapat dua pertuduhan yang dihadapkan ke atas Papagomo iaitu pertama; mendatangkan kecederaan dan kedua; mengaibkan kehormatan kerana menyebut "ko bodoh" kepada Syed Saddiq.




 
Bagi pertuduhan menyebut "ko bodoh", Papagomo didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bercakap tentang Seksyen 509 ini, beberapa minggu lalu iaitu pada 11 Februari 2019, Jabatan Peguam Negara telah membatalkan arahan untuk mendakwa Siti Kassim di bawah seksyen yang sama atas kesalahan menunjukkan isyarat lucah jari tengah kepada seorang penonton di sebuah forum pada dua tahun yang lalu.

Perbuatan yang dilakukan oleh Siti Kassim pada dua tahun lalu tersebut telah berjaya dirakam dalam bentuk video dan gambar. Bermakna terdapat asas untuk kesnya dibawa kepada perbicaraan mahkamah namun akhirnya atas arahan Jabatan Peguam Negara, kes tersebut digugurkan.

Kes Papagomo dan kes Siti Kassim kedua-duanya atas asas dan kesalahan di bawah seksyen yang sama. Tetapi yang menghairankan kes Papagomo dibawa ke mahkamah tetapi kes Siti Kassim digugurkan. Saya tidak mempertahankan tindakan Papahomo. Tapi saya nak tahu kenapa tindakan Peguam Negara tidak konsisten.

Kenapa ada double standard antara dua individu ini? Peguam Negara bukan sahaja perlu bertindak adil malah perlu dilihat adil. Perkembangan ini akan melihatkan terdapatnya unsur selective presecution atau pendakwaan terpilih oleh Jabatan Peguam Negara.

Perkara ini jika berlarutan akan menyebabkan rakyat terus hilang kepercayaan dan pastinya akan memberi imej buruk kepada sistem undang-undang di Malaysia. - 28 Februari 2019.

Papa Gomo Didakwa Kerana Mencederakan Tisu Badan Syed Saddiq.

LAPORAN | Exco Pemuda UMNO, Muhammad Azri Wan Deris berkata beliau didakwa di mahkamah kerana dianggap telah mencederakan tisu badan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sebaran pro BN
"Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa YB Menteri Syed Saddiq mengalami kecederaan soft injury pada tisu badan nya dan atas sebab kecederaan serius itu saya dituduh," katanya dalam satu kenyataan.

Papa Gomo dibicarakan di Mahkamah Kajang atas pertuduhan Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 509 kerana mengaibkan.

Kedua-dua pertuduhan dibicarakan secara serentak pagi tadi dan Papa Gomo mengaku tidak bersalah.

Hakim kemudiannya memerintahkan Papa Gomo membayar ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun selepas dibantah oleh peguam yang mewakili Papa Gomo, hakim kemudiannya mengurangkan wang ikat jamin kepada RM8,000 dengan seorang penjamin. Pasport milik Papa Gomo turut ditahan.

Kes akan disebut semula pada 1 April 2019 di Mahkamah Kajang. 

Sementara itu di laman sosial, Menteri Belia Dan Sukan diejek bertubi-tubi sebagai menteri pondan, lembik dan lembut.

Pengkritik juga turut menyebarkan gambar-gambar kecederaan tisu terkoyak dan membandingkan dengan menteri itu.

Syed Saddiq tidak menjawab kepada kritikan-kritikan tersebut setakat ini. - 28 Februari 2019.

Satu Persatu PRK Berlaku Tanda Amaran Dari Allah Kata Ketua UMNO Puchong.

MALAYSIAKINI | Satu demi satu Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlaku di Selangor adalah amaran daripada Allah supaya rakyat Malaysia memilih parti yang tepat.

Demikian pendapat Ketua Umno Bahagian Puchong merangkap bekas ketua pembangkang Selangor Mohamed Satim Diman.


Katanya, semua PRK di Selangor iaitu di Sungai kandis, Seri Setia, Balakong dan kini di Semenyih- semuanya melibatkan kematian wakil rayat daripada Pakatan Harapan (PH).

“[...] Yang hairannya, yang meninggal tu siapa? Wakil rakyat mana? Wakil rakyat PH. Bukan wakil rakyat BN,” katanya .

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Umum BN di pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Tasik Kesuma malam tadi.

Tambahnya, Allah telah memberikan amaran sejak Sungai Kandis lagi agar rakyat memilih parti pemerintah yang tepat, namun rakyat tidak memahami isyarat Tuhan itu.

“Jadi di situ sebenarnya Dia (Allah) memberikan amaran yang pertama, BN kalah di Sungai Kandir. Tak apalah, pasal belum nampak. Lepas tu ke Seri Setia pun kalah juga, tak apa.

“Allah kata agak-agaknya orang Islam di Malaysia ni tak faham lagi ke? Dia meninggalkan (mematikan) dekat Balakong. Pun tak faham lagi.

