Rancangan itu yang diberikan nama Bicara Khas bersama Muhammad Sabu disiarkan pada selasa, 3 Julai 2018 pada jam 9.30 malam.
Di dalam rancangan itu apabila pengacara bertanyakan mengenai penganjuran LIMA, Muhammad Sabu kemudiannya menjawab ia dianjurkan setiap tahun yang akhirnya membuatkan netizens mempertikaikan kredibliti Muhammad Sabu sebagai Menteri Pertahanan Malaysia berikutan kegagalan memberikan jawapan berdasarkan fakta.
"LIMA misalnya yang dilaksanakan pada tahun hadapan, kerana ia dianjurkan secara dwitahunan, boleh kita kongsikan sedikit maklumat berkait mengenai LIMA pada tahun hadapan, yang amat berhormat," soal pengacara Bicara Khas, Sayed Munawar di program itu.
"LIMA ialah satu usaha yang telah dianjurkan oleh kerajaan sejak daripada tahun 1991. Ianya berjalan setiap tahun. Untuk tahun ini akan diadakan pada bulan Mac..," jawab Muhammad Sabu yang akhirnya mengundang pertikaian dan perdebatan awam di media sosial.
Netizens pro BN dan PAS diperlihatkan menyerang hebat Muhammad Sabu disebabkan kesilapan tersebut.
Aduka Arjuna : "Dulu ko tau komplan orang je kan yelah orang tak buat keje tau cakap salah orang je. Sekarang ko baru tau tinggi rendah langit tu hawau".
Sharifah Rosidah : "Tengok pun kita yang malu. Macamana nak bercakap kat luar negara nanti. Orang punya menteri pertahanan semua steady.. Kita punya menteri serupa nak demam punya



Noor Jan : "Pengacara ada sebut dwitahunan tapi Sabu sebut setiap tahun. Bodo bodo".
Bagaimanapun tidak semua pihak memilih untuk mengkritik kesilapan Mat Sabu. Netizens pro Pakatan Harapan misalnya beranggapan ia adalah kesilapan kecil yang boleh diperbaiki pada masa-masa akan datang. - 5 Julai 2018.