Jumaat, 6 Julai 2018

Najwa Najib Bengang Akaun Anak Dibeku, SPRM Nafi, Lokman Nor Adam Tunjuk Bukti.

Nornajwa Najib semalam meluahkan kemarahan berikutan akaun bank anaknya yang hanya mempunyai wang rm100 dibekukan oleh SPRM.


"Sebaik sahaja saya membayar wang ikat jamin bapa semalam, dengan hasil yang diperolehi dari wang yang dikumpulkan menerusi rakan-taulan dan saudara-mara, wakil bank menghubungi saya dan berkata mereka telah diarahkan untuk membekukan akaun bank peribadi ini termasuklah yang saya gunakan untuk bayar yuran persekolahan sendiri malahan akaun anak saya yang baru berusia 10 bulan dimana didalamnya hanya terdapat wang kira-kira rm100 juga turut dibekukan!

Adakah kerajaan begitu nekad mahu menghapuskan kami sekeluarga? Apa kaitan duit raya anak saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia Baru yang diperjuangkan rakyat?," soal Najwa di dalam post itu.

Semalam, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan Najib dibenarkan pulang selepas anggota keluarganya berjaya membayar separuh daripada jumlah itu. 

Selepas kenyataan Najwa itu dilaporkan secara berleluasa dan mendapat simpati orang ramai, SPRM menerusi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menafikan pihaknya membekukan akaun cucu Datuk Seri Najib Razak.

“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan”, katanya seperti dipetik oleh portal Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun Lokman Nor Adam yang juga barisan kepimpinan baru UMNO hari ini menyelar kenyataan SPRM dengan menunjukkan bukti bahawanya akaun bank milik cucu Najib sebenarnya memang dibekukan SPRM.

"SPRM Nak Nafi? Memanglah akaun atas nama ibu sebab Adam masih bayi, tapi tak faham ke erti Junior Saver (Adam), 7069275734 CIMB. Ada ke mak orANg pakai junior acc?," soal pemimpin UMNO itu di akaun Instagramnya pagi tadi.  


Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Lokman Nor Adam, terdapat tiga akaun atas nama Najwa Najib yang dibekukan atas arahan pihak berkuasa.

Di laman sosial, tinjauan mendapati penyokong Pakatan Harapan menyokong tindakan SPRM membekukan akaun anak perempuan Najib termasuklah cucu Najib disebabkan akaun Adam adalah di atas nama ibu kandungnya. - 6 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...