“Kau tak faham tak apa, aku bagi dekat Semenyih. [...] Kalau itu tak faham (lagi), tak tahulah apa nak kata. Agaknya dunia dah nak kiamat kot,”
tambahnya lagi.

Setakat ini, enam PRK diadakan dan empat daripadanya akibat kematian wakil rakyat di kawasan tersebut- kecuali Port Dickson dan Cameron Highlands.

Kesemua yang meninggal dunia ialah wakil rakyat PH.

PRK Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac ini juga diadakan kerana kematian Adun Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor.

Untuk rekod, semua PRK setakat ini dimenangi oleh parti penyandang.

Sementara itu, Satim turut membandingkan umur calon PH Muhammad Aiman Zainali dengan calon BN Zakaria Hanafi dengan umur Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi nabi.

“Allah ambil Nabi Muhammad jadi nabi umur berapa tahun? 40 tahun. Umur yang matang.

“PRU yang lepas, kalau tak diambil yang umur 93 tahun, yang Melayu mudah lupa tu, tak menang pun. (Mereka) cari orang berpengalaman, maksudnya orang yang matang,”
katanya lagi.

Anwar Tunjuk Penyata Bank, Ada Bukti Hadi Bayar Clare RM1.4j Untuk Selesaikan Saman..

POLITIK | Berucap di pentas ceramah PKR Semenyih malam tadi, Anwar Ibrahim mengulangi dakwaannya bahawa beliau mempunyai maklumat dan bukti yang cukup untuk mengatakan PAS telah membayar editor Sarawak Report sebanyak RM1.4j bagi menyelesaikan kes saman diluar mahkamah.


"Nama saya Anwar Ibrahim. Saya tidak akan bercakap kalau saya tiada fakta, saya tak lawan. Ini saya ada bukti, PAS, Haji Hadi terpaksa bayar RM1.4j kepada Clare Rewcastle Brown.



Kalau PAS nak cabar, boleh dakwa saya di mahkamah. Anytime. Saya ada bukti,"
katanya kepada penyokong yang hadir di ceramah itu.


Anwar turut memegang sehelai kertas bersaiz A4 yang dipercayai bukti penyata bank yang dimaksudkannya. 

Sebelum ini Husam pernah bertanya kepada PAS apakah parti itu ada membuat bayaran kepada Clare bagi menyelesaikan saman diluar mahkamah.

Dan PAS menafikan dakwaan tersebut sebelum isu yang sama sekali lagi ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim.

Dalam ceramah yang sama, Anwar juga mendakwa PAS sebenarnya menerima wang UMNO dan bukannya wang yang berpunca dari 1MDB. - 28 Februari 2019.

Nasruddin Tantawi Dikecam, Nak Troll Macam Najib Tapi Bodoh.

SOSMED | Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Tantawi nampaknya gagal dalam percubaan pertamanya untuk troll seperti gaya Najib. 

"Ingat hari ini saya nak lalu tol dari arah Gambang ke Kuala Lumpur selepas jam 11.00 malam. Tapi kuliah, ceramah dan program saya bermula jam 7.15 malam dan berakhir jam 11.30 malam. Biasanya beginilah program saya saban hari dan minggu.


Nampaknya terlepas peluang untuk menikmati keindahan lewat malam,"
kata Nasruddin dalam satu kenyataan.



Kenyataan itu dibuat dipercayai bertujuan untuk menyindir Pakatan Harapan dalam visi menghapuskan tol secara berperingkat dengan cadangan permulaan ialah tol percuma pada jam 11 malam hingga 5 pagi terlebih dahulu sebelum dimansuhkan sedikit demi sedikit.

Bagaimanapun ia bukan sahaja tidak lawak bahkan mesejnya juga 'tidak sampai'.





Hal itu membuatkan Ketua Penerangan PAS itu menjadi sasaran kecaman netizens di laman sosial. Niat nak troll orang nampaknya tertroll dirinya sendiri. 
 
Apa yang lebih lucu ialah penyokong PAS juga dilihat tidak mahu membela tindakan pemimpin mereka itu. Mungkin kerana tidak sanggup dilihat menjadi bodoh bersama-sama.

Untuk rekod, penyokong dan ahli PAS sangat gemar membela bermati-matian pemimpin mereka di sosial media atas serangan-serangan yang dilemparkan ke atas parti itu oleh pihak lawan. - 27 Februari 2019.

Rabu, 27 Februari 2019

Malam Ini Anwar Dedah Bukti PAS Bayar Sarawak Report Selesai Kes Luar Mahkamah.

PRK Semenyih | Konflik Anwar dan PAS memasuki babak baru apabila Perdana Menteri Dalam Penantian itu membuat kenyataan akan mendedahkan maklumat terperinci mengenai bayaran yang dibuat oleh PAS kepada Clare Rewcastle bagi menyelesaikan kes saman luar mahkamah malam ini.

Menurut Anwar, beliau telah menerima maklumat baru yang mana mengesahkan dakwaan bahawa PAS telah membayar Clare sejumlah wang bagi menyelesaikan saman diluar mahkamah.

