Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 Julai 2018

Tok Imam 41 Tahun Kahwin Budak 11 Tahun - Zuraidah Gesa Hentikan Perkahwinan Kanak-Kanak Segera!

Kenyataan Akhbar
Ketua Wanita Pakatan Harapan Malaysia

Berkenaan Isu Perkahwinan Kanak-Kanak 11 Tahun Dengan Lelaki 41 Tahun.

Johor Bahru, 30 Jun : Saya terkejut dan sedih apabila mendengar berita berkenaan perkahwinan seorang lelaki berumur 41 tahun dengan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun di pantai timur baru-baru ini.

 
Perkahwinan bawah umur wajar dihentikan serta merta dan amalan seperti ini tiada tempat di Malaysia. Wanita Pakatan Harapan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan nasib anak ini dibela sewajarnya.

Ini selaras dengan manifesto Pakatan Harapan yang akan menggubal undang-undang untuk menetapkan umur 18 tahun sebagai had umur minimum perkahwinan. (Rujuk Buku Harapan, muka 180)

Kami mendapat maklumat daripada pihak media bahawa perkahwinan tersebut telah didaftarkan di Thailand. Dengan ini kami menyeru supaya pihak berkuasa di Malaysia terutama Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama berkaitan untuk tidak mengiktiraf perkahwinan ini dan tindakan perlu diambil keatas lelaki dan kedua ibu bapa kanak-kanak yang membenarkan perkara ini untuk berlaku.

Kanak-kanak di Malaysia perlu diberi pembelaan sewajarnya. Mereka adalah masa hadapan negara ini. Amalan perkahwinan bawah umur ini mesti dihentikan segera.

YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Pakatan Harapan Malaysia

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...