Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 Julai 2018

Perkahwinan Kanak-Kanak Tidak Salah Disisi Islam, Tumpu Lawan Isu LGBT Kata Timbalan MB Kelantan.

Kerajaan Persekutuan dan masyarakat diseru untuk memberi perhatian dalam isu membabitkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta persetubuhan haram daripada lebih membicarakan mengenai perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan pasangannya berumur 41 tahun di Gua Musang, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata isu LGBT dan persetubuhan haram adalah lebih besar berbanding kes perkahwinan itu yang disifatkannya sebagai terpencil.

Malahan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, perkahwinan kanak-kanak dibenarkan dalam Islam lapor Bernama hari ini.

"Isu ini (perkahwinan kanak-kanak) tidak salah dari segi agama (Islam)...tidak sepatutnya isu ini disensasi dan dijadikan sebagai satu isu negara dan perkara ini pula kes terpencil.

"Bukan semua orang kahwin dengan budak umur 11 tahun tapi isu LGBT, persetubuhan haram dan anak luar nikah berlaku di merata-rata, dah jadi satu fenomena dalam negara. Ini sepatutnya menjadi kebimbangan kepada kerajaan dan masyarakat,"
katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata walaupun kerajaan negeri mengambil berat terhadap kes berkenaan, mereka tidak memberi reaksi berlebih-lebih terhadap perkara tersebut.
 


Terdahulu media melaporkan seorang lelaki yang berusia 41 tahun dari Kelantan telah mengahwini seorang kanak-kanak berusia 11 tahun warga Thailand. 


Perkara itu menjadi sensasi di Malaysia apabila isteri kedua kepada lelaki tersebut mengucapkan tahniah kepada suaminya dan madunya yang juga isteri ketiga suaminya sambil berkongsikan gambar perkahwinan pasangan tersebut.

Kanak-kanak itu juga mendedahkan mereka mula bercinta sejak kanak-kanak itu berusia 9 tahun.

Bagaimanapun perkembangan terbaru dan siasatan yang dijalankan oleh wakil Muslimat PAS mendedahkan perkahwinan itu dipercayai tidak sah bahkan tidak mendapat kelulusan dari agensi agama di Thailand. 

Pihak agama Thailand juga mengeluarkan kenyataan negara itu tidak pernah mengiktirafkan perkahwinan kanak-kanak. - 5 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...