"Semalam saya dapat maklumat tambahan, sebab tu saya tanya semalam. Saya tidak fikir PAS boleh menafikan. Saya ada maklumat yang cukup untuk membuktikan PAS membayar Clare. Saya akan jelaskan secara terperinci malam nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2018. 

PAS dan Anwar sebelum ini saling serang menyerang antara satu sama lain menggunakan media, bermula dengan usul undi tak percaya ke atas Tun Mahathir hinggalah kepada PAS membayar editor Sarawak Report.

Untuk rekod, ini adalah jadual Anwar di Semenyih malam ini;




'Terfitnah' Tommy Thomas Anti-Islam, Penyokong PAS Buat Permohonan Maaf Terbuka.

SOSMED | Enam minit menyebarkan gambar fitnah sudah cukup membuatkan seseorang disiasat oleh polis. Begitulah yang terjadi ke atas Mohd Shahrizan selepas terkantoi menyebarkan fitnah ke atas Peguam Negara, Tommy Thomas yang didakwanya telah mengeluarkan kenyataan penghina Nabi dan Islam bukan jenayah di Malaysia. 





Awal pagi tadi seorang penyokong PAS yang dikenali dengan nama Mohd Shahrizan telah menyebarkan gambar yang mengatakan,"Peguam Negara dah bersuara. Penghina Nabi dan Islam bukan penjenayah, mereka berhak lontarkan pandangan (Tommy Thomas)".


Gambar itu diiringi dengan kapsyen yang berbunyi,"Terketap bibir bila membaca kenyataan ini!!! Melampau dan kurang ajar," katanya dalam kenyataan itu.



Gambar yang sama turut tular di platform seperti WhatsApp dan sekaligus menghadirkan kecaman ke atas Tommy Thomas dan Pakatan Harapan.



Tommy Thomas kemudiannya membuat laporan polis bagi membersihkan fitnah ke atas dirinya. Untuk rekod, dakwaan dan sebaran Mohd Shahrizan itu adalah palsu dan tidak berasas.



Berikut adalah permohonan maafnya kepada Tommy Thomas.

PERMOHONAN MAAF TERBUKA ATAS KENYATAAN BERTARIKH 27 FEBRUARI 2019 MELALUI LAMAN SOSIAL FACEBOOK.

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Saya, adalah pemilik akaun “Mohd Shahrizan” dan melalui satu kenyataan yang dimuat naik oleh saya pada 27 Februari 2019 dengan ini memohon maaf secara terbuka dan menyesali kenyataan yang didakwa dibuat oleh Peguam Negara dan berbunyi sebagaimana berikut, “Penghina Nabi dan Islam bukan penjenayah, mereka berhak lontarkan pandangan”

3. Saya telah difahamkan bahawa kenyataan yang telah tular tersebut adalah tidak benar sama sekali dan kenyataan tersebut juga merupakan satu kenyataan berunsur fitnah kepada Peguam Negara yang boleh menjejaskan reputasi dan nama baik pihak Peguam Negara sendiri. Saya sedar bahawa saya sepatutnya mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan segala maklumat adalah adalah tepat dan benar sebelum memuat naik kenyataan tersebut bagi mengelakkan sebarang fitnah atau sebarang isu berbangkit yang lain.

4. Saya mengakui bahawa saya tidak dapat mengawal kemarahan dan sangat beremosi semasa memuat naik kenyataan tersebut rentetan daripada hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan akaun dengan nama Foo Sing Wai yang dituduh di Mahkamah pada hari ini di atas kesalahan menghina Nabi Muhammad S.A.W dan Sayyidatina AIsyah R.A.

5. Saya berharap agar pihak Tuan berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya. Saya juga telah insaf dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Saya juga telah memadam kenyataan tersebut setelah 6 minit ianya dimuat naik dengan segera setelah menyedari kesahihannya. Saya memohon supaya tiada sebarang tindakan lanjut akan dikenakan ke atas saya selepas permohonan maaf ini dikeluarkan.

Sekian Terima Kasih. - 27 Februari 2019.

KHAZANAH Jual Aset Strategik Lagi..

NAJIB RAZAK | Selain IHH Berhad yang telah dijual di bawah kerajaan PH kepada Jepun, Khazanah juga telah bersedia untuk menjual pegangan mereka di dalam Bank CIMB, syarikat telekomunikasi Axiata, UEM Edgenta dan UEM Sunrise tidak lama lagi di mana mereka sekarang masih pemegang saham terbesar.


 
Pada masa BN, Khazanah mengklasifikan syarikat-syarikat ini sebagai syarikat "core holding" ataupun syarikat strategik untuk negara.

Tetapi kini mereka telah ditukar menjadi aset komersial yang disediakan untuk dijual.

Pada bulan Disember lalu, Khazanah sudah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham.
http://www.theedgemarkets.com/…/best-share-placement-khazan…

Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30 (seperti graf dilampirkan) tetapi pasaran saham kita telah jatuh teruk selepas PH menang.

