Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Julai 2018

Akaun Bank Anak Najib, Penghidap Kanser Tulang Tahap 4 Dibekukan SPRM, Tiada Duit Nak Rawat Penyakit, Dakwa Pro BN.

Seorang blogger UMNO yang menggunakan nama pena Rezqeen Hill mendakwa SPRM turut membekukan akaun anak perempuan Najib bersama bekas isteri pertamanya, yang dikenali sebagai Puteri Noorlisa Binti Najib.


Menurut blogger itu tindakan pihak SPRM membekukan akaun anak perempuan Najib menyebabkan Puteri Noorlisa menghadapi kesukaran untuk membiayai kos perubatannya kerana dikatakan menghidap kanser tulang tahap 4.

"Adakah ini dinamakan keadilan?

Satu laman portal di dalam talian melaporkan akaun seorang pesakit kanser tahap 4, Puteri Noorlisa Binti Najib yang juga puteri sulong mantan perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak turut dibekukan oleh pihak Kerajaan.
Jika semalam Datuk Azam Baki memberikan kenyataan bahwa akaun cucu Najib tidak dibekukan, ( yang akhirnya terbukti dibekukan seperti laporan kami sebelum ini) maka adakah SPRM juga akan menafikan pembekuan akaun bank Puteri Noolisa hari ini?

Kita tuntut penjelasan SPRM dan Kerajaan akan kewajaran pembekuan akaun ini,"
tulis blogger itu pada jumaat.




Blogger itu turut berkongsikan satu gambar tangkaplayar yang memetik komen Firda Ayu mengenai perkara yang menimpa Puteri Noorlisa.


"Akaun anak sulung Najib, Puteri Noorlisa Binti Najib dari perkahwinan pertama yang sedang bertarung nyawa kanser tahap 6 pun deme (mereka) bekukan. Orang nak pakai duit untuk berubat. Zalim haramjadah sungguh. Akan celakalah kehidupan deme deme yang terlibat dan para pengikutnya serta keturunan keturunan deme sekali," katanya dalam kenyataan itu.

SPRM masih belum memberikan apa-apa respon berhubung dakwaan itu setakat ini. - 7 Julai 2018.

Dr. Mujahid Sokong LGBT? Ini Jawapan RORA Untuk Penyokong PAS.

Oleh : Ustaz Rozaimi Ramle

[Isu LGBT: Antara Fakta dan Emosi]

 
Ramai yang memberikan respon berkaitan isu LGBT daripada Menteri Agama Dato Dr Mujahid. Ada yang mengamuk sakan sehingga bertanya apa perlu mahkamah syariah jika ia dosa peribadi? Saya mencari kenyataan media berhubung isu LGBT yang dinukilkan daripada YB Menteri. Apa yang dapat saya simpulkan ialah :



1. Menteri menegaskan perbuatan itu haram.

2. Tindakan undang-undang akan diambil jika perlakuan tersebut dilakukan terang-terangan.



Bagi yang mengamuk sakan ini, saya cuba fahami asas amukan mereka. Hanya ada beberapa kemungkinan mereka mengamuk :

1. Bila menteri kata LGBT haram. Tapi kemungkinan ini jauh kerana mereka memang anggap LGBT itu haram.

2. Bila menteri kata bila ia dilakukan secara tersembunyi maka ia adalah dosa dia dengan Allah. Inilah kemungkinan yang paling besar yang menjadi sebab mereka mengamuk.

3. YB Menteri mahu dialog dengan golongan LGBT. Mereka merasakan langkah ini lembut dan tidak sesuai atau tidak cukup.

Saya kira kalau saya ini level pentaksub YB Menteri Agama ini saya boleh saja beri alasan:

"Masya Allah, mantiq YB Menteri sangat tinggi. Orang awam tidak faham. Ia juga uslubul hakim. Hanya orang yang mengaji lama dengan beliau saja faham".

Namun saya bukanlah pentaksub beliau. Maka saya cuba fahami maksud beliau. Berikut ulasan saya:

1. YB Menteri jelas menyatakan perbuatan ini haram. Ini melegakan saya.

2. YB Menteri mahu berdialog dengan golongan LGBT adalah salah 1 usaha dakwah untuk menyampaikan kebenaran. Bahkan Malaysiakini juga pernah melaporkan bahawa sebahagian pimpinan PAS juga mahu menggunakan metod mendekati golongan ini.





3. YB Menteri tidak mengubah status quo dalam isu ini. Selama ini, begitulah perlaksanaan undang-undang yang ada di negara kita tetapi kenapa mereka tidak mengecam sebelum ini? Bahkan sebahagian mereka teriak mahu bertaawun.

4. Perihal kenyataan YB Menteri yang menyebut:

"Perbuatan LGBT haram. Kalau buat sembunyi-sembunyi pun tetap haram tetapi itu antara dia dan Allah. Allah akan membalas di atas perbuatan mereka. Tetapi kalau mereka secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan".

Saya kira kenyataan Menteri ini jelas maknanya. Maksiat yang tersembunyi sememangnya kita tidak boleh ambil tindakan. Bagaimana mahu ambil tindakan sedangkan ia disembunyikan? Kita dilarang untuk melakukan tajassus (mencari-cari salah) orang. Umar bin al-Khattab tidak menceroboh rumah seorang pemuda yang minum arak di rumahnya secara tersembunyi.

Tersembunyi ini bermaksud kita tidak tahu kesalahan ini dilakukan. Pelakunya menyorokkan perlakuan ini daripada pengetahuan pihak berkuasa. Maka ia adalah dosa peribadi pelakunya.

Adakah mereka yang mengecam YB Menteri ini mahu mengatakan walaupun dosa itu tersembunyi maka kita semua berkongsi dosa walaupun kita tidak terlibat sama sekali?

Kecuali jika mereka "secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan" seperti kata YB Menteri. Maka tindakan boleh diambil jika ada aduan, dibuat secara terang-terangan atau ada promosi kepada perlakuan tersebut.

Justeru, saya tidak nampak apa yang menjadi isu besar dengan kenyataan YB Menteri. Mungkin kerana mereka yang mengecam ini salah faham maksud YB Menteri atau hanya baca tajuk di media sosial semata maka mereka lupa seruan tabayyun kerana YB Menteri bukan ahli parti mereka. Saya nasihatkan janganlah seruan tabayyun hanya untuk puak sendiri dan tibayyun untuk musuh politik. Tabayyunlah pada kawan dan lawan.

