Ahad, 1 Julai 2018

Melayu Terbangsat Selepas UMNO Hilang Kuasa - Najib Seru UMNO Bersatu.

Oleh : Najib Razak

Ahli-ahli UMNO perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dalam usaha membina semula kekuatan parti.

Kita juga hendaklah belajar dari kesilapan lepas, kuatkan perpaduan dan kasih sayang sesama ahli UMNO.



Kita hendaklah berhenti berbalah dan elakkan membuat tohmahan yang boleh menjejaskan perpaduan UMNO jika kita ingin memulihkan kekuatan parti dan mengangkat perjuangan agama, bangsa dan negara.

Orang Melayu tidak boleh berharap kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk mempertahankan dan memperjuangkan nasib orang Melayu. Ini kerana kekuatan parti Melayu mereka datang dari sokongan orang bukan Melayu.

Setakat ini, kerajaan Pakatan Harapan mengizinkan pencabulan Bahasa Melayu, agenda Islam dan Bumiputera juga tidak akan mendapat tempat utama dalam pentadbiran mereka.

Saya pernah sebut Melayu akan terbangsat di negara sendiri jika UMNO hilang kuasa. Kita sudah terlepas kuasa dan mesti tabah hadapi ujian Allah SWT.

Insya-Allah, dengan adanya perpaduan yang lebih kukuh dan kasih kepada parti, UMNO boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...