Jika 63 juta saham itu dijual pada masa baik di mana harganya RM7.30, kita boleh dapat RM460 juta.

Tetapi PH jual pula pada bulan Disember lalu di mana harga saham rendah (RM5.78) dan hanya dapat RM364 juta - iaitu kekurangan RM86 juta.

Jika mahu jual pun, jual pada masa harga saham tinggi di dalam pasaran Bursa yang baik.

Mengapa terdesak nak jual pada masa Bursa Malaysia tidak baik dan harga pasaran rendah sehingga Khazanah perlu rugi? - 27 Februari 2019.

Timbalan Menteri Dikecam Kerana Dianggap Mengutamakan Bahasa Mandarin.

SOSMED | Program kerjasama bersama Kementerian Pendidikan dengan Melody.fm menerima kecaman netizens berikutan ia dianjurkan dalam bahasa mandarin.

Teo Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Pendidikan dilihat berada dalam gambar yang disebarkan oleh halaman Facebook rasmi kementerian itu.







Menurut kemaskini di halaman Facebook kementerian, Teo Nie Ching meluangkan masa hampir tiga jam bagi bersama-sama memberikan penerangan berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan orang awam di stesen penyiaran Astro di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Forum Pendidikan anjuran Melodyfm ini terbuka kepada semua pendengar stesen radio berkenaan yang diadakan secara percuma.


Respon netizens;


Meskipun menerima kecaman dari netizens, sesetengahnya membela tindakan Timbalan Menteri Pendidikan atas alasan audiens adalah masyarakat cina Malaysia.

Tambahan pula dianjurkan oleh Melody.fm, stesen radio berbahasa cina. Jadi tidak pelik jika menggunakan slaid berbahasa mandarin.

Bagaimanapun jawapan tersebut kurang memuaskan hati pelbagai pihak yang mempersoalkan kenapa program tersebut perlu menggunakan slaid berbahasa cina berbanding slaid berbahasa melayu.

Berikut adalah hujah-hujah mereka;

1. Audiens adalah cina Malaysia dan bukannya cina Hong Kong. Adakah cina Malaysia tidak memahami bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan negara sendiri? 

2. Oleh kerana Nie Ching hadir untuk memberikan penerangan, tidak salah slaid berbahasa Malaysia kerana Nie Ching boleh menghuraikan lanjut dalam bahasa etnik cina. Ini juga akan mendidik cina Malaysia yang tidak tahu bahasa kebangsaan negara sendiri untuk lebih memahami bahasa Malaysia.  

3. Nie Ching sepatutnya menggunakan peluang ini untuk mendidik kaum cina menguasai bahasa kebangsaan sendiri dan bukannya meminggirkan bahasa rasmi dalam program-programnya.

4. Hanya tajuk utama menggunakan bahasa Malaysia, namun setiap penerangan menggunakan bahasa mandarin. Ini bermakna telah ada usaha untuk menyekat perkembangan bahasa Malaysia ke atas kaum cina.


Nie Ching bagaimanapun dilihat tidak menjawab kepada kritikan-kritikan yang terdapat di post itu setakat ini. - 27 Februari 2019.

PAS, Hadi Tak Bayar Apa-Apa Kepada Clare Rewcastle-Brown Untuk Selesaikan Kes Luar Mahkamah..

MalaysiaGazette | Tiada sebarang kos dibayar kepada kepada pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, sebagai kos untuk menyelesaikan saman antara kedua-dua pihak di luar mahkamah.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, berdasarkan kepada Perintah Persetujuan keatas kedua-dua pihak, maka tuntutan dan tuntutan balas daripada mereka.


“Mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos kepada mana-mana pihak.

“Dengan kata lain, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) tidak membayar apa-apa bayaran ataupun Kos kepada pihak defendan untuk penyelesaian kes ini di luar Mahkamah,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Takiyuddin membuat kenyataan itu menjawab kenyataan mengelirukan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim penyelesaian luar Mahkamah kes melibatkan saman Presiden Pas terhadap Clare di Mahkamah Tinggi London pada 01 Februari 2019.

Anwar mencabar Pas menjelaskan sama ada parti itu membayar lebih RM1 juta kepada Clare.

Katanya, penjelasan Pas itu perlu selepas pihaknya mendapati afidavit kes yang difailkan oleh Rewcastle-Brown tidak selari dengan penjelasan Pas sekali gus menimbulkan banyak kekeliruan dalam penyelesaian kes berkenaan.

“Mereka (Pas) kata menang kes padahal buktinya (kes) tidak ditarik balik dan saya mahu kepastian adakah bayaran daripada PAS diberi kepada Rewcastle-Brown?

“Saya sebenarnya tak mahu panjangkan (isu) dengan Pas, mereka kecam saya tapi tak pernah jawab. Ini kali pertama saya bangkitkan (mengenai penyelesaian kes saman) kerana saya lihat (ada) percanggahan kenyataan, termasuklah boleh bohong yang sukar untuk diterima,”
kata Anwar.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata Pas tidak membayar apa-apa bayaran di mana-mana peringkat kes ini kerana Pas bukanlah satu pihak dalam tindakan ini.