PKR Cipta Sejarah, Pemilihan Parti Kini Secara e-voting.

Oleh : Bernama

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan pertama kali pengundian dibuat secara dalam talian menerusi e-voting bagi melancarkan dan mempercepatkan proses mengundi membabitkan lebih 800,000 anggota parti itu di seluruh negara.




Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak parti sedang menjalankan ujian terhadap sistem e-voting itu bagi mengenal pasti sebarang masalah yang ada supaya dapat dikemas kini sebelum berlangsung pemilihan pada Ogos hingga September ini.

"Pada dua pemilihan parti sebelum ini PKR menggunakan kertas bagi proses mengundi, kali ini online. Anggota parti hanya perlu hadir di pusat pengundian dan tunjukkan kad pengenalan bagi mengesahkan keahlian sebelum terus ke gajet yang kami sediakan untuk mengundi serta klik calon yang mereka pilih," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Bayan Baru, dekat George Town hari ini.

Beliau berkata menerusi sistem e-voting itu juga proses pengiraan undi akan dilakukan secara automatik dalam sistem dan keputusan penuh akan diumumkan oleh jawatankuasa pemilihan PKR selepas proses mengundi selesai.

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata parti merancang menjalankan proses pengundian mengikut zon dan persiapan rapi sedang dijalankan supaya ia berjalan lancar kerana PKR satu-satunya parti yang memberi hak kepada setiap anggotanya memilih pemimpin parti.

"PKR menerima lebih 300,000 anggota baharu mendaftar menyertai parti itu sejak 9 Mei hingga 26 Jun lepas dan sekarang ini kami mempunyai lebih 800,000 anggota parti, semua mereka akan mengundi pada pemilihan kali ini," katanya.

Sementara itu, Saifuddin Nasution menafikan penetapan kadar yuran sehingga mencecah puluhan ribu ringgit yang dikenakan ke atas calon yang mahu bertanding pada pemilihan parti kali ini seperti yang tular di media sosial.

Katanya memang terdapat cadangan yuran dikenakan kepada calon bertanding dan ia telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan PKR kerana duit itu akan digunakan untuk membiayai serta menampung kos pemilihan PKR kali ini.




"Yuran itu untuk membiayai kos pemilihan parti kerana kami tiada sesiapa yang menaja serta perlu mencari sumber kewangan sendiri tetapi mereka yang mahu bertanding tidak perlu bimbang kerana jumlah (yuran) yang akan dikenakan adalah rendah dan mampu untuk calon bayar.

"Yang ditularkan itu bukanlah jumlah yang PKR telah tetapkan, ia dicadangkan serta masih di peringkat rundingan dan saya beri jaminan yuran dikenakan munasabah… kami akan keluarkan pekeliling (yuran dikenakan) dalam masa terdekat,"
katanya.'

Baru-baru ini, tersebar di media sosial berhubung peraturan pemilihan PKR yang menetapkan syarat kepada anggota yang ingin bertanding untuk membayar yuran mengikut kadar tertentu. - 7 Julai 2018.

Timbalan Menteri Mahu Jumpa Sajat, Safiey Illias Untuk Bantu Kembali Kepada Fitrah..

Oleh : Bernama

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh bersedia menemui dua usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan menghadapi konflik identiti diri bagi membantu mereka kembali kepada fitrah.




Fuziah yang mempunyai latar belakang dalam bidang kauseling berkata konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.

"Saya tidak mengatakan apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah yang perlu diambil ... bukan dengan cara menghukum," katanya semasa ditemui Bernama pada Jamuan Aidilfitri Maahad Tahfiz Negeri Pahang semalam.




Nur Sajat dan Safiey Ilias yang merupakan usahawan terkenal dipercayai menghadapi konflik identiti diri dan saling menyindir antara satu sama lain di laman sosial masing-masing.

Fuziah menambah pengalamannya sendiri pernah menyaksikan golongan lelaki yang menyerupai wanita kembali kepada fitrah apabila didekati secara berhemah.

Gambar Najib, Rosmah Jumpa 'Bomoh' Didakwa Fake Tapi Pro PH Tunjuk Bukti Sebaliknya..

Sejak rabu tular satu gambar yang memaparkan Najib dan Rosmah sedang duduk bersama sekumpulan pihak yang dipercayai pengamal perubatan tradisional.

Beberapa lelaki yang memakai songkok dan berbaju melayu itu kemudiannya didefinasikan sebagai bomoh dikalangan netizens bagi mengkritik dan mencerca bekas Perdana Menteri itu di laman sosial.

Ahza Adhwa bagaimanapun tampil menjelaskan di laman sosial bahawanya gambar yang tersebar itu sebenarnya telah diedit dan bukannya gambar sebenar.

Berikut adalah penjelasan beliau;

"Saya merujuk kepada satu dakwaan gambar Najib Razak jumpa bomoh oleh page Suara Rakyat https://bit.ly/2KKtb6d. Senang aja nak kesan gambar itu edit atau tidak. Paling mudah pergi foto forensics (http://fotoforensics.com/), tak payah download apa-apa.

Kita guna teknik Error Level Analysis (ELA). Lihat sekeliling gambar dan kenal pasti bahagian tepi kontras, pinggiran, permukaan, dan tekstur yang berbeza. Bandingkan setiap kawasan dengan ELA. ELA sepatutnya seragam dan tidak cacat.

Rujuk lampiran 1. Dalam kes Mantan Perdana Menteri difitnah ini, kita boleh lihat bahawa gambar Najib Razak & Rosmah di'crop' dan diletakkan dalam satu gambar yang lain. ELA gambar asal adalah gelap dikelilingi oleh pinggiran yang terang. Manakala ELA gambar yang yang dicrop mempunyai ELA yang terang dan tiada pinggiran (border) yang jelas.





Jika kita melihat lampiran 3 dan 4, saya menggunakan gambar Najib Razak ketika dibawa oleh pihak berkuasa tadi. Warnanya sekata, dan tiada 'kecacatan'. Jika orang-orang dibelakang Najib itu gelap, maka gelap semuanya, tidak tiba-tiba cerah. Dan orang yang berada di hadapan kamera semuanya mempunyai pinggiran yang jelas. Kepala DS Najib memang betul-betul kepala beliau, tie itu memang tali leher beliau. Pendek kata, jika dibandingkan dengan gambar pertama lampiran kedua, jauh beza lah.






