Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Julai 2018

Lantik Gay Sebagai Pegawai Khas, Syed Saddiq Nafi, Nama Numan Tiada Dalam Website KBS..

Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan beliau telah melantik beberapa pegawai baru untuk berkhidmat di pejabat Menteri katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Dakwaan itu timbul susulan penyebaran satu gambar tangkaplayar yang kononnya mendakwa Syed Saddiq telah melantik bekas ahli DAP yang kontroversi, Numan Afifi kerana pernah mengakui sebagai seorang gay secara terbuka.



Numan pada tahun 2016 pernah dikecam teruk kerana menganjurkan majlis berbuka puasa bersama komuniti LGBT. Numan seterusnya menjadi sasaran serangan di alam maya kerana mengakui sebagai gay, serangan itu yang dilakukan ke atas Numan oleh warga maya berikutan beliau ialah seorang lelaki berbangsa melayu dan beragama Islam.

"Saya terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung dengan khabar khabar angin perlantikan pegawai di Pejabat Menteri Belia dan Sukan.

Sehingga kini, tiada satu pun pegawai yang telah dilantik di Pejabat Menteri Belia dan Sukan secara rasmi.

Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Pegawai Tugas-Tugas Khas juga belum ada.

Saya masih lagi dalam proses menemu duga pegawai untuk berkhidmat di Pejabat Menteri Belia dan Sukan. Saya tidak ingin tergesa-gesa dalam perlantikan jawatan kerana saya sedar mengetuai KBS adalah satu tanggungjawab yang besar.

Untuk mengangkat dan memartabatkan suara anak muda, saya perlukan #TeamYouthPower yang terbaik dalam KBS. There are hidden gems all around Malaysia sebab itu saya mengambil pendirian untuk menerima CV dari sesiapa pun melalui info@syedsaddiq.my,"
katanya dalam satu penjelasan.


Tidak dapat dipastikan samada gambar tangkaplayar yang disebarkan oleh sekumpulan pro BN di laman sosial itu adalah benar ataupun sebaliknya tetapi berdasarkan semakan terkini mendapati nama Numan, Luqman dan Hafriz tiada di dalam direktori KBS.

Rekod kami mendapati hanya tertera dua nama yang berkhidmat di Pejabat Menteri iaitu nama Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan dan nama Mohammed Amshar. - 6 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...