Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 Julai 2018

Perkahwinan Lelaki 41 Tahun Dengan Kanak-Kanak 11 Tahun Tidak Sah - Wan Azizah.

Oleh : The Malay Mail

Perkahwinan budak perempuan berumur 11 tahun di Kelantan, yang tular di media sosial sejak Jumaat, adalah tidak sah dari segi undang-undang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ini kerana perkahwinan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk bapa kanak-kanak itu mewalikan anaknya dan menjadi isteri kepada orang yang lebih tua, selain kerana budak itu adalah di bawah umur iaitu 11 tahun.

“Perkahwinan itu tidak sah dan mereka mesti dipisahkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis jamuan tertutup eksklusif sambutan Aidilfitri bersama 2,000 anak yatim asnaf 2018 anjuran Insaf Malaysia di Stadium Mini Setiawangsa hari ini.

 
Turut hadir, anggota parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan presiden Insaf Malaysia Ishak Abdul Kadir.

Di bawah enakmen keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun, manakala bagi ­perempuan adalah 16 tahun.

Sekiranya mereka di bawah umur, perkahwinan hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa mereka.

Kisah perkahwinan budak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki 41 tahun itu telah mengundang reaksi pelbagai pihak.

Siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mendapati perkahwinan itu dijalankan di Golok, Thailand dan ibu bapa kanak-kanak itu juga merupakan warganegara Thailand. - 1 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...