Saya dapati bahawa gambar ini diambil daripada Twitter RustyBlade, sebelum di re-tweet oleh Dr. Fathul Bari, kemudian dimuat naik oleh Page Suara Rakyat. Saya juga memohon bahawa Dr. Fathul Bari dan page Suara Rakyat mengamalkan prinsip yang jelas dalam agama iaitu bersifat adil. Sekiranya ada agama, sekiranya tiada tak mengapa.



Disunting (5 Julai) : Dr. Fathul Bari menafikan bahawa beliau turut terlibat dengan dakwaan ini. Sebaliknya, beliau hanya membalas soalan yang diajukan oleh pengguna Twitter Rusty Blade sebelum dimanipulasi oleh page Suara Rakyat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Pemilik halaman Suara Rakyat bagaimanapun tampil menafikan tuduhan yang terkait ke atas mereka malahan menunjukkan bukti bagi mempertahankan tindakan menyebarkan gambar tersebut.



"Setelah kami buat semakan, situasi dalam foto itu memang berlaku di ruang solat rumah Najib di Taman Duta dan kami sudah menjumpai buktinya yang mana ia berlaku di rumah Najib sendiri.

Sekian..,"
jelas pentadbir halaman Suara Rakyat dalam satu kenyataan bagi membalas respon pengikut di ruangan komen.

Apabila ditunjukkan penjelasan oleh Ahza Adhwa ini jawapan mereka,"Sekurang-kurangnya jika si tuan badan mana-mana yang ada di dalam gambar itu boleh beri komen di sini menceritakan keadaan sebenar. Itu yg kami mahukan...," kata pentadbir halaman Suara Rakyat lagi. - 7 Julai 2018.

Ustaz Idris Dan Ustaz Dusuki Yang Tak Faham Maksud Dr. Mujahid Mengenai LGBT Kata Penyokong PH..

Oleh : Ahmad Muslim Badawi 
 
Mula mula aku malas nak layan komen penyokong dan pedokong PAS tentang respon Dr Mujahid terhadap LGBT, Penyokong PAS mana pernah depa puas hati dengan pemimpn Amanah, melainkan hanya puas hati terhadap Arul Kanda dan kes 1MDB.. bagi aku takda apa yang salahnya komen Dr Mujahid....

Tapi bila pagi ni, membaca sebaran respon Ostad Deris dan Ostad Dusuki penjaga alam kubur alam Melayu. Apakah mereka ini mereka sedang melakukan fitnah atau tidak bertabayyun? Tak sepatutnya bagi pimpinan, apa lagi agamawan tidak faham maksud Dr Mujahid. Respon Dr Mujahid itu menepati kehendak Syariah.

Disiplin perlaksanaan Syariat Islam membezakan maksiat peribadi, dosa yang dibuat secara tersembunyi dan terang terangan. Malah dari sudut Undang undang, segala kesalahan dan hukuman telah jelas ada dalam enakmen Jenayah Syariah sejak sekian lama, ia soal penguatkuasaan.

Jadi benarlah kata Dr Mujahid, mereka dikenakan tindakan jika ianya dilakukan secara terang terangan dan terbuka, manakala jika ia dilakukan secara tersembunyi, ia tetap berdosa, itu antara mereka dan Allah..sama la kesnya tentang komen Exco dan Ulama Terengganu tentang isu "Berbikini".. Tidak ada salahnya komen Dr Mujahid.

Bagaimana agamawan seperti Deris dan Dusuki tidak mampu memahaminya ? Apalagi Ostad Deris menyamakan dosa mencuri, dosa rasuah dengan dosa peribadi seperti zina dan meminum arak.. ada beza dosa peribadi dengan dosa yang melibatkan sifat zalim, dan melibatkan kepentingan dan maslahat awam sepertti kes mencuri dan rasuah...

Maksiat yang tersembunyi tidak boleh dintai intai dan dicari kesalahannya. Allah melarang Tajassus.. sebelum ini aku pernah menegur tindakan peguatkuasa agama mengetuk ketuk pintu hotel dan mengintai intai Maksiat yang tersembunyi.. ia sebenarnya tidak menepati kehendak Islam..

Apakah Ustaz Deris dan Dusuki tidak pernah membaca Riwayat dan Sejarah pemerintahan Khalifah Umar? Pernahkah mereka membaca riwayat Rabiah Bin Umayyah Bin Khalaf dan Abu Mihjan Ats Tsaqafi. Ini bukan riwayat palsu. Ini Riwayat Abdul Rahman Bin Auf..

Pernah suatu Ketika Khalifah Umar melakukan rondaan diwaktu malam di Kota Madinah, ia terlihat cahaya unggun Api... bila terdengar bunyi bising, lalu Khalifah Umar mendekati disatu pintu disebuah rumah.. Telah berkata Khalifa Umar..

هَذَا بَيت رَبِيعَة بنُ أُمَيَّة بنُ خَلَف وَهُم الآَن شَرَب فَمَا تَرَى..
“Ini rumah Rabiah Bin Umayyah Bin Khalaf, mereka sekarang minum arak, apa pandangan kamu ?..

Telah menjawab Abdul Rahman..

أَرَى أَنَّا قَدْ أَتَينَا مَا نَهَى اللهُ عَنهُ وَلَا تَجَسَّسُوا وَقَد تَجَسَّسْنَا،..
Aku berpandangan sebenarnya kita telah melakukan apa yang Allah larang tentangnya, iaitu jangan mengintip sedangkan kita mengintip..

Selepas mendengar pandangan Abdul Rahman, Umar berpaling dan meninggalkan mereka. Selain kisah Rabiah Bin Umayyah Bin Khalaf, dalam satu riwayat lagi melibatkan kisah Abu Mihjan Ats Tsaqafi, Keberanian dan kepahlawanannya di medan tempur diceritakan dalam sesetengah riwayat melibatkan perang Qadisiyah. Abu Mihjan antara sahabat yang sering mengulangi dosanya meminum Khamar..

Apakah tindakan Khalifah Umar meninggalkan mereka meminum arak sebagai membenarkan dosa mereka? Tidak sama sekali.. ia menceritakan kepada kita larangan untuk Tajassus, mengintai intai dosa peribadi, apa lagi ia berlaku ditempat yang tersembunyi. Apakah tidak ada sifat amal ma'ruf nahyi munkar dilakukan Khalifah Umar?