“Pas menganggap kenyataan Presiden PKR tersebut adalah langkah terdesak beliau bagi mengalihkan pandangan rakyat dari isu ‘krisis keyakinan’ parti-parti dalam Pakatan Harapan terhadap Pengerusi mereka, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga Perdana Menteri Malaysia,” katanya lagi.

MySalam Kini Ada Akses 3.7 Data Pengguna, Boleh Jual Produk..

Najib Razak | Semasa Guan Eng umumkan skim insurans B40 (yang kini diberi nama MySalam) pada belanjawan 2018, saya telah mengesyaki bahawa sebuah syarikat insurans Singapura terlibat dalam skim ini.

Walaupun pada masa itu, syarikat ini menafikan, rupanya saya terbukti betul : https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155699738640952/

Selepas itu, saya mengesyaki bahawa kerajaan PH telah mengizinkan syarikat insurans Singapura yang besar ini untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara dengan membayar RM2 bilion untuk Skim Insurans B40.

Pada tahun 2016, syarikat-syarikat insuran asing mendominasi 81.7% pasaran industri insurans nyawa Malaysia.

Pada tahun 2017, BNM di bawah kerajaan BN memberi amaran terakhir kepada syarikat-syarikat insurans asing untuk melepaskan sekurang-kurangnya 30% kepentingan saham di dalam operasi tempatan mereka kepada syarikat tempatan.

Langkah ini diambil untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat Malaysia dan mengurangkan dominasi syarikat asing di dalam industri tempatan yang merupakan satu risiko.

Masa itu, Great Eastern Singapura yang dimilik oleh Bank Singapura masih memiliki 100% saham di dalam operasi mereka di Malaysia yang menjana keuntungan sebanyak RM1 bilion setiap tahun dari kita.

Bulan Januari lalu, saya juga terbukti betul apabila Guan Eng terpaksa menjawab wartawan dan mengesahkan Kementerian Kewayangan sudah mengecualikan Great Eastern untuk lepaskan kepentingan 30% kepada pemilik tempatan : https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155821906705952/

Selepas itu, saya juga menyatakan rasa bimbang saya bahawa syarikat Singapura ini akan diberi akses kepada segala butiran peribadi untuk semua rakyat Malaysia di dalam golongan B40 di Malaysia iaitu dari pangkalan data (database) iaitu 3.7 juta orang.

Saya juga percaya pada masa itu bahawa syarikat Singapura ini akan menggunakan database ini untuk menjual produk mereka.

Rupanya, saya betul lagi.

Hari ini, Menteri kewayangan dan pegawainya Tony Pua telah mengesahkan kedua-dua kebimbangan ini.

Syarikat Great Eastern akan diberi semua butiran peribadi untuk semua penerima MySalam dan akan dibenarkan untuk menjual produk mereka dengan menggunakan pangkalan ini : https://www.malaymail.com/…/minister-mysalam-recipi…/1727072

 
Tiba-tiba syarikat Singapura ini bakal mendapat 3.7 juta pelangan baru dari Malaysia dan tidak lagi perlu patuhi undang-undang pemilikan asing BNM.

Maka, syarikat-syarikat insuran tempatan bakal diketepikan begitu sahaja dan maklumat peribadi rakyat Malaysia dalam pegangan syarikat Singapura. - 27 Februari 2019.

Gaji Minimum RM1100 Terlalu Tinggi Untuk Sesetengah Sektor - M Kulasegaran.

FREE MALAYSIA TODAY | Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, kerajaan akan mengkaji gaji pokok lebih “relevan” bagi sektor tertentu kerana RM1,100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor.

Beliau berkata, ini bermakna akan ada gaji minimum berbeza bagi sektor seperti perladangan, hotel dan kedai kopi.

Katanya, perkara itu memerlukan lebih banyak kajian sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan.



Gambar - TTKM
Terdahulu, Kulasegaran mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Majikan Malaysia cawangan Sabah.

Katanya, ahli persekutuan itu memberitahu majikan perlu mengurangkan jumlah pekerja atau menamatkan perniagaan mereka kerana tidak mampu memberi gaji minimum kepada pekerja.

Kadar gaji minimum ditetapkan pada RM920, sebelum dinaikkan kepada RM1,100 di seluruh negara mulai 1 Januari lalu.

Kulasegaran berkata, kementeriannya turut mempertimbangkan langkah meminda undang-undang buruh untuk menjadikannya lebih relevan.

Ia termasuk Akta Pekerjaan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan.

PH Nafi Paksa Tok Batin Baca Teks Ucapan Memuji-Muji Dan Seru OA Undi PH Di PRK Semenyih..

PRK SEMENYIH | Pakatan Harapan ditertawakan oleh netizens apabila portal Sinar Online melaporkan kenyataan Tok Batin yang dipaksa membaca teks ucapan yang memuji-muji kerajaan dan bagaimana Orang Asli patut mengundi Pakatan Harapan di PRK Semenyih.

