Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Julai 2018

Wanita UMNO Derma Barang Kemas Demi Nak Bantu Najib Bayar Ikat Jamin..

Oleh : Malaysiakini

Ketua Wanita Umno Jasin Datuk Zaleha Bujang mengumumkan akan mendermakan seutas barang kemas bagi membantu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membayar yuran guamannya.

 
Melalui klip video yang dimuat naik di Facebook, Zaleha berkata dia akan serahkan gelang kesayangannya kepada tabung kutipan derma bagi membantu Datuk Seri Najib Razak.

"Pada pagi Jumaat yang mulia ini saya mahu serahkan gelang yang saya pakai, yang saya sayangi, untuk tabung Datuk Seri Najib Razak.

"Semoga Allah melindungi Najib daripada perkara-perkara yang menganiaya beliau,"
katanya diiringi sokongan rakan-rakannya.

Klip video itu diertai keterangan: "Demi parti Umno yang dikasihi...derma untuk tabung DSN (Najib)".

Semalam, sekumpulan penyokong Najib memulakan tabung untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah.

Jurucakap kumpulan itu yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii, berkata langkah tersebut diambil kerana mengambil kira keadaan bekas presiden mereka yang tidak mampu menjelaskan ikat jamin ditetapkan mahkamah.

Setakat 3.30 petang tadi, tabung berkenaan mencecah RM204,393.

Najib pada Rabu lalu didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung SRC International, sebuah syarikat subsidiari 1MDB.

Najib mengaku tidak bersalah ke atas semua tuduhan itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib untuk membayar ikat jamin RM1 juta melalui dua kali bayaran.

Najib membayar RM500,000 wang tunai pada hari itu dan peguamnya berjanji bekas perdana menteri itu akan membayar baki RM500,000 pada Isnin.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...