Begitu juga bila ia berlaku dalam kes Zina di zaman Nabi, banyak riwayat menceritakan tentang larangan mengintai keatas dosa peribadi.. itu sebabnya, kebanyakan kes Hudud, had yang berlaku dizaman nabi adalah melalui Taqrir (iqrar,pengakuan dari penzina itu sendiri) bukan kesalahan mereka diintai dan dicari cari Nabi dan Sahabat, bukankah berlaku juga dialog antara Nabi dan penzina itu?

Oleh kerana Ostad Deris memetik pandangan Imam Al Ghazalie dari kitab Ihya' Ulumuddin, Aku memetik dari Ulama dan kitab yang sama.. Dalam membicarakan tentang Hisbah, melibatkan Amar Makruf nahyi Mungkar.. antara rukun dalam perlaksanaannya.. Berkata Hujjatul Islam,Imam Ghazalie..

" Hendaklah kemungkaran tersebut terlihat zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya "

Lalu diungkapkan hadis tentang Rabiah Bin Umayyah Bin Khalaf.. Islam melarang kita Tajassus(.وَلاَ تَحَسَّسُوا).. Mengintai.. menyebarkan aib sesama muslim.. Kata Sheikh Saa'di .“janganlah kamu meneliti aurat ( aib ) kaum muslimin dan janganlah kamu menyelidikinya.”..

Sebagai contoh bersembang lucah di dalam FB mesengger dan Whatsapp yang dikaitkan dengan Ulama' dan menonton PPV adalah contoh dosa dosa peribadi, ia dilakukan secara tersembunyi..

Entah kenapa begitu Marah ostad Deris kepada pandangan Dr Mujahid? Apakah rasa bengkak dan iri hati melihat Dr Mujahid dilantik Menteri di Jabatan Perdana menteri yang menjaga hal ehwal Islam? Sebagaimana impian mereka untuk dilantik menteri melalui teori King Maker yang tidak diizinkan Allah.. atau Ostad Deris dengki kan keupayaan ramai rakyat memuji Dr Mujahid boleh berbahasa arab.. sebab ramai yang bagi tahu, Ostad Deris tak boleh cakap arab.. :)

Pengacara TV3 Yang Dibenci Netizens Kini Setiausaha Akhbar Menteri PH..

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.

Izwan Azir Saleh, pembaca berita di Buletin Utama, TV3 yang dibenci oleh rata-rata penyokong Pakatan Harapan dilaporkan akan berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking.



Baru-baru ini pengacara berkenaan dilaporkan telah meletakkan semua jawatan di Media Prima kerana bakal berkhidmat di tempat baru.

Izwan Azir Saleh, 38, dilaporkan meletak jawatan pada 29 Jun lalu dan beliau menyampaikan berita kali terakhir pada 2 Julai lalu di Buletin Utama.

Izwan yang juga Penolong Pengarang TV3, menyertai stesen penyiaran itu pada tahun 2002.

Izwan mula menyampai berita ketika masih menjadi siswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan terus menyertai stesen penyiaran itu sebagai wartawan penyiaran selepas menamatkan pengajian dalam Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan.

Selain menyampai berita, Izwan turut menjadi pengacara dalam Malaysia Hari Ini (MHI) dan menjadi hos dalam program Soal Jawab serta program khas Pilihan Raya Umum Ke-14, Mandat Malaysia.
 

Setelah berkhidmat selama 16 tahun di agensi TV3, beliau mengambil keputusan meletak jawatan dan menerima tawaran sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Ignatius Darell Leiking, lapor kenyataan itu.

Izwan mula menjadi sasaran kebencian netizens pro Pakatan Harapan berikutan ketika beliau menjalankan tugas membuat laporan mengenai demo bersih 3 suatu masa dahulu. Izwan dibayangkan telah menyebarkan fitnah ketika menyampaikan maklumat mengenai demo itu kepada orang awam menerusi slot Buletin Utama di TV3.

Selain itu, Izwan juga sering dimakihamun, disumpahseranah dan menjadi sasaran kebencian penyokong Pakatan Harapan di sosial media kerana dibayangkan selalu membaca berita yang memburukkan imej pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan). - 7 Julai 2018.

Penjelasan Jurugambar Mengenai Gambar Rasmi Menteri Besar Perak.

Tersebar di laman sosial mengenai gambar rasmi Menteri Besar Perak, Tuan Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu yang dikatakan lucu.

"Admin dapat ni dari PM. Tak tahulah betul atau troll. Kalau betul, janganlah begitu, ini bukan foto untuk gantung di rumah. Ini untuk gantung di pejabat kerajaan dan sekolah-sekolah. Nanti budak-budak hari-hari ketawa je kerjanya," kata kenyataan yang tular itu.


Foto lucu itu bagaimanapun disahkan tidak benar dan rupa-rupanya adalah fitnah kerana ianya telah disunting atau diedit dari foto asal. 


Dan berikut adalah penjelasan dari jurufoto yang bertugas mengambil gambar menteri-menteri dan barisan kepimpinan baru kerajaan;
 
"Salam Tuan,

Saya adalah Jurufoto di bawah Jabatan Penerangan Malaysia yang telah ditugaskan mengambil gambar Potret Menteri Besar Perak YB Tuan Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu.

Untuk pengetahuan tuan Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia telah ditugaskan untuk mengabadikan Potret Rasmi Menteri-Menteri Besar & Exco-Exco Kerajaan Negeri di seluruh negara.

Untuk makluman tuan, Gambar Potret yang telah diviralkan adalah telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab iaitu bukan daripada pihak Jabatan Penerangan Malaysia.

Justeru itu, untuk pencerahan di sini saya ingin memaklumkan bahawa Potret Rasmi Asal yang telah diambil oleh saya sendiri selaku Jurufoto Jabatan Penerangan adalah seperti di dalam gambar tersebut (Baju Merah).

Semoga dengan pencerahan ini, isu ini tidak diviralkan & dipanjangkan lagi.

Sekian, terima kasih.

Fandy Azlan
Jurufotografi
Jabatan Penerangan Malaysia,"
katanya dalam penjelasan itu.

Sempat Lagi Berhibur Di Taiwan, Kenapa Tak Bantu Bapa Sendiri Jika Betul Najib Menderita Sangat?

