Selasa, 3 Julai 2018

Pemuda UMNO Ajak Demo 2 Jam Sokong Najib & Persoalkan Kenapa SPRM Mahu Najib Tidur Lokap.

Bekas Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan, Lokman Nor Adam hari ini menyeru semua pihak yang menyokong Najib Razak berada di hadapan bangunan SPRM malam ini bagi menyatakan solidariti terhadap bekas Perdana Menteri itu yang ditahan di rumahnya siang tadi.

"Jom korbankan 2 jam masa kita sebagai tanda solidariti buat Dato Sri Najib malam ini di ibu pejabat SPRM dan jam 8.00 pagi di pintu masuk mahkamah persekutuan," katanya dalam kenyataan itu.

 
Selain mengajak orang ramai untuk berdemo dua jam dan berhimpun di mahkamah pada pagi esok, Lokman Nor Adam turut mempersoalkan tindakan SPRM yang menahan Najib sehinggakan dia perlu bermalam di lokap, sehari sebelum didakwa.

"Dalam masa yang sama, Pantau Malaysia Baru ingin mempersoalkan keperluan pihak SPRM menahan Dato’ Sri Najib dan memaksa bekas Perdana Menteri itu tidur dilokap malam ini. 


Adakah beliau penjenayah yang ingin melarikan diri dari proses perundangan? Bukankah sebelum ini beliau memberikan kerjasama penuh untuk hadir ke SPRM tanpa sebarang masalah? Tidak bolehkah cara yang sama digunakan oleh SPRM untuk mengundang Dato Sri Najib ke Mahkamah bagi proses pendakwaan?

Bolehkah ini dijadikan bukti bagi menunjukkan Ketua Pengarah SPRM, Dato’ Sri Shukri Abdull masih lagi menaruh dendam dengan Dato’ Sri Najib sepertimana dakwaan beliau sendiri dalam sidang medianya yang pertama? 


Adakah ini rule of law yang dilaungkan? Kenapa sehingga kini tidak ada sebarang tindakan ke atas laporan polis saya terhadap Dato Sri Shukri Abdull yang jelas telah membuat pengakuan secara live dikaca TV bahawa beliau telah gagal melapurkan dua cubaan merasuah beliau oleh seorang ahli parlimen berhubung kes 1MDB ini? 

Adakah rule of law hanya diperlaku ke atas penyokong dan pemimpin pembangkang sahaja?," katanya seperti dalam sebaran itu.

Berdasarkan LIVE FACEBOOK yang disiarkan menerusi halaman The Star TV malam ini terdapat sekurang-kurang terdapat 300 penyokong Najib yang sedang berhimpun bagi menyatakan solidariti terhadap bekas pemimpin negara itu. 

Itupun sesetengah netizens meragui semua pihak yang hadir itu mahu menyokong Najib.

"Aku rasa lebih ramai yang hadir sebab nak tengok badut buat lawak. Kah Kah Kah!," kata Farez.

"Gigih pertahankan penyamun," tulis Ezam. 

"Ini bukan supporter tapi reporter, salah spelling itu," komen John.

Turut difahamkan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz yang dipanggil SPRM hari ini masih lagi belum keluar dari premis itu setakat ini. - 3 Julai 2018.

Berikut kenyataan penuh Lokman Nor Adam;


JOM KORBANKAN 2 JAM MASA KITA SEBAGAI TANDA SOLIDARITI BUAT DATO SRI NAJIB MALAM INI DI IBUPEJABAT SPRM DAN JAM 8.00 PAGI DI PINTU MASUK MAHKAMAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA KUALA LUMPUR

Dukacita dimaklumkan bahawa YB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah ditahan oleh pihak SPRM petang ini 3hb Julai, 2018 dan dijangka akan didakwa di Mahkamah esok.

Adalah dipercayai beliau tidak akan dituduh kerana mencuri duit 1MDB sepertimana fitnah yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sehingga Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 lalu. Sebaliknya, beliau dijangka akan didakwa dibawah kesalahan lain seperti Akta Pengubahan Wang Haram (Amla).

Sekiranya DSN tidak didakwa mencuri duit 1MDB sepertimana tuduhan Tun Mahathir, ini merupakan kemenangan besar bagi Dato Sri Najib. Ini juga membuktikan bahawa tuduhan bahawa Tan Sri Ghani Patail, bekas Peguam Negara dipecat kerana sudah menyediakan kertas pendakwaan keatas Dato Sri Najib kerana mencuri duit 1MDB adalah tidak benar sama sekali. Jika 2015 sudah wujud kertas pertuduhan yang berasaskan bukti, SPRM sudah pasti tidak memerlukan hampir 2 bulan untuk menyediakan kertas pendakwaan.

Dalam masa yang sama, Pantau Malaysia Baru ingin mempersoalkan keperluan pihak SPRM menahan Dato’ Sri Najib dan memaksa bekas Perdana Menteri itu tidur dilokap malam ini. Adakah beliau penjenayah yang ingin melarikan diri dari proses perundangan? Bukankah sebelum ini beliau memberikan kerjasama penuh untuk hadir ke SPRM tanpa sebarang masalah? Tidak bolehkah cara yang sama digunakan oleh SPRM untuk mengundang Dato Sri Najib ke Mahkamah bagi proses pendakwaan?

Bolehkah ini dijadikan bukti bagi menunjukkan Ketua Pengarah SPRM, Dato’ Sri Shukri Abdull masih lagi menaruh dendam dengan Dato’ Sri Najib sepertimana dakwaan beliau sendiri dalam sidang medianya yang pertama? Adakah ini rule of law yang dilaungkan? Kenapa sehingga kini tidak ada sebarang tindakan ke atas laporan polis saya terhadap Dato Sri Shukri Abdull yang jelas telah membuat pengakuan secara live dikaca TV bahawa beliau telah gagal melapurkan dua cubaan merasuah beliau oleh seorang ahli parlimen berhubung kes 1MDB ini? Adakah rule of law hanya diperlaku ke atas penyokong dan pemimpin pembangkang sahaja?

Cukup-cukuplah dengan politik balas dendam Pakatan Harapan ini. Rakyat bukan bodoh, kami tahu sandiwara ini semua bagi mengalih perhatian rakyat daripada membicarakan soal kegagalan Pakatan Harapan melaksanakan semua janji manis mereka.

Saya seru kepada semua rakyat Malaysia. Ayuh kita nyatakan bantahan kita terhadap penganiayaan yang dilakukan kepada Dato Sri Najib Razak malam ini. Jom bersama saya hanya untuk 2 jam. Dari jam 9-11 malam ini 3/7/2018. Mari kita korbankan masa kita untuk turun ke Ibu Pejabat SPRM, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya, sebagai tanda solidariti kita kepada Dato Sri Najib dan rasa kecewa kita kepada pemerintah yang zalim. Manakala esok pagi pula 4/7/2018 kami akan berhimpun jam 8.00 pagi di pintu masuk Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Lokman Adam
Presiden
Pemantau Malaysia Baru

#Solidariti4DSNR
#Pray4DSNR

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...