Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 Julai 2018

Kenapa Lantik Pegawai Terlibat Rasuah, Syed Saddiq Dipersoalkan.

Terdapat satu sebaran penulisan yang mempertikaikan tindakan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai tindakannya yang melantik pegawai yang terpalit amalan rasuah.

Mesej itu pada awalnya tersebar di ruangan maya WhatsApp, Telegram dan kini membawa ke Facebook.

Sumber penulisan itu tidak menyatakan sebarang nama.

Berikut adalah mesej tersebut;

LANGKAH SUMBANG SYED SADDIQ KE KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN.

Kejayaan Pakatan Harapan memenangi PRU 14 sememangnya satu yang amat diharap oleh majoriti lapisan rakyat Malaysia. Agenda perubahan atau REFORMASI yang dibawa telah membawa kepada kerajaan Pakatan Harapan mengangkat suara anak muda ke persada tertinggi politik tahah air. 



 
Syabas dan tahniah kepada YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang diangkat sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi mewakili suara anak muda agar membawa angin perubahan ke arah kerajaan yang lebih telus, peduli rakyat dan BERINTEGRITI.

Hari ini Syed Saddiq telah melangkah masuk ke KBS dengan imej anak muda yang cuba menampilkan imej yang segar tanpa perlu protokol yang tinggi berbeza dengan pemimpin terdahulu.

Walaubagaimanapun dalam cuba menampilkan imej menteri yang tidak sombong dan menjanjikan ketelusan dan berintegriti tinggi langkah Syed Saddiq ke KBS agak sumbang.

Malang Syed Saddiq mencanangkan prinsip ketelusan, akauntabiliti & berintegriti beliau sebaik memikul amanah sebagai menteri tetapi melantik pegawai di Pejabat Menteri seorang yang telah disabitkan kesalahan rasuah ketika menjawat jawatan sebagai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang pada tahun 2012.

Amar Assuat Abu Bakar bekas Penolong Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada tahun 2014 dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kajang setelah dia mengaku salah menerima wang tunai RM2,000 dan sebuah telefon pintar pada tahun 2012.

Tertuduh mengaku menerima wang tunai RM2,000 dan telefon Samsung Galaxy itu tanpa balasan daripada seorang individu yang diketahuinya mempunyai hubungan dengan tugas rasmi pegawai atasannya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, di sebuah restoran di Taman Berjaya Sungai Chua, Kajang pada 2.45 petang, 7 Disember 2012.

Amar Assuat yang telah dilantik oleh Syed Sadiq memang terkenal dengan gaya kehidupan mewah serta sikap kaki "kow tim" dan "pow" dengan menjual nama bos bagi meminta suapan bagi habuan peribadinya semasa berkhidmat di MPKj. Beliau telah dikenakan prosiding tindakan tatatertib dalam perkhidmatan awam semasa masih lagi berkhidmat di MPKj dan digantung tugas apabila tangkapan rasuah dilakukan ke atas diri beliau. Bagaimana orang sebegini dibawa oleh Syed Saddiq ke Pejabat Menteri? Imej Syed Saddiq akan tercemar sekiranya masih mengangkat manuasia ini sebagai orang kanan beliau di mana akan membawa imej negatif dengan mengulangi perkara yang sama dengan menjual nama bos utk memeras ugut mendapatkan habuan rasuah bagi mendapatkan gaya kehidupan mewah sekiranya Syed Saddiq masih mahu mengekalkan beliau selaku pegawai di Pejabat Menteri.

Adakah orang yang telah disabitkan kesalahan rasuah orang ini diangkat Syed Sadiq bagi menjadi orang kanan beliau sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Menteri. Rasanya belum terlambat bagi Syed Saddiq menamatkan serta merta khidmat pegawai ini dan menjauhkan diri dari orang sebegini sekiranya jiwa Syed Saddiq benar-benar ingin menampilkan imej pemimpin rakyat berintegriti. Kalau dahulu pemimpin pakatan mengecam tindak tanduk pemimpin umno mengangkat orang yang terbabit skandal rasuah dan salah guna kuasa ke jawatan tertinggi sama ada di dalam kerajaan atau GLC kini giliran Syed Saddiq cakap tak serupa bikin mengangkat orang yang telah disabitkan kesalahan rasuah oleh Mahkamah sebagai orang kanan beliau di Pejabat Menteri.

Apabila pakatan membentuk kerajaan, orang seperti ini yang dahulunya totok umno betukar kulit menjadi semut menghimpit dan mendekati pemimpin pakatan bagi kepentingan peribadi. Malang bagi penyokong pakatan yang mendambakan perubahan tetapi perubahan itu dirosakkan oleh manusia bertopengkan syaitan sebegini.

Ayuh menteri-menteri pakatan agar membuat tapisan keselamatan PDRM dan tapisan SPRM sebelum melantik sesiapa sahaja berkhidmat bagi membantu anda menjayakan agenda perubahan seperti diharapkan rakyat Malaysia.

Terpulang kepada Syed Saddiq untuk menilai fakta ini dan peringatan keras ini disampaikan bukan hanya kepada Syed Saddiq malah juga kepada Menteri-menteri yang lain kerana bukan hanya Syed Saddiq yang telah salah melantik pegawai yang boleh dipertikaikan integriti mereka di mana menteri tersebut tidak kenal peribadi pegawai yang dilantik tetapi berdasarkan recommendation dari orang2 yang berkepentingan bagi mendapatkan habuan dan projek tetapi dikhabarkan juga ada menteri lain juga melantik pegawai sedemikian rupa.

AWAS MENTERI PAKATAN HARAPAN!!! RAKYAT YANG MENDAMBAKAN PERUBAHAN MEMANTAU TINDAK TANDUK ANDA

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...