Oleh : Shahbudin Husin

Di Malaysia, ada yang sanggup mewujudkan tabung kutipan untuk membantu si bapa yang kononnya derita, sengsara dan tidak berupaya.



Malah, sampai ada yang sedia yang mengorbankan barang kemas pusaka kesayangan untuk turut membantu sama.

Tetapi, sang anak rupa-rupanya sempat lagi berhibur sakan di Taiwan sana.




Kenapa tidak sang anak saja membantu si bapa?

Adakah berhibur dan bergembira di luar negara lebih penting daripada membantu bapa sendiri?




Sebelum itu, sang anak juga sempat berkata, ayahnya sanggup derita jika itu dapat membahagiakan rakyat Malaysia.




Sekarang, dengan kelakuan si anak ini, siapa yang lebih membuatkan bapanya derita?

Isu Lantikan Gay Jadi Pegawai Khas, Syed Saddiq Dikantoikan Netizens.

Semalam pro UMNO mendedahkan beberapa gambar tangkaplayar yang menunjukkan Menteri Belia Dan Sukan yang baru, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah melantik beberapa pegawai baru di Pejabat Menteri.

Perkara itu menjadi kontroversi berikutan pro UMNO mempersoalkan lantikan pegawai yang terpalit imej LGBT.


Pegawai yang dipersoalkan oleh kumpulan itu ialah Numan Afifi, yang pernah menjadi kontroversi dan diserang hebat netizens muslims berikutan mengakui secara terbuka ialah seorang gay dan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama komuniti LGBT.


Syed Saddiq dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebooknya menafikan beliau telah melantik pegawai baru di Pejabat Menteri sebaliknya masih dalam proses 'mencari' dan saring.


"Sehingga kini, tiada satu pun pegawai yang telah dilantik di Pejabat Menteri Belia dan Sukan secara rasmi.

Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Pegawai Tugas-Tugas Khas juga belum ada.

Saya masih lagi dalam proses menemu duga pegawai untuk berkhidmat di Pejabat Menteri Belia dan Sukan. Saya tidak ingin tergesa-gesa dalam perlantikan jawatan kerana saya sedar mengetuai KBS adalah satu tanggungjawab yang besar,"
katanya dalam kenyataan itu.


Beberapa netizens yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Syed Saddiq kemudiannya menyebarkan dua bukti gambar tangkaplayar yang dakwa mereka berjaya mengantoikan penipuan menteri itu.

"Siri tak Kenal Rakan.

2 kali dalam seminggu dah bro Syed Saddiq buek statement tak mengaku member.

Mula mula Amat, Hari ini Numan pulak.

Walhal member dah siap baco doa lam opis kawan ea.

Yang sorang laei siap update fb bai dio dapat kojo baru. Ini dah malu sampai kono delete twitter dengan fb ea. Kesian kawan..

Kalau den jadi kawan-kawan dio la, den dah dobar dah ni takut member menteri den tak mengaku member kang..

😂😂,"
kata seorang netizen yang dikenali sebagai Khairul Azri di Facebook.





Bagi mempertahankan dakwaan yang Syed Saddiq sebenarnya telah melantik beberapa pegawai baru yang juga rakan-rakannya di Pejabat Menteri, Khairul Azri turut menyediakan bukti video untuk menguatkan hujahnya. 

Tinjauan pihak kami di laman sosial seperti Facebook dan Twitter mendapati Numan Afifi masih boleh diakses menerusi Facebooknya tetapi di Twitter, Numan Afifi telah bertindak menutup akaunnya. 

Ini dipercayai berikutan tindakan netizens yang tak berhenti-henti 'tag' namanya di Twitter sejak tersebarnya dakwaan itu. - 7 Julai 2018.

Berikut adalah video yang disediakan oleh Khairul Azri;


Pengerusi MAVCOM Bakal Meletakkan Jawatan.

Oleh : Bernama

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) Tan Sri Jen (B) Abdullah Ahmad akan meletak jawatan, kata sumber.

"Saya tidak boleh menyatakan apa-apa pada masa ini. Tetapi saya boleh memberitahu anda bahawa dia akan meletakkan jawatan," kata sumber yang enggan dikenali itu kepada Bernama.

 
Menurutnya, kenyataan mengenai peletakan jawatan itu akan dikeluarkan kemudian.

MAVCOM menarik perhatian baru-baru ini berikutan gesaan beberapa syarikat penerbangan tempatan, iaitu AirAsia, Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd dan Suasa Airlines Sdn Bhd agar ia dimansuhkan.

Menurut syarikat terbabit, suruhanjaya berkenaan tidak faham bagaimana industri penerbangan berfungsi.

Tindakan MAVCOM menaikkan kadar caj perkhidmatan penumpang juga tidak diterima oleh pemain industri dan pelancong.

Abdullah, seorang jeneral tentera udara yang bersara, telah berkhidmat dengan MAVCOM lebih daripada dua tahun dan pentadbirannya menerima lebih daripada 3,900 aduan awam dan berjaya menyelesaikan sehingga 93 peratus daripadanya dalam masa 30 hari.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini mendedahkan bahawa gaji Abdullah pada masa ini adalah kira-kira RM85,000 sebulan, iaitu lebih empat kali ganda daripada apa yang diperoleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loke berkata, perdana menteri telah memberi arahan untuk kajian semula gaji selepas didapati gaji dan elaun bulanan Abdullah pada 2016 berjumlah RM78,300.

Menurutnya, terdapat kenaikan tiga peratus pada 2017 dan kenaikan lima peratus lagi pada 2018 yang menjadikan gaji semasa beliau RM85,000 sebulan. - 7 Julai 2018.

Wanita UMNO Derma Barang Kemas Demi Nak Bantu Najib Bayar Ikat Jamin..

Oleh : Malaysiakini

Ketua Wanita Umno Jasin Datuk Zaleha Bujang mengumumkan akan mendermakan seutas barang kemas bagi membantu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membayar yuran guamannya.

 
Melalui klip video yang dimuat naik di Facebook, Zaleha berkata dia akan serahkan gelang kesayangannya kepada tabung kutipan derma bagi membantu Datuk Seri Najib Razak.

"Pada pagi Jumaat yang mulia ini saya mahu serahkan gelang yang saya pakai, yang saya sayangi, untuk tabung Datuk Seri Najib Razak.