Portal itu mendakwa Tok Batin Kampung Orang Asli Kampung Sungai Lalang Baru, Aleh Abdullah ,53, telah dipaksa membaca teks ucapan yang mengandungi seruan agar Orang Asli menyokong PH pada 2 Mac ini. 

Teks ucapan itu bukan ditulis oleh dirinya dan diberikan ketika beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan dalam satu program PH yang diadakan di kampung itu.

"Bukan saya sebenarnya. Dia tulis (bekas pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA) dan saya ikut (baca).


Kalau tak sokong nanti susah kami semua. Dulu pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sokong BN, PRU14 sokong PH.
 

Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih kami sokong dan undi PH,” katanya, memetik laporan Sinar Online.  

Netizens yang membaca laporan itu kemudiannya mengkritik Pakatan Harapan, tak kurang mentertawakan kerajaan kerana dengan mudahnya dikantoikan Tok Batin. 


Bagaimanapun dalam kenyataan balas kepada dakwaan itu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin menafikan telah memaksa Tok Batin untuk membacakan teks ucapan yang disediakan kepadanya. 

“Tak ada paksaan. Itu terserah kepada dia nak baca teks. Terserah kepada dia. Itu hak dia,” katanya ketika ditanya media.

Ketika ditanya rancangan PH yang akan menganjurkan program pemberian hamper dan hadiah kepada Orang Asli pada Selasa ini, Muhyiddin berkata,itu hanya satu andaian.

“Ia 'akan'. Belum berlaku lagi. Itu andaian. Saya tak tahu,” ujarnya.

Untuk rekod, semalam SPR telah mengesahkan pemberian hamper dan surat tawaran membaiki rumah PPR merupakan satu kesalahan. Dan mungkin program pemberian hamper dan hadiah kepada Orang Asli akan dibatalkan kerana dibimbangi akan dianggap melanggar peraturan pilihanraya. - 27 Februari 2019.

Selasa, 26 Februari 2019

Hapus Tol Manfaatkan LGBT & Pemabuk, Najib Minta Maaf, Beri Alasan Terbawa-Bawa Dengan Respon Penonton.

PRK Semenyih | Terikut-ikut dengan jawapan dan respon yang diberikan oleh penonton pada malam itu. Demikianlah penjelasan Najib apabila diserang dan dikecam bertubi-tubi kerana tidak sensitif dengan golongan pekerja yang bekerja di waktu malam ketika mengulas cadangan kerajaan yang mahu mengecualikan bayaran tol selepas pukul 11 malam.


Najib membuat kenyataan itu ketika hadir dalam satu program ceramah anjuran BN bersempena PRK Semenyih.

"Tak logik buat tol percuma ketika orang masuk tidur. Kita mahukan tol percuma ketika orang sedar, bukan ketika tidur.

Siapa yang masih berjaga pada pukul 11 malam hingga 5 pagi? Hanya hantu, pemabuk, LGBT dan mereka yang sedang mencari pelanggan, barangkali.

Semasa era saya, saya mansuhkan 11 tol walaupun saya tak pernah janji apa-apa. Bila saya kata mansuh, ia bermakna percuma. Mansuh, batal, tutup," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Sungai Lalang.  

Bagaimanapun Najib bertindak menarikbalik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi Facebooknya petang tadi. 

Berikut adalah kenyataan maafnya;

"Bukan niat saya untuk mempersendakan sebarang kumpulan masyarakat yang bekerja pada waktu malam atau yang menggunakan lebuhraya tol selepas jam 11 malam.

Jika anda tonton klip video ini dari sesi sembang santai saya malam semalam, saya hanya mengulangi apa yang diteriak oleh penonton yang berada di ceramah itu sebagai jawapan kepada soalan saya.

Saya akui, saya telah terikut-ikut dengan jawapan dan respon diberikan penonton semalam.

Saya dengan rendah hati mohon maaf jika ada yang berasa tersinggung.

Apapun, perkara pokok yang saya utarakan mengenai isu ini di ceramah berkenaan adalah jelas.

Apa yang saya utarakan adalah mengenai janji bertulis dalam hitam-putih serta diulang-ulang PH untuk menghapuskan tol patutlah bermaksud tol akan dihapuskan dan bukan sekadar pada masa tengah malam sahaja.

Ataupun bukanlah dengan alasan baru PH seperti menjenamakan semula "caj tol" itu kepada nama lain seperti "caj kesesakan".

PH dan media seharusnya tidak menggunakan sepatah dua kata saya dari sembang santai saya semalam sebagai cubaan untuk memesongkan fakta sebenar iaitu kegagalan PH untuk menunaikan janji manifesto dan hakikat bahawa mereka telah cuba sekali lagi untuk menipu rakyat dengan alasan baru,"
jelas Najib di Facebook siang tadi. - 26 Februari 2019.

