Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Julai 2018

Malam Pertama Najib Di Lokap, Bakal Hadapi 10 Pertuduhan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd lapor Berita Harian.


Menurut sumber mahkamah, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur manakala pasukan pendakwaan dijangka diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, yang terletak di Aras 4, Sayap kanan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Difahamkan, kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudian akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib juga disahkan ditahan di lokap SPRM sementara menunggu untuk dibawa ke mahkamah pagi esok. 


Bekas perdana menteri itu sebelum ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali bagi merakamkan keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 22 Mei lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, penyiasatan SPRM pada 2015 terhadap Najib membabitkan isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri. - 3 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...