"Semoga Allah melindungi Najib daripada perkara-perkara yang menganiaya beliau,"
katanya diiringi sokongan rakan-rakannya.

Klip video itu diertai keterangan: "Demi parti Umno yang dikasihi...derma untuk tabung DSN (Najib)".

Semalam, sekumpulan penyokong Najib memulakan tabung untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah.

Jurucakap kumpulan itu yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii, berkata langkah tersebut diambil kerana mengambil kira keadaan bekas presiden mereka yang tidak mampu menjelaskan ikat jamin ditetapkan mahkamah.

Setakat 3.30 petang tadi, tabung berkenaan mencecah RM204,393.

Najib pada Rabu lalu didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung SRC International, sebuah syarikat subsidiari 1MDB.

Najib mengaku tidak bersalah ke atas semua tuduhan itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib untuk membayar ikat jamin RM1 juta melalui dua kali bayaran.

Najib membayar RM500,000 wang tunai pada hari itu dan peguamnya berjanji bekas perdana menteri itu akan membayar baki RM500,000 pada Isnin.

Jumaat, 6 Julai 2018

Lantik Gay Sebagai Pegawai Khas, Syed Saddiq Nafi, Nama Numan Tiada Dalam Website KBS..

Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan beliau telah melantik beberapa pegawai baru untuk berkhidmat di pejabat Menteri katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Dakwaan itu timbul susulan penyebaran satu gambar tangkaplayar yang kononnya mendakwa Syed Saddiq telah melantik bekas ahli DAP yang kontroversi, Numan Afifi kerana pernah mengakui sebagai seorang gay secara terbuka.



Numan pada tahun 2016 pernah dikecam teruk kerana menganjurkan majlis berbuka puasa bersama komuniti LGBT. Numan seterusnya menjadi sasaran serangan di alam maya kerana mengakui sebagai gay, serangan itu yang dilakukan ke atas Numan oleh warga maya berikutan beliau ialah seorang lelaki berbangsa melayu dan beragama Islam.

"Saya terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung dengan khabar khabar angin perlantikan pegawai di Pejabat Menteri Belia dan Sukan.

Sehingga kini, tiada satu pun pegawai yang telah dilantik di Pejabat Menteri Belia dan Sukan secara rasmi.

Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Pegawai Tugas-Tugas Khas juga belum ada.

Saya masih lagi dalam proses menemu duga pegawai untuk berkhidmat di Pejabat Menteri Belia dan Sukan. Saya tidak ingin tergesa-gesa dalam perlantikan jawatan kerana saya sedar mengetuai KBS adalah satu tanggungjawab yang besar.

Untuk mengangkat dan memartabatkan suara anak muda, saya perlukan #TeamYouthPower yang terbaik dalam KBS. There are hidden gems all around Malaysia sebab itu saya mengambil pendirian untuk menerima CV dari sesiapa pun melalui info@syedsaddiq.my,"
katanya dalam satu penjelasan.


Tidak dapat dipastikan samada gambar tangkaplayar yang disebarkan oleh sekumpulan pro BN di laman sosial itu adalah benar ataupun sebaliknya tetapi berdasarkan semakan terkini mendapati nama Numan, Luqman dan Hafriz tiada di dalam direktori KBS.

Rekod kami mendapati hanya tertera dua nama yang berkhidmat di Pejabat Menteri iaitu nama Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan dan nama Mohammed Amshar. - 6 Julai 2018.

Najwa Najib Bengang Akaun Anak Dibeku, SPRM Nafi, Lokman Nor Adam Tunjuk Bukti.

Nornajwa Najib semalam meluahkan kemarahan berikutan akaun bank anaknya yang hanya mempunyai wang rm100 dibekukan oleh SPRM.


"Sebaik sahaja saya membayar wang ikat jamin bapa semalam, dengan hasil yang diperolehi dari wang yang dikumpulkan menerusi rakan-taulan dan saudara-mara, wakil bank menghubungi saya dan berkata mereka telah diarahkan untuk membekukan akaun bank peribadi ini termasuklah yang saya gunakan untuk bayar yuran persekolahan sendiri malahan akaun anak saya yang baru berusia 10 bulan dimana didalamnya hanya terdapat wang kira-kira rm100 juga turut dibekukan!

Adakah kerajaan begitu nekad mahu menghapuskan kami sekeluarga? Apa kaitan duit raya anak saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia Baru yang diperjuangkan rakyat?," soal Najwa di dalam post itu.

Semalam, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan Najib dibenarkan pulang selepas anggota keluarganya berjaya membayar separuh daripada jumlah itu. 

Selepas kenyataan Najwa itu dilaporkan secara berleluasa dan mendapat simpati orang ramai, SPRM menerusi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menafikan pihaknya membekukan akaun cucu Datuk Seri Najib Razak.

“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan”, katanya seperti dipetik oleh portal Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun Lokman Nor Adam yang juga barisan kepimpinan baru UMNO hari ini menyelar kenyataan SPRM dengan menunjukkan bukti bahawanya akaun bank milik cucu Najib sebenarnya memang dibekukan SPRM.

"SPRM Nak Nafi? Memanglah akaun atas nama ibu sebab Adam masih bayi, tapi tak faham ke erti Junior Saver (Adam), 7069275734 CIMB. Ada ke mak orANg pakai junior acc?," soal pemimpin UMNO itu di akaun Instagramnya pagi tadi.  


Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Lokman Nor Adam, terdapat tiga akaun atas nama Najwa Najib yang dibekukan atas arahan pihak berkuasa.

Di laman sosial, tinjauan mendapati penyokong Pakatan Harapan menyokong tindakan SPRM membekukan akaun anak perempuan Najib termasuklah cucu Najib disebabkan akaun Adam adalah di atas nama ibu kandungnya. - 6 Julai 2018.

Najib Saman Shukri Abdull, Amar Singh Dan Tommy Thomas.

Oleh : Malaysiakini

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap tiga penyiasat utama skandal 1MDB, dalam usahanya menangani kritikan awam berhubung dakwaan penglibatannya dalam kes itu.

 
Hilang kuasa pada PRU Mei lalu, Najib ditahan dan didakwa berkaitan transaksi meragukan bekas subsidiari 1MDB, SRC International. Beliau yang konsisten menafikan sebarang salah laku mengaku tidak bersalah Rabu lalu.