 

Program Tukar Minyak Hitam Di Program Ceramah Pakatan Harapan Dipertikaikan.

PRK Semenyih | Selepas isu pemberian hampers dan tawaran membaiki rumah PPR, Pakatan Harapan terpalit satu lagi kes berkaitan rasuah pilihanraya.

Kali ini netizen yang dikenali dengan nama Tamil Eswaran II mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan yang memberikan minyak hitam percuma kepada anak muda.




"Dulu BN bagi minyak hitam kata dedak, sekarang apa you orang buat oii, tak malu ke? Kenapa penuh sangat orang kat ceramah tu?," soalnya di Facebook.


Rakaman video mengenai program itu disebarkan oleh Kamarudin Din Bhai pada 22 Februari 2019 di group Facebook : Himpunan Doa, Madah, Info (HDMI).


Pakatan Harapan setakat ini tidak memberikan apa-apa ulasan mengenai penyebaran video berkenaan di sosial media dan dakwaan yang tersebar bersama. - 26 Februari 2019.


6 Bulan Masa Yang Diperlukan Untuk Hapus 4 Tol Dan Digantikan Dengan Caj Kesesakan - MoF.

KENYATAAN MEDIA | Pada hari Sabtu yang lepas, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Kerajaan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih empat konsesi lebuh raya di mana syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti. Empat lebuh raya yang terbabit ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART (SMART).



Tanpa mengambil kira kumpulan PLUS, keempat-empat lebuh raya ini menguasai 48% daripada jumlah pendapatan lebuh raya-lebuh raya bertol di bandar. Ini meliputi sebahagian besar daripada lebuh raya dalam bandar dan menunjukkan kesungguhan dan komitmen Kerajaan dalam langkah pertama memenuhi manifesto pilihanraya kami.


Apabila pengambilalihan konsesi empat lebuh raya ini dimuktamadkan, Kerajaan akan menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada dan menggantikannya dengan model baharu “caj kesesakan”. 


Caj kesesakan adalah caj boleh ubah yang bergantung kepada masa penggunaan. Ini akan menggalakkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka pada waktu luar puncak dan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak. 

Dengan dasar baharu ini, pengguna lebuh raya pada waktu puncak juga akan menikmati pengurangan kesesakan lalu lintas berbanding dengan situasi semasa.

Unjuran awal menganggarkan bahawa pengguna empat lebuh raya ini akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun dengan peralihan daripada kutipan tol kepada caj kesesakan. Penjimatan ini bermakna pendapatan boleh guna isi rumah rakyat Malaysia akan bertambah dengan jumlah yang sama.


Kutipan caj kesesakan adalah mencukupi untuk membiayai bayaran balik pinjaman kos pengambilalihan dan juga segala kos operasi serta penyenggaraan lebuh raya tanpa memerlukan peruntukan tambahan daripada MOF.


Di samping itu, pengambilalihan lebuh raya ini pada harga yang adil dan berpatutan bagi pihak Kerajaan akan menjimatkan pembayar cukai sebanyak RM5.3 Bilion dalam bentuk pembayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi akibat pembekuan kadar tol di lebuh raya berkenaan sehingga akhir tempoh konsesi.


Cadangan pengambilalihan lebuh raya ini adalah penyelesaian “win-win-win” untuk semua pihak yang terlibat:


• Kerajaan dan pembayar cukai akan jimat RM5.3 Bilion dalam bentuk pembayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi akibat pembekuan kadar tol;


• pengguna lebuh raya akan menikmati penjimatan sehingga RM180 Juta setahun dan juga pengurangan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak; dan


• sebarang lebihan kutipan caj kesesakan akan disalurkan kepada pembangunan dan penyenggaraan sistem pengangkutan awam Malaysia.


Kerajaan menjangka bahawa usaha pengambilan empat lebuh raya bertol ini akan mengambil masa selama 6 bulan untuk memenuhi kesemua keperluan pengawalseliaan, kewangan dan undang-undang.


Sayangi Malaysiaku!


Lim Guan Eng


Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya


26 Februari 2019

Hotel Royale Chulan Milik LTAT Pula Dijual Kepada Singapura.

NAJIB RAZAK | Satu lagi aset kerajaan dijual kepada Singapura.

Kali ini, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta minggu lepas.

Harga jualan hotel 4 bintang 400 bilik di atas tanah hakmilik bebas terletak di kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur ini dikatakan pada harga yang bukan begitu baik dan hanya pada harga rizab sahaja.


Ada hotel-hotel lain yang terletak di jalan yang sama yang pernah dijual pada harga dua kali ganda lebih tinggi beberapa tahun yang lepas ini.

Dilaporkan juga bahawa Boustead terpaksa menjual hotel ini kerana LTAT perlukan wang.

Oleh itu, harga jualan mungkin telah terjejas.

Mengapakah LTAT tiba-tiba terdesak untuk memerlukan wang?

Kerajaan PH telah meneruskan agenda mereka untuk jual aset negara yang dikumpul pada masa kerajaan BN.

IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun pada bulan November lalu dengan harga RM8.42 bilion.

Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dua minggu dahulu dengan harga RM1.65 bilion.

Minggu lepas juga, lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran. - 26 Februari 2019.

Ceramah BN Diserang Penyokong PH. (Video Inside).

PRK SEMENYIH| Ceramah MCA didakwa telah diserang oleh sekumpulan penyokong Pakatan Harapan. Rakaman video mengenai kejadian itu mulai tular malam tadi.


Kejadian dikatakan berlaku di medan selera, Semenyih ketika Tee Seng Sein sedang menyampaikan ceramah.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong dalam satu kenyataan.

"Malam tadi saya difahamkan penceramah MCA cuba diserang oleh penyokong Pakatan Harapan semasa berceramah di sekitar medan selera di Semenyih.

Penyokong PH dikatakan tidak berpuas hati dengan penceramah MCA yang hanya mencabar Setiausaha Antarabangsa DAP merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Mereka menghampiri tempat ceramah BN ketika penceramah MCA Tee Seng Sein sedang berucap.

Amboi... Mentang-mentanglah sudah berkuasa, sudah mahu tunjuk samseng?

Sebelum dapat kuasa, bukan main lagi perjuangkan kebebasan bersuara kononnya.

Bila kena cabar sikit sudah panas telinga. Bukan cabar bergaduh pun! Bukan lempar fitnah pun! Hanya cabar beri penjelasan mengenai janji manifesto PH saja.

Salah ke rakyat tuntut janji?

Malaysia Barulah sangat!
 

Terima kasih kepada pihak PDRM yang berjaya mengawal keadaan," katanya.

Polis yang turut berada di lokasi kejadian berjaya mengawal keadaan.

Berdasarkan rakaman yang tersebar dan analisis awal sememangnya penyokong Pakatan Harapan dilihat memulakan serangan dan menganggu kelancaran program ceramah BN itu. - 26 Februari 2019


KPM Nafi Ada Kaitan Dengan Beribu-Beribu Pengawal Keselamatan Hilang Kerja.

LAPORAN | Utusan melaporkan 12,000 pengawal keselamatan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia akan kehilangan pekerjaan disebabkan terma kontrak dua syif ditukarkan menjadi tiga syif.

Memetik laporan Utusan, Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Datuk Seri Mustapa Ali mendakwa, terma kontrak baru telah menyebabkan 12,000 pengawal keselamatan sekolah ditamatkan perkhidmatan selain tidak disambung kontrak oleh Kementerian Pendidikan.

“Dalam format dua syif yang terbahagi kepada petang dan malam, empat pengawal akan bertugas setiap hari tetapi format tiga syif terbahagi kepada pagi, petang serta malam, hanya tiga pengawal keselamatan bertugas setiap hari.

“Kita menggaji kira-kira 40,000 pengawal keselamatan untuk mengawal 12,000 sekolah di seluruh negara. Pelaksanaan format tiga syif ini sudah tentu memberi kesan kepada kami,”
katanya dalam kenyataan itu.



KPM dalam dua kenyataan berbeza sebelum ini pernah memaklumkan kementerian itu tidak terlibat dalam pemberhentian kakitangan di sektor pembersihan dan kawalan keselamatan sekolah.


Ini kerana bahagian pembersihan dan kawalan keselamatan dianugerahkan kontrak secara tender kepada syarikat-syarikat terpilih mengikut peraturan sedia ada.

"Berhubung isu pembuangan atau pengurangan pekerja-pekerja kebersihan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjelaskan bahawa KPM tidak terlibat denhan penamatan ataupun pengambilan mana-mana pekerja kebersihan. Ia dibuat sepenuhnya oleh syarikat yang mendapat kontrak," katanya dalam kenyataan yang bertajuk PEKERJA-PEKERJA KEBERSIHAN SEKOLAH ADALAH DIPILIH DAN DILANTIK OLEH SYARIKAT YANG MENDAPAT KONTRAK KEBERSIHAN, BUKAN DIBUAT OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Manakala dalam kenyataan yang bertarikh 30 Januari 2019, KPM mengeluarkan kenyataan bertajuk, "KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TIDAK TERLIBAT DALAM SOAL PENGAMBILAN DAN PENAMATAN PEKERJA-PEKERJA KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SEKOLAH," bagi menjelaskan pemberhentikan kakitangan kebersihan dan kawalan keselamatan di sekolah seluruh Malaysia tiada kaitan dengan kementerian itu.


Sementara itu di sosial media, netizens menyalahkan kerajaan kerana dianggap bertanggungjawab atas perkara itu.

Berikut adalah antara respon netizens di sosial media;










Jika 12,000 pengawal keselamatan diberhentikan kerja, ia akan memberikan mesej tidak baik kepada kerajaan sedia ada.

Mungkin perbincangan boleh dilakukan bagi mendapatkan situasi menang-menang kepada semua pihak yang terlibat. - 26 Februari 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...