Dalam 'serangan balasnya', Najib memfailkan saman terhadap tiga pegawai yang terlibat dalam siasatan 1MDB.

Dalam tiga pemfailan sivil minggu lalu namun hanya dilihat Reuters pada Rabu, peguam Najib mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh dan Peguam Negara Tommy Thomas bersikap prejudis terhadap Najib ketika siasatan mereka.

Badrul Abdullah yang mengetuai salah satu firma guaman yang mewakili Najib berkata, saman dibuat berdasarkan kenyataan sebelum ini yang dibuat tiga individu itu.

"Kemi mahu mendapatkan keputusan mahkamah sama ada wujud unsur konflik kepentingan di kalangan individu yang mengendalikan kes ini," kata Badrul kepada Reuters.

Badrul berkata anak guamnya menuntut ganti rugi kos dan arahan serta relief lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Rekod mahkamah menunjukkan tiga permohonan itu difailkan 30 Jun lalu dan menamakan Najib sebagai pemohon.

Peguam Najib dan responden dijadual bertemu dengan dua hakim pada 16 Julai ini bagi pendengaran pra-perbicaraan.

Pada mei lalu, Shukri berkata siasatan 1MDB pada 2015 telah ditekan, sementara Amar mengetuai rampasan polis terhadap barangan mewah bernilai kira-kira AS$275 juta di premis yang dikaitkan dengan keluarga Najib.

Thomas adalah ketua pendakwa yang mendakwa Najib dengan tiga pertuduhan pecah amanah berkaitan kes SRC International dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya, membabitkan RM42 juta yang didakwa dipindah ke akaunnya daripada SRC.

Anak Lelaki Najib Dilaporkan Minum Wain Bersama Pelakon Taiwan Selepas Meluahkan Kesedihan Di Facebook..

Anak lelaki Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib dilihat makan dan minum wain bersama seorang pelakon di Taiwan sehari selepas bapanya didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur atas 4 pertuduhan membabitkan salah guna wang SRC International Sdn Bhd melalui syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan jutaan ringgit.


 
Portal dari Taiwan, Apple Daily melaporkan wakil mereka menyaksikan Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib makan dan berbual dengan seorang pelakon yang dikenali sebagai Celia Zhang malam tadi.

Kedua-duanya dilihat semasa sedang makan di sebuah restoran steak di pusat membeli-belah Breeze Xinyi berhampiran menara ikonik Taiwan, Taipei 101.

Portal itu juga mendakwa kedua-duanya dilihat berkali-kali minum melalui gelas kaca yang diisikan wain merah. Sebanyak 2 botol wain merah dibuka sepanjang 3 jam pertemuan makan malam itu lapor Apple Daily lagi.

Kedua-duanya juga dilaporkan mengunjungi rumah urut dengan menaiki teksi sebelum makan malam bersama dan menghabiskan masa di bar selama 2 jam.
 

Apple Daily juga mendakwa kedua-dua mereka kemudiannya dilihat menaiki teksi menuju ke hotel Grand Hyatt sekitar jam 1 pagi.

Dalam kenyataan kepada media negara itu, wakil Celia Zhang dilaporkan berkata telah mengenali
Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib sejak sekian lama.

"Dia ialah rakan baik yang saya telah kenal lama, dan datang ke Taiwan untuk melawat. Saya hanya bertindak sebagai pemandu pelancong dan menemaninya," katanya seperti dipetik Apple Daily.

Terdahulu beberapa media tempatan melaporkan luahan sedih Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib di Facebooknya mengenai dugaan yang dihadapi oleh bapanya, Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib meluahkan isi hatinya malam tadi ketika dipercayai bersama pelakon dari Taiwan itu.

Berikut adalah luahannya;

"Kepada semua rakan-rakan dan para penyokong, netizen dan semua orang yang telah sudi menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak dari dulu hingga sekarang, saya ingin rakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada anda semua; dengan seikhlas hati, terima kasih saya ucapkan.

Kepercayaan, sokongan dan kasih yang anda semua curahkan kepada kami banyak membantu dalam mengharungi dugaan.

 
Meskipun ia agak sukar, saya harus berkongsi perasaan saya dengan anda semua, khususnya yang telah menyuarakan kebimbangan mereka dan telah lama berbuat baik dengan keluarga kami.

Yang tertuduh di mahkamah hari ini pernah menjadi pemimpin nombor satu Malaysia, dan sepanjang perjalanan pilihan raya umum (PRU) ke-14 beliau telah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan fitnah tanpa henti.

Saya mengatakan perkara ini bukan untuk meraih simpati tetapi untuk menyatakan sesuatu yang benar untuk semua orang lihat dan fahami: Sekiranya penderitaan seorang bekas pemimpin yang telah dituduh itu dapat membahagiakan rakyat Malaysia yang dikasihi, maka beliau sanggup menghadapi penderitaan itu.

Dia adalah ayah saya, dan saya tahu orang Malaysia mengenali beliau jenis orang yang macam mana. Jika selama 42 tahun beliau berkhidmat dalam kerajaan sebagai seorang penjahat, atau niatnya untuk mencuri wang rakyat semata-mata, saya tidak fikir beliau dapat dilantik sebagai perdana menteri Malaysia pada tahun-tahun yang lalu.

‘Malaysia Baru’ hari ini tidak jauh berbeza dengan Malaysia lama hampir 30 tahun yang lalu. Pendakwaan secara berat sebelah yang berlaku hari ini serupa dengan yang dahulu, cuma orangnya sahaja yang berbeza, kebetulan perdana menteri yang masih sama.

Saya ingin menyuarakan hakikat ini: kita sebagai sebuah negara yang melaungkan demokrasi sememangnya tidak matang dari segi politik, masih mengamalkan politik feudal yang penuh dengan dendam.

Serbuan polis yang terancang, dilihat bersama lori black maria di mana mereka datang beramai-ramai hanya untuk menyerang rumah bekas perdana menteri, pada waktu sahur di bulan Ramadan lagi.

Sementara itu, persidangan akhbar yang dibuat, tidak putus-putus semata-mata untuk menimbulkan lagi kemarahan orang ramai. Bukankah ia prosedur am untuk tidak berkongsi butiran semasa siasatan sedang dijalankan? Atau adakah ia dibuat semata-mata untuk mengaibkan lagi ayah saya?

Semalam saya berada di mahkamah, hanya untuk mengetahui bahawa semua itu tidak penting pun; malah apa didakwa hari ini adalah tuduhan pecah amanah dan menyalahguna jawatan berjumlah RM42 juta.

Sementara peguam sedang sibuk bincangkan nilai ikat jamin, saya terfikir: Logikkah jika seorang perdana menteri Malaysia boleh dibeli dengan hanya 42 juta ringgit Malaysia? Sekadar itu sahajakah nilai integritinya?

Jika setiap kes pecah amanah, salah guna kuasa mahupun rasuah boleh dikaitkan dengan seorang mantan perdana menteri, maka beliau dan kesemua mantan perdana menteri sebelum ini haruslah bertanggungjawab terhadap semua kerugian yang telah dialami sepanjang kepimpinan mereka.

Ayah saya dikenakan denda hari ini oleh seorang peguam negara yang dilantik oleh kerajaan baru meskipun ia mendapat tentangan daripada banyak pihak. Ini jelas menunjukkan keadaan politik semasa yang berpaksikan dendam semata-mata.

Sudah jelas kepada saya bahawa tunjang manifesto pembangkang sewaktu PRU ke-14 adalah untuk membawa perdana menteri yang dituduhnya korup ke muka pengadilan di mahkamah.

Inilah yang mereka janjikan, dalam apa jua cara sekalipun, mereka mesti tunaikan janji mereka secepat mungkin. Dalam hidup ini saya mempunyai cuma seorang bapa dan seorang ibu, tanpa mereka, tak wujudlah saya.

Walau apapun terjadi selepas ini, saya akan tetap setia bersama mereka. Saya akan terus berikan sokongan penuh saya kepada Najib kerana dia tetap ayah saya, dan dia pernah menjadi seorang pemimpin Malaysia tercinta,"
katanya dalam kenyataan di Facebook itu. - 6 Julai 2018.

Khamis, 5 Julai 2018

Menjawab Tuduhan Kenapa Dokumen Pendakwaan Belum Diserahkan Kepada Najib Razak.

Oleh : Fitri Asmuni

Dalam kes jenayah, tidak pelik pun dokumen pendakwaan tidak diserahkan kepada pihak OKT atau peguam Pembelaan semasa hari pertuduhan dibacakan kepada Tertuduh.

 
Seksyen 51A CPC memang mengarahkan agar dokumen pendakwaan diserahkan kepada OKT sebelum hari Perbicaraan tetapi tidak menyatakan bahawa ia mesti diserahkan semasa hari Pertuduhan. 

Ertinya, penyerahan dokumen tersebut mestilah diserahkan pada waktu yang munasabah sebelum bermulanya hari Perbicaraan agar OKT mempunyai masa yang cukup untuk membela diri. 

Akan tetapi, seksyen 51A(3) CPC menyebut bahawa dokumen pendakwaan tidak akan dianggap sebagai “inadmissible in evidence” hanya semata-mata ia tidak diserahkan sebelum hari Perbicaraan, kecuali jika benar-benar ia memberi prejudis kpd OKT. Dalam erti kata lain, seksyen 51A CPC hanyalah bersifat “directory” dan bukannya “mandatory”.

Ada banyak sebab mengapa kadang-kadang OKT dituduh dulu sebelum dokumen pendakwaan dilengkapkan. Antaranya mungkin atas sebab keselamatan, kes berkepentingan awam dan sebagainya. 


Sebab lain pula ialah, ada diantara dokumen-dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain seperti laporan kimia, laporan perubatan, forensik dan sebagainya. Dokumen-dokumen ini kadang-kadang memang mengambil masa untuk disediakan oleh pihak terbabit.

Jadi adalah tidak benar untuk mempertikaikan Pertuduhan kononnya tidak kuat la, lemah la semata-mata kerana dokumen pendakwaan tersebut tidak dapat diserahkan semasa hari pertuduhan.

Amalan seperti ini tidak pelik pun dikalangan peguam yang biasa buat kes jenayah, tetapi sengaja ia dipolitikkan untuk kepentingan politik.

Perkahwinan Kanak-Kanak Tidak Salah Disisi Islam, Tumpu Lawan Isu LGBT Kata Timbalan MB Kelantan.

Kerajaan Persekutuan dan masyarakat diseru untuk memberi perhatian dalam isu membabitkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta persetubuhan haram daripada lebih membicarakan mengenai perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan pasangannya berumur 41 tahun di Gua Musang, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata isu LGBT dan persetubuhan haram adalah lebih besar berbanding kes perkahwinan itu yang disifatkannya sebagai terpencil.

Malahan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, perkahwinan kanak-kanak dibenarkan dalam Islam lapor Bernama hari ini.

"Isu ini (perkahwinan kanak-kanak) tidak salah dari segi agama (Islam)...tidak sepatutnya isu ini disensasi dan dijadikan sebagai satu isu negara dan perkara ini pula kes terpencil.

"Bukan semua orang kahwin dengan budak umur 11 tahun tapi isu LGBT, persetubuhan haram dan anak luar nikah berlaku di merata-rata, dah jadi satu fenomena dalam negara. Ini sepatutnya menjadi kebimbangan kepada kerajaan dan masyarakat,"
katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata walaupun kerajaan negeri mengambil berat terhadap kes berkenaan, mereka tidak memberi reaksi berlebih-lebih terhadap perkara tersebut.
 


Terdahulu media melaporkan seorang lelaki yang berusia 41 tahun dari Kelantan telah mengahwini seorang kanak-kanak berusia 11 tahun warga Thailand. 


Perkara itu menjadi sensasi di Malaysia apabila isteri kedua kepada lelaki tersebut mengucapkan tahniah kepada suaminya dan madunya yang juga isteri ketiga suaminya sambil berkongsikan gambar perkahwinan pasangan tersebut.

Kanak-kanak itu juga mendedahkan mereka mula bercinta sejak kanak-kanak itu berusia 9 tahun.

Bagaimanapun perkembangan terbaru dan siasatan yang dijalankan oleh wakil Muslimat PAS mendedahkan perkahwinan itu dipercayai tidak sah bahkan tidak mendapat kelulusan dari agensi agama di Thailand. 

Pihak agama Thailand juga mengeluarkan kenyataan negara itu tidak pernah mengiktirafkan perkahwinan kanak-kanak. - 5 Julai 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...